Resepi Puding Kastard Mudah dan Sedap

Asssalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Puding Kastard Mudah dan Sedap pula dengan korang. Boleh buat berbuka atau untuk pencuci mulut pada hari Raya nanti. Senang sangat nak buatnya korang, jom kita tengok bahan dan cara nak buat Puding Kastard nie jom..

Resepi Puding Kastard Mudah dan Sedap
Puding Kastard Mudah dan Sedap


Resepi Puding Kastard Mudah dan Sedap

Resepi Puding Kastard yang mudah dan sedap nie Kak Sue belajar dari sepupu Kak Sue. Kebetulan masa hari pertunangan anak buah Kak Sue hari tu, sepupu Kak Sue ada buat Puding Kastard nie sebagai pencuci mulut. Rasanya memang sedap dan tak manis sangat pun, memang kena lah dengan selera Kak Sue, tu yang lelaju Kak Sue minta resepi tu. Apapun jom lah kita tengok resepi Puding Kastard mudah dan sedap kat bawah nie jom..

Resepi Puding Kastard

Bahan
24gram agar-agar
8 cawan air
2 sudu butter
1 helai daun pandan
3 sudu gula *
2 biji telur *
1 sudu teh esen vanila *
2 sudu besar tepung kastard *
1 tin Dairy Champ Krimer Manis *
1 cawan Dairy Champ Krimer Sejat *

Cara :
1. Masak agar-agar, air dan daun pandan tadi sehingga agar-agar larut
2. Kemudian kisar bahan bertanda *
3. Masukkan bahan kisar kedalam agar-agar yang dimasak tadi
4. Masak sehingga mendidih dan tutup api
5. Kemudian boleh ambil setiap dua senduk dari bahan tadi, dan letakkan warna pilihan korang..
6. Masukkan ke dalam acuan secara berselang seli sehingga habis adunan
7.Sejukkan, sedia untuk dihidangkan..

Korang juga boleh cuba resepi lain kat sini Resepi Puding Sirap Bandung Berlaici

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤