Resepi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Masak Merah pula dengan korang. Antara lauk kegemaran Abang Tihie anak lelaki Kak Sue lah Ayam Masak Merah nie. Kalau masak lauk nie memang bertambah dan berulang Abang Tihie akan makan satu hari tu..

Resepi Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah


Resepi Ayam Masak Merah

Sebenarnya resepi Ayam Masak Merah nie Kakak anak dara Kak Sue yang cuba dan masak. Rasanya Kak Sue ada kongsi kat entri sebelum nie Kakak memang suka cari resepi kat Instagram atau kat Tik Tok.

Memang hari-hari akan cari resepi kat dua tempat nie kalau kami tak ada idea nak masak. Ye lah main dengan hari-hari masak nie memang kadang memang kering idea tau. Okay lah, tak nak sembang panjang lagi, jom Kak Sue nak kongsikan resepi kat bawah nie jom..

Ayam Masak Merah

Bahan :
1 ekor ayam - di potong ikut kecil
1 1/2 biji bawang besar - dikisar
6-7 ulas bawang putih - dikisar
1/2 ibu jari halia - dikisar
2 genggam cili kering - dikisar
1/2 ibu jari belacan - dikisar
2 biji tomato - dikisar
1 senduk susu cair
Sedikit garam, gula dan perasa
Sedikit daun sup dan bawang untuk hiasan

Untuk Tumis :
3 sekawann
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1-2 batang serai - dititik
4-5 helai daun pandan - hiris atau simpul

Cara Masak :
Goreng ayam yang dah digaulkan dengan garam dan kunyit tadi. Tos dan ketepikan
Panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi
Tumiskan pula bahan tumis tadi sehingga layu
Kemudian tuangkan bahan kisar tadi, masak sehingga garing dan pecah minyak
Kemudian tambahkan gula, garam dan perasa
Kemudian masukkan pula susu cair
Kacau dan biarkan masak sehingga pecah minyak lagi
Bila kuah dah sebati dan cukup rasa, boleh lah masukkan ayam goreng tadi
Kemudian taburkan hirisan bawang besar dan kacau lagi
Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang untuk hiasan
Sedia untuk dihidangkan

Korang juga boleh cuba resepi lain kat sini Resepi Ayam Meraung Bakar Thai

Post a Comment

3 Comments

  1. wow sedapnya jenis berkuah mcm ni kak

    ReplyDelete
  2. Waaahh... ayam masak merah ni memang ramai yang suka. Padu Kak Sue

    ReplyDelete
  3. Gambar tu macam ayam masak kari..

    Ayam masak merah ni antara feveret food saya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤