Doa Nisfu Syaaban

Assalamualaikum, hai semua. Rasanya tahun nie macam meriah dan teruja sangat bila nak sambut hari Nisfu Syaaban semalam kan. Sana sini kawan-kawan berkongsi amalan dan Doa Nisfu Syaaban untuk kita amalkan. Seronok sangat..

Doa Nisfu Syaaban
Doa Nisfu Syaaban


Doa Nisfu Syaaban

Walaupun hari Nisfu Syaaban dah hampir berlalu, tapi Kak Sue tetap nak kongsikan Doa Nisfu Syaaban yang dikongsikan oleh kawan blogger Kak Sue, si Rara dalam group support Young Living kami semalam. Sebenarnya banyak aja lagi perkongsian doa Nisfu Syaaban dari kawan, keluarga dan media social tapi saja lah Kak Sue nak kongsi doa yang Rara bagi nie untuk jadi rujukan Kak Sue masa akan datang.

Senarai doa yang Rara bagi nie pun jelas dan boleh dikatakan memang doa yang sama kita baca setiap hari. Cumanya dikatakan malam Nisfu Syaaban adalah malam istimewa dimana Allah akan makbulkan setiap doa dari kita hambaNya. Menang seronok tengok kawan berkongsi dan beri ingatan untuk kita sama-sama beramal. Jom lah kita tengok doanya jom..

1. Mohon pengampunan
Diri sendiri, Ibu Ayah, Anak-anak dan seluruh ahli keluarga, Para guru, Seluruh kaum muslimin dan muslimat.

2. Urusan dalam keluarga
Dijadikan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.
Dijadikan anak-anak yang soleh dan solehah
Disatukan hati seluruh ahli keluarga
Dijauhkan anak-anak dan ahli keluarga daripada ujian dan fitnah dunia

3. Urusan dalam kehidupan
Dipermudahkan segala urusan kehidupan
Dimurahkan rezeki
Dipanjangkan usia
Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit, ujian yang tidak mampu ditanggung

4. Urusan dalam ibadah
Mendapat kemanisan dalam ibadah
Kemudahan untuk mempelajari ilmu
Diterima segala amalan
Dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah yang boleh memadam pahala amalan
Sentiasa dikurniakan taufik dan hodayah disisi Allah

5. Ketika kematian
Dikurniakan husnul khatimah
Dijauhi fitnah ketika mati dan selepas kematian

6. Ketika di alam barzakh
dijauhi azab kubur
Kubur menjadi taman-taman syurga

7. Ketika di padang mahsyar
Bangun bersama Rasulullah SAW
Mendapat naungan arasy Allah
Dipermudahkan urusan hisab
Dapat suratan amal dari tangan kanan
Melintas titian sirat sepantas kilat
Dapat masuk syurga tapa hisab
Dimasukkan ke dalam syurga paling tinggi dan dijauhkan dari neraka.

Semoga setiap doa dari kita semua dimakbulkan Allah tanpa hisab. Dan semoga kita semua terus istiqomah perbaiki diri dan amal.. Aamiin Ya Rabb..


Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga Allah SWT terima doa kita.

    ReplyDelete
  2. serba lengkap doa ni boleh sgt disimpan dan dipraktikkan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️