Bimbingan Guru Bisnes Ini Buat Kehidupan Anak Datuk K Berubah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita tentang Bimbingan Guru Bisnes Ini Buat Kehidupan Anak Datuk K Berubah pula dengan korang. Anak Datuk K Asyraf Khalid yang cukup terkenal kerana ketampanannya ini telah menerpa dalam industri perniagaan sejak dulu lagi. Mungkin ramai yang telah mengenali anak Datuk K ini bersama isterinya. Mereka mengusahakan perniagaana jamu iaitu jus mutyara.

Sepanjang memulakan perniagaan ini, sebenarnya Asyraf telah mempunyai seorang guru bisnes yang banyak mengajarkan tentang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan pelbagai lagi ilmu kepada mereka. Tahun berganti tahun, pada tahun 2022 ini akhirnya beliau berjaya membuktikan kepada Datuk K, bapanya bahawa beliau juga boleh berjaya.

Perubahan yang dilakukannya sangat menakjubkan dan membuatkan ramai orang tertanya-tanya. Bagaimana boleh berjaya dalam perniagaan hanya dalam tempoh tiga tahun dengan perniagaan yang dibina itu. Bukan kehidupan mewah saja, bahkan mempunyai kehidupan yang sangat baik tidak seperti sebelum ini. Berdirinya Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan guru bisnes atau Mentor kepada Asyraf Khalid.

Latar belakang Datuk Wira Dr Azizan Osman


Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan pakar usahawan dan pemasaran yang sangat dikenali ramai. Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu ramai usahawan mencapai jualan yang tinggi mencecah jutaan ringgit. Mereka merupakan pengasas kepada syarikat keusahawanan iaitu RichWorks International Sdn Bhd. RichWorks menganjurkan beberapa buah kelas Dan program perniagaan fokus kepada kepimpinan dan pemasaran.

Mereka dilihat memberi nilai yang sangat tinggi kepada usahawan bimbingan mereka saban hari. Dalam ramai-ramai pelajar usahawan mereka, Asyraf Khalid adalah salah seorang pelajar kumpulan Titanium yang berjaya membuat jualan berjuta-juta ringgit. Bukan itu sahaja kehidupannya yang bertambah baik ini diluahkan sendiri oleh Datuk K.

Datuk K Menghargai Azizan Osman Kerana Bimbingan Diberikan


Datuk K menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk makan malam bersama sempena Hari lahirnya baru-baru ini. Sebenarnya Datuk K ini merakamkan penghargaan buat Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana telah banyak membantu dan membimbing anaknya sehingga berjaya.

Jom kita lihat rakaman penghargaan terhadap Datuk Wira di dalam video di bawah.


“Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"

Kata Asyraf dalam video yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. Asyraf sendiri telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Wira dan juga bapanya sendiri. Tanpa mereka, kejayaan ini tidak dapat dicapai. Mungkin ada sahaja cabaran dan masalah perniagaan, namun dia bersyukur semuanya dapat diatasi dengan baik.

Selain bimbingan yang diberikan, nilai didik doktor Azizan terhadap anak didik yang lain juga sangat baik menyebabkan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Konsep ini digunapakai oleh Asyraf untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Berapa Harga Nilai Bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman

Lebih mengejutkan lagi Datuk K dalam ucapannya telah mengakui bahawa beliau sangat cemburu dan kagum akan doktor Azizan Osman kerana kepakaran beliau melahirkan usahawan jutawan. Tidak ramai guru bisnes dalam Malaysia ini seperti Datuk Wira Dr Azizan Osman yang bersungguh-sungguh.

Datuk Wira bukan sahaja memastikan usahawan mencapai apa yang mereka hajati tetapi Datuk Wira juga membantu usahawan untuk bantu orang lain dengan lebih lagi. Beliau percaya manusia yang berjaya adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada ramai orang lain. Jika kita dengar perkongsian Dari Datuk K ini, pasti agak terkejut mengetahui akan cara Bimbingan Datuk Wira Yang sebenar.

😊

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” Jelas Datuk K.

Datuk K juga berpesan:

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan”

Rumusannya, janganlah kita bersikap skeptikal, tetapi belajar lah dari orang yang telah berjaya. Pilih guru bisnes yang kita yakin dan percaya, selidik dahulu siapa yang pernah mereka jayakan.


Post a Comment

4 Comments

  1. Bukan kaleng-kaleng Dr ni...

    ReplyDelete
  2. saya pun tertarik dgn nilai2 yang diterapkan oleh Richworks ni. patutlah ramai yang berjaya. Tahniah Asyraf

    ReplyDelete
  3. Ramai berjaya dgn bimbingan beliau kan

    ReplyDelete
  4. titan ni mmg bagus, antara kursus yang ramai dh berjaya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️