Resepi Mee Hoon Sup Ayam

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Mee Hoon Sup Ayam pula dengan korang. Macam biasa lah kalau masakan dari Dapur Kak Sue nie senang aja pun. Tapi saja lah Kak Sue kongsi juga resepi Mee Hoon Sup Ayam nie dengan korang, mana tau kan kut ada yang nak cuba..


Resepi Mee Hoon Sup Ayam
Mee Hoon Sup Ayam


Resepi Mee Hoo Sup Ayam Cara Kakak

Resepi Mee Hoon Sup Ayam yang Kak Sue nak kongsi kali nie sebenarnya ikut cara Kakak anak dara Kak Sue yang sorang tu. Biasanya kita letak tauge dan sayur sawi pun cukup dah kan. Cuma kali nie Kakak cakap nak letak sayur Pak Choy dengan bawang putih bakar juga dalam resepi nie.. jadinya jadi lah Mee Hoon Sup Ayam Cara Kakak nie..

Kalau korang tak makan sayur atau tak makan sayur Pak Choy tu boleh aja nak ganti dengan apa-apa sayur tak jadi masalah pun. Kita memasak nie ikut selera kita sebenarnya, kalau rasa nak letak sayur, letak. Kalau tak nak, tak payah. Kita yang buat dia kan.. Tak nak sembang panjang lagi, jom kita tengok resepi Mee Hoon Sup Ayam nie jom..

Mee Hoon Sup Ayam

Bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 paket bebola ikan - dipotong dua
2 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang putih - diksar
2 inci halia - diketuk
1 kiub ayam Knorr
1 sup bunjut
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit serbuk lada hitam

Untuk Sayur
1 paket sayur tauge - dicelur
1 paket sayur pak choy - dicelur
10 biji bawang putih - disangai
Sedikit daun sup dan daun bawang

Untuk Sambal Kicap
20 biji cili padi
2 biji bawang putih
1 mangkuk kecil kicap
Kisar semua bahan kat atas nie

Cara :
Tumis bahan kisar, halia, dan sup bunjut tadi hingga naik bau
Kemudian masukkan air satu jug, biarkan mendidih
Masukkan pula ayam tadi, biarkan sehingga ayam masak
Kemudian masukkan pula bebola ikan, kiub ayam Knorr, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
Kacau sebati, akhir sekali perasakan dengan garam.
Kacau lagi dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan

Korang juga boleh cuba Resepi Mee Hoon Sup Daging

Post a Comment

7 Comments

  1. salam kenal.

    suka gak makan soupy2 cam ni.

    ReplyDelete
  2. Nampak mudah. Bolehlan buat weekend nanti.
    Thanks Kak Sue share resepi

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak sue, lagi pula letak sambal kicap bebanyak fuhh

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak.. letak sambal kicap pulak tu.. aduhai.. hari ni nak buat la.. ada tetel tu dalam peti..

    ReplyDelete
  5. Kalau time demam memang berselera ni...

    ReplyDelete
  6. Fav SA bihun sup or mee sup..sedapnyaaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤