Resepi Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum, hai semua. Kali Kak Sue nak kongsi Resepi Nasi Ayam Penyet pula dengan korang. Selalu kami beli atau tapau aja kat kedai, kali nie Kakak anak dara Kak Sue cakap nak cuba masak kat rumah pula. Biasa lah kalau masak kat rumah nie boleh lah makan berulang sikit kan.. hehehe.. Jom kita tengok Resepi Ayam Penyet nie jom..

Resepi Nasi Ayam Penyet
Nasi Ayam Penyet


Resepi Nasi Ayam Penyet

Sebenarnya Abang Man dan anak-anak Kak Sue suka makan Nasi Ayam Penyet nie, Kak Sue aja kurang sikit. Tapi bila Kakak cuba resepi Nasi Ayam Penyet nie hari tu, rasa suka lah pula. Bukan apa kalau masak sendiri boleh lah kita nak garingkan sikit ayam tu kan. Kak Sue tak berapa gemar kalau ayam jenis isi putih kat dalam.. mesti nak kena garingkan sikit, baru boleh makan.

Untuk nasi dan sup dalam hidangan Nasi Ayam Penyet nie korang boleh masak macam biasa atau macam resepi yang selalu korang guna tau. Okay lah, tak nak bebel panjang lagi jom kita tengok bahan dan cara masak jom..

Resepi Nasi Ayam Penyet
Resepi Nasi Ayam Penyet

Nasi Ayam Penyet
Bahan:
1 ekor ayam - dipotong lapan
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 sudu besar jintan manis *
1 sudu besar jintan putih *
3 sudu besar ketumbar *
2 batang serai - dititik
1 kiub ayam Knorr
Sedikit gula dan garam
Air secukupnya

Bahan lain :
Tempe
Tauhu
Kacang Panjang
Timun
Kobis

Cara :
Kisar bahan bertanda * dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan pula ayam dan bahan lain, kemudian rebus sehingga ayam enpuk
Bila ayam empuk, angkat, tos dan ketepikan

Untuk Ayam Goreng
Bahan :
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
Air rebusan ayam dan bahan kisar dalam air rebusan tadi yang dah ditapiskan

Cara:
Gaul sebati semua bahan
Masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit untuk bancuhan tepung
Bancuhan tepung tu jangan pekat atau cair sangat
Celup ayam yang dah direbus tadi kedalam bancuhan tepung
Kemudian boleh lah mula menggoreng
Goreng tempe dan tauhu dengan bancuhan yang sana

Resepi Sambal Ayam Penyet
Bahan :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili besar
12 biji cili padi
1 biji tomato
Sedikit belacan - besar ibu jari
Sedikit ikan bilis - digoreng asing

Cara :
Goreng semua bahan tadi
Bila dah layu, angkat dan toskan
Kemudian kisar semua bahan yang digoreng tadi
Masukkan bahan kisar tadi, masak sekejap atas api perlahan
Akhir sekali perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan

Korang juga boleh cuba resepi lain kat sini Resepi Ayam Meraung Bakar Thai

Post a Comment

6 Comments

  1. Ini mesti kalah rasa yg di kedai ni....

    ReplyDelete
  2. tu dia sedapnya kak sue ayam penyet tq for resepi

    ReplyDelete
  3. Sedapp ni
    sambal ayam penyet yg buat nasi ni special.dan sedapp.kan

    ReplyDelete
  4. lama tk mkn nasi ayam penyet...tk pernh lg try masak sdiri..suka mkn ayam penyet kt waroeng penyet

    ReplyDelete
  5. suka makan nasi ayam peyet. nanti boleh cuba masak sendiri guna resepi kak sue ini :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ayam penyet. Ni kalau sambal jadi, kira lengkap la

    Follow here #504

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤