Sanah Helwah Adik Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun tarikh yang sama pasti akan datang lagi, dan macam biasa juga Kak Sue akan ambik kesempatan nak ucapkan kat sini Sanah Helwah Adik Sayang untuk anak bongsu Kak Sue yang sorang tu. Setiap tahun Kak Sue akan buat entri untuk hari istimewa macam nie. Saja lah kan untuk kenangan dikemudian hari nanti kan..

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Sanah Helwah Adik Sayang

Masih juga sama setiap tahun, Kak Sue dan Adik akan sambut hari lahir sama-sama. Kebetulan cantiknya susunan Allah, hari lahir Adik sehari selepas hari lahir Kak Sue sendiri. Macam tahun lepas kami tak buat sambutan apa pun, cuma macam biasa kejutan kek hari lahir tetap jadi rutin bila jam berdetik 12 malam. Chewah.. macam tajuk drama pula kan.. hehehe..

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Tahun nie Adik tak dapat hadiah macam biasa, tapi dapat duit pula sebagai ganti hadiah dari Ateh dan Acik Tikah. Kebetulan masa kami sekeluarga balik kampung Kak Sue hari tu, Ateh dan Acik Tikah buat kejutan majlis hari lahir sama dengan sambutan majlis hari lahir anak Acik Tikah si Nur Zarra Aressa. Walaupun hanya ahli keluarga yang datang tapi majlis tetap meriah. Terima kasih ya semua yang terlibat dalam majlis kejutan nie, terharu sangat..

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang 

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Cuma masa majlis sambutan hari lahir kat kampung tu, sebenarnya belum sampai lagi tarikh sebenar hari lahir Adik dan Kak Sue. Tapi sajalah Acik Tikah nak sambut sekali dah alang ada kat kampung kan. Kemahin seronok lagi si kecil comel Aressa tu..

Bila kami dah balik ke rumah sendiri.. kami tetap nak raikan hari lahir Adik secara sederhana. Ibu dan Abah macam biasalah, plan dan bawa kami sekeluarga keluar makan dan hadiah pula kami tak beli sebab nak suruh Adik pilih apa yang Adik nak. Biasalah dah besar nie kan..

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Bila dah selesai bawa makan-makan dan cari hadiah kami terus balik ke rumah. Malas nak berlama-lama kat luar dalam keadaan sekarang nie kan. Janji dah dapat bawa kami sekeluarga keluar makan bersama, Adik pun dah dapat hadiah.. itu pun dah cukup buat Kak Sue bahagia dah.

Apapun.. semoga selepas nie semuanya lebih baik dari sebelumnya untuk keluarga Kak Sue dan kita semua. Sekali lagi Ibu nak ucapkan Sanah Helwah Adik Sayang.. semoga sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah dan semua terpaling baik untuk hidup Adik dunia dan akhirat.. Aamiin Ya Rabb.. We love Adik Sayang.. ❤️

Boleh juga baca sambutan hari lahir Adik yang lain kat sini Sanah Helwah Adik Sayang 2020


Post a Comment

6 Comments

  1. Selamat menyambut tarikh hari kelahiran buat Sue dan adik Faris

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah ya kedua-duanya. Semoga sentiasa dilimpahi kasih sayang sesama insan dan daripada Allah swt terutamanya.

    ReplyDelete
  3. happy birthdayyy adikkk :)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari jadi untuk kak Sue dan anak. Betullah, dah besar biar jelah pilih hadiah sendiri

    ReplyDelete
  5. happy birthday semoga sentiasa panjang umur dan murah rezeki. best la sambut tetiap tahun dgn ibu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤