Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Sejadah Travel Poket dari PTT Outdoor pula dengan korang. Ya lah sekarang nie kita semua dah diberi kelonggaran untuk merentas daerah dan negeri dah kan. Jadi mana yang nak balik kampung atau bercuti boleh lah simpan atau sediakan Sejadah Travel Poket dari PTT Outdoor nie dalam beg atau kereta kita..

Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor
Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor


Sejadah Travel Poket Dari PPT Outdoor

Bila diumunkan kita semua dah boleh rentas daerah dan negeri nie semua orang teruja dan rindu sangat kat keluarga di kampung dan rindu nak bercuti rehatkan badan dan minda kan. Ya lah, dah dekat setahun kut kita terperap dalam rumah atau dalam kawasan dan rutin yang sama. Tapi dalam kita teruja tu jangan dilupakan penjagaan solat walaupun kemana kita pergi, wajib untuk kita sebagai orang Islam hokay. Sebab tu nak mudahkan urusan korang semua, Kak Sue nak kongsikan Sejadah Travel Poket Dari PPT Outdoor nie dengan korang..

Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor
Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor

Biasanya kan, untuk keluarga Kak Sue hanya orang perempuan aja yang bawa beg sejadah atau telekung nie. Kiranya kalau nak keluar makan-makan atau jalan-jalan memang nak kena usung lah semua tu, orang lelaki biasanya guna yang ada kat surau atau masjid aja. Tapi sejak seluruh dunia alami pendemik sekarang nie, makanya nak kena siapkan lah untuk orang perempuan dan lelaki bila nak singgah solat nanti. Kita jaga kita kan..

Tapi.. dengan adanya Sejadah Travel Poket dari PTT Outdoor nie lebih mudahkan urusan lah kan sebab bersaiz poket, nipis, ringan dan kalis air. Walaupun macam tu korang tak perlu risau sebab Sejadah Travel Poket nie walaupun ringan tapi tak bergerak tau, sebab pada setiap penjuru sejadah nie ada diletakkan pemberat supaya ia tak mudah bergerak. Yang bagusnya lagi, Sejadah Travel Poket nie siap ada penunjuk qiblat sekali tau. Senang lah kita nak check qiblat nanti kan..

Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor
Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor

Selain tu.. Sejadah Travel Poket nie disediakan dengan pouch bag sekali tau. Haa.. dekat pouch bag nie lah ada kompas yang boleh kita chcek arah qiblat nanti. Cara nak gunakan kompas nie korang hanya perlu selaraskan kod untuk lokasi negara yang berbeza yang dah disediakan sekali. Haa.. senang dan menarik kan..

Jadinya dengan Sejadah Travel Poket dari PTT Outdoor nie memang sesuai lah kalau nak gunakan untuk solat kat mana-mana pun bila ada penunjuk qiblat nie kan. Tambah korang yang suka dengan aktiviti outdoor macam camping, hiking dan travel. Selain tu macam yang Kak Sue sembang kat atas tadi.. nak bawa bila kita keluar shopping atau nak bawa ke tempat kerja pun boleh juga sebab ia bersaiz poket dan senang nak bawa ke mana-mana..

Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor
Sejadah Travel Poket Dari PTT Outdoor

Jadi korang yang mana nak juga Sejadah Travel Poket dari PTT Outdoor nie boleh lah dapatkan secara online di www.pptoutdoor.com nie, ada juga pilihan barangan outdoor yang lain juga kat sini tau. Semoga bermanfaat untuk semua ya.. jumpa lagi sembang-sembang Kak Sue di next entri yang lain.. papai.. !

Post a Comment

3 Comments

  1. wahh simple dan cantikk . senang usung p memana .. boleh try beli ni

    ReplyDelete
  2. cantik sejadahnya, nak bawa ke manaa2 pun senang

    ReplyDelete
  3. wahh bagus sejadah leh buat travell musim covid nih., ;p

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️