Salam Nuzul Quran 1443H

Assalamualaikum, hai semua. Salam Nuzul Quran 1443H Kak Sue ucapkan untuk semua kawan-kawan yang beragama Islam. Tarikh Nuzul Quran nie antara tarikh yang penting dalam kalendar Islam kita, dimana hari ini turunnya Al Quran kepada nabi kita Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur sehingga menjadi lengkap untuk kita sama-sama menghayati, membaca dan menjadikan pentunjuk untuk hidup kita sehari-hari..

Salam Nuzul Quran 1443H
Salam Nuzul Quran 1443H

Salam Nuzul Quran 1443H

Sempena hari istimewa Nuzul Quran hari nie Kak Sue nak kongsi perkongsian di facebook Ustaz Wadi Anuar dengan korang kat sini semoga dapat memberi pengajaran dan nasihat yang berguna untuk kita semua di dunia dan akhirat nanti. Jom kita sama-sama hayati..

Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat 

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2.  Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan  menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3.  Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran  (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4.  Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa dan pada malam harinya membaca al-Quran serta sibuk mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping melakukan amalan-amalan ibadah yang lain.

5.  Ambilah kesempatan melaksanakan ibadat puasa dengan iman dan ikhlas serta membaca al-Quran sebanyaknya.
 
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebutkan:

حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

6.  Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.

7.  Rebut peluang bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli yang lain.  

Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup.

#UstazWadiAnnuar

Semoga dengan perkongsian dari Ustaz Wadi Anuar yang Kak Sue kongsi nie, Allah SWT kurniakan pahala yang berpanjangan untuk Ustaz Wadi. Dan juga semoga perkongsian ini memberi manfaat, ingatan atau nasihat pada diri Kak Sue, keluarga Kak Sue sendiri dan juga pada kita semua. Salam Nuzul Quran semua..

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤