Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022 pula dengan orang. Rasanya dah terlepas dua tahun Kak Sue tak kongsi pun Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java nie macam tahun-tahun sebelum nie. Rasanya sejak PKP hari tu kut. Tapi tak apa lah, tahun nie kita dah bangkit semula dan masih setia menjadi pembekal untuk peniaga-peniaga semua.. Jom lah kita tengok  senarai kat bawah nie jom..


Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022

Sebenarnya setiap tahun memang rutin Kak Sue bila tiba aja bulan puasa akan siapkan Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java nie untuk rujukan Kak Sue dan Abang Man. Sama lah juga untuk tahun 2022 nie. Lagi pun senang kalau ada yang hubungi kami untuk berniaga dah boleh rujuk pasar ramadhan atau tempat mana lagi yang masih kosong, tak ada lah dalam satu pasar ramadhan dan tempat atau kawasan tu ramai pula peniaga pasar ramadhan Kelapa Laut Man Java kan..


Tahun nie juga buat pertama kalinya kami bercuti berniaga di Pasar Ramadhan sepanjang 20 tahun kami mula berniaga air balang.  Tapi.. kami masih tetap menjadi pembekal Kelapa Laut Man Java kepada peniaga-peniaga pasar ramadhan macam tahun-tahun sebelumnya. Lagi pun memang ini antara cara kami mencari rezeki pun. Tak ada lah cuti terus dari meniaga pun. Cuma bila tahun nie kami tak cukup kakitangan dan Abang anak nombor dua kami pula dah bekerja luar, memang susah lah sikit jadinya. Maklumlah orang kuat Abah dah tak boleh nak bantu sepenuhnya..

Apapun, untuk bahagian pengeluaran Abang tetap bantu bila hari cuti Abang. Tahun nie bahagian pengeluaran Kakak anak sulung kami pula ambil alih. Dan kami pun memang dah mula nak latih anak-anak dah cara nak urus order dan peniaga dah. Alhamdullilah setakat nie semua berjalan lancar dan order pun agak menggalakkan. Tak nak bebel panjang lagi jom kita tengok senarai peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022 jom..


Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2022


Kedah
1. Mie - Kulim

Penang
1. Azie - Bukit Mertajam

2. Ayu Firdaus - Seberang Jaya.

Perak
1. Eiman - Teluk Intan
Pasar Ramadhan Teluk Intan

2. Duan Harun - Bercham, Ipoh

3. Nadia - Kuala Kangsar

4. Eddy - Beruas

5. Amie - Kamunting

6. Ahmadi - Seri Manjung

7. Azman - Pantai Remis

KL / Selangor
1. Man Java - BTP, Rawang

2. Nuar - Bazaar Jalan Reko & Kajang Utama

3. Alif - Taman Bolton, Selangor

4. Sidi - Sepang, Selangor 

5. Eddie - Ampang, KL

6. Ainul - Puchong, Selangor

7. Fizi - Kajang, Selangor

8. Nizam - Teluk Panglima Garang, Selangor

9. Din - Sungai Buluh, Selangor

10. Harun - Kapar, Selangor

11. Nazre - Batu16, Rawang

12. Ayu - Kampung Nahoda, Batu Cave

13. Ayang - Taman Rakyat Andalas, Klang

14. Ina - Pandamaran

15. Zarul - Kepong

16. Wan - Denai Alam

17. Zali - Jalan TAR

18. Hafiz - Seri Kembangan

19. Jef - Bandar Baru Selayang

Melaka
1. Saiful - Masjid Tanah

2. Man P.Lias - Pantai Puteri

Negeri Sembilan
1. Halimi - Gemas

2. Noni - Senawang

3. Hidayah - Seremban

Johor
1.Hairulblack - Skudai, Johor 

2. Faris - Larkin

3. Shah - Kluang ( Taman Muhibbah - niaga depan rumah)

4. Hafiz - Kluang (Niaga Tepi Jalan / Kahang Timur) 

5. Burn - Segamat

6. Jais - Muar

7. Kak Ina (Bawah Shah) - Pasir Gudang

Pahang
1. Nonie - Kuantan.

2. Hafiz - Jengka.

3. Anuar - Keratong.

4. Zarina - Temerluh.

5. Khairul - Jerantut.

6. Edy - Raub.

7. Kakak Roy - Felda.

8. Aziz - Kuantan.

9. Rizal - Muaazam.

Terengganu
1.Hashiri - Besut.

2. Zalina - Dungun.

3. Man- Kuala Terengganu  Kuala Nerus/ Kuala berang

4. Fadhir - Dungun.

Kelantan
1. Ruzman - Machang.

2. Ayie - Tanah Merah.

Setakat nie dulu Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java untuk tahun 2022 nie. Kami dari team Man Java Enterprise mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berniaga untuk korang semua dan semua geng Kelapa Laut Man Java. Harap korang dapat support dan jemput datang lah ya gerai-gerai air balang Kelapa Laut Man Java yang ada kat kawasan korang nanti okay. Rezeki sama dikongsi.. papai!

Post a Comment

8 Comments

  1. Wahhh hebat bisnes kak sue ni. Inspiring betul

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga terus berkembang luas perniagaan Kak sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Letak no teelfon la Kak Sue, kot nanti orang boleh contact senarai penjual nak tanya buka gerai tak

    ReplyDelete
  4. Sha tak pernah rasa air kelapa laut ni Kak Su... kena try laa macam nii

    ReplyDelete
  5. merata negeri rupanya yang menjual air man java. terbaik la semoga terus maju jaya. dah rasa air kelapa laut memang sedap sgt. durian belanda pun sedap

    ReplyDelete
  6. ramai juga peniada kelapa laun man java ye...smoga trus success...suka kedodnodng asam boi tu

    ReplyDelete
  7. senarai tahun 2023 udah ada ke

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️