Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga

Assalamuakaikum, hai semua. Semenjak kita berada dalam ujian pandemik di seluruh dunia nie kebanyakkan masa kita dihabiskan di dalam rumah aja kan. Sesekali macam teringin juga Kak Sue nak buat Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga kemana-mana. Bukan apa, dapat juga lah kami sekeluarga bertukar angin dan suasana juga kan. Ya lah, asyik-asyik dalam ruang yang sama ja setiap hari, penat dan bosan pun ada tau.. 

Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga


Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga

Biasanya aktiviti jalan-jalan dan staycation bersama keluarga nie kami sekeluarga lebih suka kalau tempat yang kami nak pergi tu tak berapa ramai orang dan dalam keadaan tenang aja. Ye lah plan kita pun memang nak berehat bersama kekuarga kan, kalau dah serabut sangat pun tak bagus juga. Tapi.. biasanya kalau tempat yang menarik atau bagus haruslah ramai orang sebab viral kan.. 

Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga

Kalau ikutkan kebiasaan.. Kak Sue sekeluarga setiap tahun akan luangkan masa untuk aktiviti jalan-jalan atau bercuti bersama keluarga selama beberapa hari. Paling dekat pun ke Hotel Genting Highland. Tapi dalam dua tahun nie memang belum ada rezeki dan peluang kami nak bercuti atau ber staycation kat mana-mana lagi. Harap selepas nie kalau keadaan dah makin tenang nak juga lah kami plan aktiviti jalan-jalan atau bercuti sekeluarga nanti..

Untuk kali nie Kak Sue plan macam nak ke pulau atau pantai. Macam best pula kan kalau dapat berehat dan bersantai bersama kekuarga. Jadi rasanya kali nie kami nak ber staycation ke Pulau Perhentian Terengganu lah nanti. Dah lama tau kami sekeluarga teringin nak ke sini.  cara paling mudah untuk ke Pulau Perhentian nie dengan menaiki speed boat dari Jeti Besut tau. Perjalanan pun selama 15 hingga 25 minit sahaja. Tapi kalau korang nak naik dari Kuala Terengganu pun boleh juga, cuma masa perjalanan lah pula ambil masa sikit, antara 1 setengah hingga 2 jam.

Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
πŸ“· Ana Suhana

Untuk info kita bersama, Pulau Perhentian nie terbahagi kepada dua bahagian tau, iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kak Sue pun sebenarnya baru tau nie. Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama percutian kat sini tau. Ada banyak resort menarik dengan tawaran pelbagai pakej terutama untuk pakej snorkeling atau scuba diving..

Kalau dah ke Pulau Perhentian nie kebiasanya orang selalu suka snorkeling lah kan. Tapi mungkin suami dan anak-anak Kak Sue lah yang akan buat aktiviti macam nie, Kak Sue nie jenis ada fobia kalau air laut, sungai nie.. hehehe.. Tapi tak apa, bagi yang takut atau fobia macam Kak Sue nie korang jangan risau hokay. Kita boleh buat aktiviti sighseeing ja, jalan-jalan atau lepak tepi pantai pun dah membahagiakan dah..

Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
πŸ“· Ana Suhana
 
Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
πŸ“· Ana Suhana

Untuk Pulau Perhentian Kecil pula ia adalah pulau peranginan menarik yang menarik juga. Ada beberapa pantai yang cantik dan lokasi snorkeling juga kat sini. Kebanyakan yang datang ke Pulau Perhentian nie lebih tertumpu ke Pulau Perhentian Kecil. Sebabnya sini ada banyak pilihan chalet atau resort. Menariknya lagi ada juga penginapan bajet yang sesuai untu 'backpackers'. Haaa.. best kan..

Selain aktiviti mandi manda atau snorkeling, korang juga boleh jalan-jalan di Pantai Panjang ( Long Beach), Pantai Romantik, Pulau Rawa Air Bersih Kristal, Teluk Dalam Pantai Peranginan dan Batu Karang, Pulau Tokong Burung, Melihat Kincir Angin D'Lagoon, Melawat Perkampungan Nelayan Perhentian dan Melihat Habitat Penyu di Titik Penyu (Turtle Bay) dan banyak lagi tau..

Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
πŸ“· Ana Suhana

Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
Aktiviti Jalan-Jalan dan Staycation Bersama Keluarga
πŸ“· Ana Suhana

Cumanya kalau kita nak kemana-mana bila di Pulau Perhentian nie, kita kena lalui jalan hutan atau menyewa bot dari operator pelancungan yang ada. Tapi kira senangah juga kalau orang yang dapat bantu kan. Tinggal kita tengok dan pilih aja kat situ mana tempat yang kita nak pergi nanti. Senang dah kan, tak ada lah risau sesat ke apa..

Memang banyak aktiviti menarik yang boleh kita buat kalau ke Pulau Perhentian nie. Dengan pulau dan pantai yang cantik dan bersih dah rasa macam kat luar negara dah pun kan. Sambil hirup udara segar dan berehat bersama keluarga tersayang memang akan menjadi pengalaman yang indah untuk dikenang. Jumpa lagi di enti cuti-cuti Kak Sue yang lain.. papai!





Post a Comment

13 Comments

  1. Tak pernah bercuti kat pulau melainkan pulau Pinang... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat melancong ke Pulai Perhentian

    ReplyDelete
  3. alahai mmg dah masuk wishlist nak pergi sini. alahai bilalah nak pegi ni. cantik sgt pemandangannya

    ReplyDelete
  4. ana hujung tahun lepas sampai hari ni masih plan nak cuti luar selangor belum tertunai lagi sue, cuti2 kl je yang lepas hehe :)

    ReplyDelete
  5. cantik pemandanga. teringin nak pergi. in sha Allah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. staycation dalam Malaysia pun dah best kan kak

    ReplyDelete
  7. antara pulau yang masuk dalam wishlist. tapi tak tau bila boleh perginya hehehe

    ReplyDelete
  8. ciknur penah ke sini zaman bujang dulu dah 20 thn berlalu he hee memangg cantikk dan bestt pulau ni
    tu la jika diizinkan Allah teringin nk dtg dgn family ank2 pula
    insyaAllah... semoga Malaysia pulih dan kita dpt jln2 sprti dulu
    aaminn

    ReplyDelete
  9. thn ni lom plan utk ke pulau2.
    sebab Nurin nak spm.
    so mcm tak berani nak reserve pakej ke pulau2 kat malaysia ni.
    camping dedekat je la.

    malaysia ni byk tempat menarik.
    indah. nyaman. aida lom habis tawaf!

    ReplyDelete
  10. Bestnya jalan jalan..
    Naniey tak fully vaccinated lagi. Jadi xleh jalan jalan. Boleh masuk Giant, Aeon big beli lauk je 🀣

    ReplyDelete
  11. Kamera kayangan ni... semua foto cantik2....

    Papai!

    ReplyDelete
  12. Pulau perhentian cantik sangat laut dia. Rasa nak repeat ke sana lagi nanti.

    ReplyDelete
  13. tkpernh smp lg pulau perhentian

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤