Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya

Assalamualaikum, hai semua. Sekekelip mata masa berlalu, kini kita berada di tahun 2022. Apa yang berlaku di tahun 2021 banyak suka dan duka. Tidak hanya pada kehidupanp personal kita tapi melibatkan negara. 

Tahun 2021 negara kita dan kita sendiri banyak mengharungi dan menyaksikan bermacam kisah dan ujian dalam cabaran pandemik nie kan. Lebih memburukkan lagi keadaan dengan musibah banjir yang berlaku pada akhir Disember yang lalu. 

Namun, apa yang berlaku sudah pun berlalu. Ujian pandemik dan banjir yang datang kita tempuh bersama-sama. Kak Sue ikut rasa bersyukur bila ada pihak yang lain datang membantu. Nampak semangat keluarga dalam sebuah negara di situ. 

Dalam banyak-banyak syarikat yang terlibat dengan bantuan untuk masyarakat ini, Kak Sue tertarik dengan RichWorks. Di sini Kak Sue nak kongsi tentang RichWorks yang komited bantu seramai 605,000 bangsa usahawan untuk bangkit semula di tahun 2021 dengan korang.

Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya
Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya


RichWorks Tampil Bantu Semangatkan Usahawan Untuk Bangkit!

Dengan apa yang berlaku pada negara kita sekarang ini RichWorks memahami perasaan ramai orang diluar sana termasuk peniaga-peniaga dan usahawan untuk sama-sama meringankan masalah mereka.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa benda lah RichWorks nie kan. Bagi yang dah terbiasa dengan nama RichWorks International Sdn Bhd (RitchWorks) nie memang bukan satu nama yang asing sebenarnya dalam negara kita. 

Siapa yang tak kenal dengan pengasasnya Datuk Wira Dr Azizan Osman. Antara syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia. Sebenarnyakan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti Covid-19 tau. 

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor bagi tau beliau sudah tidak ada harapan klaau tak ada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,00 Usahawan Untuk Berjaya
Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya. Walaupun Dr Azizan baru keluar hospital dan masih dalam proses pemulihan dan belum sembuh sepenuhnya dari jangkitan Covid19 beliau memulakan langkah dengan komited untuk menjalankan program percuma yang dihadiri oleh ribuan orang.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam keusahawanan. Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya
Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya

Malah salah satu program kami aiity Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). 

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga."

Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya
Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya

Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu", ujarnya.

Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya
Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya

Dalam pada itu, syarilat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion. 

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM 495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya
Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya

Melalui program bimbingan Spire dari RichWorks team yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 73 usahawan berjaya mencapainya. 

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian 2021 lalu, sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang mereka usahakan dan akan dipersatukan lagi pada tahun baru ini, insyaAllah. Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

Video Perjalanan RichWorks 2021 Benar-Benar Memberi Inspirasi


Kenali RichWorks Dan Jadikan Mentor Untuk Terus Berjaya

Sebenarnya kan korang RitchWords nie dah lama ada di Malaysia dah, sejak dari 2008 lagi sampai lah sekarang nie tau. Masih lagi bertahan dengan jayanya.

Selain tu RichWorks juga telah melatih dan membantu ramai orang dan usahawan dengan mengadakan bermacam seminar dan program yang menarik.

Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya
Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya

Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya
Perjalanan RichWorks 2021, Tempuh Ujian Bantu 605,000 Usahawan Untuk Berjaya

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 hingga 24 bulan sahaja. Visi RichWorks untuk menjadi seakan 
'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 nanti.

Semoga di tahun baru 2022 nie Kak Sue berharap semoga RitchWorks lebih maju dan semoga dapat membantu lebih banyak lagi usahawan dan peniaga kecil yang lain. Aamiin Ya Rabb..

Post a Comment

14 Comments

  1. Oooo... dr Azizan... femes dia ni...

    ReplyDelete
  2. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  3. terbaik RichWorks dalam masa yang sama terkesan akibat pendemik dan banjir sempat lagi nak bantu peniaga dan usahawan yang lain, moga tahun ini lebih maju dan cemerlang InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Memang bagus usaha Richworks bantu usahawan2 yang dilanda musibah. Moga terus cemerlang dan komited menyebarkan kebaikan untuk usahawan dan peniaga.

    ReplyDelete
  5. kena bersemangat terutama di tahun baru ni.

    ReplyDelete
  6. Semoga dgn usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk bangkit berniaga

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semoga Richworks lebih sukses dalam membantu usahawan untuk berniaga

    ReplyDelete
  8. tahniah richworks keep up the good works

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  10. Tahniah Richworks banyak membantu usahawan baru..:)

    ReplyDelete
  11. Terbaik RichWorks! Keprihatinan RichWorks sangat membantu dalam meringankan beban rakyat. Moga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat team richworks atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga terus maju jaya dan semoga lebih ramai usahawan yang berjaya lahir akan datang.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah, terbaik RichWorks !

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️