Resepi Sayur Sawi Tumis Pedas

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Sayur Sawi Tumis Pedas pula dengan korang. Sebenarnya kan resepi Sayur Sawi Tumis Pedas nie senang aja pun, tapi Kak Sue saja lah nak kongsi dengan korang kat sini. Mana lah tau tak ada idea nak masak sayur kan, boleh lah cuba resepi mudah dan ringkas dari Kak Sue nie..

Resepi Sayur Sawi Tumis Pedas
Sayur Sawi Tumis Pedas


Resepi Sayur Sawi Tumis Pedas

Sebelum nie Kak Sue nampak si Nabila Huda yang masak Sayur Sawi Tumis Pedas nie, nampak sedap lah pula cara Abil masak tu. Teringin pula nak cuba, jadi ada satu hari tu Kak Sue pun cuba lah masak cara Abil, sedap rupanya. cuma mungkin ada tambah sikit lah ikut selera Kak Sue sekeluarga..


Ya lah.. sebelum nie kalau sayur sawi asyik masak cara yang sama ja kan. Sesekali tukar cara masak sayur tak ada lah jemu. Nak pula anak bujang dua orang dekat rumah Kak Sue nie, sejak dah besar nie memilih nak makan sayur. Jenuh lah Ibu dan Kakak gigih usahakan nak bagi depa pun suka makan sayur. Okay.. sekarang jom kita tengok apa bahan dan cara nak masak Sayur Sawi Tumis Pedas nie jom..

Sayur Sawi Tumis Pedas

Bahan : 
1 ikat sayur baby sawi
1 peket cendawan
1 biji bawang besar - dihiris halus
4 biji bawang putih - dihiris halus
1inci halia - dihiris halus
8 biji cili padi - dipotong dua
1 kiub Ayam Knor
Sedikit bebola ikan
Sedikit garam

Cara :
Tumiskan bahan yang dihiris dan dipotong tadi sehingga naik bau
Masukkan sedikit air, biarkan mendidih
Kemudian masukkan kiub ayam Knorr, bebola ikan, sayur baby sawi dan cendawan tadi
Kacau sekejap, perasakan dengan garam
Kacau lagi.. tutup api
Sedia untuk dihidangkan

Untuk resepi sayur yang lain korang boleh tengok kat sini hokay Resepi Sayur Pak Choy Sos Tiram

Post a Comment

7 Comments

  1. Betul-betul. Dekat rumah selalu buat menu mcm ni. Tak payah pening nak masak lauk sayur macam mana hehe cuma tak pernah letak halia

    ReplyDelete
  2. saya pun suka tengok Nabila Huda memasak. senang terpengaruh, mesti nak try jugak.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lauk simple macam ni. Boleh cuba nti

    ReplyDelete
  4. Baby sawi ni biasa SA kukus kak, pas tu buat kuah sos tiram bawang putih...sedap...dengan batang2 dia pun sedap makan..manis...

    ReplyDelete
  5. rajin kak su, skodeng artis masak ye hehehe.

    ReplyDelete
  6. sedap juga makan sayur tumis pedas ni. kena dgn tekak melayu

    ReplyDelete
  7. Lauk simple macam ni la lagi menyelerakan. Memang sedap ni sayur sawi pedas... Kena betul dengan tekak LeYa anak Nogori ni... Hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤