Resepi Tomyam Putih

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi masakan kegemaran ramai dari Thailand pula dengan korang, Resepi Tomyam Putih. Biasanya kalau tak berapa nak ada selera makan memang sedap sangat kalau masak Tomyam Putih macam nie tau. Sebab ada rasa masam-masam dan pedas tu memang membuka selera kita. Makan dengan nasi putih pun dah sedap dah..

Resepi Tomyam Putih
Tomyam Putih

Resepi Tomyam Putih

Sebenarnya kan dah berapa kali Kakak anak dara Kak Sue yang sorang tu cuba resepi Tomyam putih nie, cumanya Kakak masih tak puashati sebab tak dapat warna kuah macam Kakak nak. Lepas kali ketiga Kakak cuba masak Tomyam Putih nie baru lah Kakak rasa puashati..

Kakak memang kalau masak apa-apa selagi tak puashati dia akan ulang masak sampai jadi dan puashati. Dan kebanyakan resepi yang Kakak cuba nie di ambil dari Instagram atau Tik Tok. Terima kasih dan kami mintak halalkan ya resepi yang Kakak cuba dan resepi yang Kak Sue tulis nie.. Apapun jom lah kita tengok resepi Tomyam Putih kat bawah nie jom..

Tomyam Putih

Bahan :
Ayam, Udang dan Sotong - agak-agak aja korang nak banyak mana. Potong kecil dan bersihkan.
1 biji bawang Holand - dihiris
2 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
8 biji cili padi - dipotong
4 helai daun limau - dikoyak kecil
3 akar ketumbar
2 kiub ayam Knorr
4 sudu sos limau
4 sudu sos ikan
Sedikit garam

Bahan Sayur
Brokoli
Cendawan
Tomato
Daun saderi
Daun ketumbar

Cara :
Masak air hingga mendidih
Masukkan serai, lengkuas, bawang holand dan akar ketumbar
Masukkan pula cili padi dan daun limau
Biarkan mendidih lagi dan masukkan ayam dan udang
Kemudian masukkan daun saderi dan cendawan
Masukkan pula garam dan kiub ayam
Kemudian masukkan sos limau dan sos ikan
Akhir sekali masukkan sotong, tomato dan daun ketumbar
Kacau dan tutup api, sedia untuk disediakan

Untuk resepi lain korang boleh cuba kat sini ya Resepi Sup Ekor Ala Thai

Post a Comment

8 Comments

  1. Suka tomyam putih. Tambah2 kalau makan dengan bihun.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kakak. Nak buat jugaklah nanti.

    ReplyDelete
  3. dah lama x buat tom yom putih ni, anak2 memang suka tom yam

    ReplyDelete
  4. thanks share resepi. Tak pernah buat tom yam putih

    ReplyDelete
  5. saya tak penah buat tomyam putih lagi kak.. saya suka yg merah. nanti boleh cuba

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤