Resepi Oden Homemade Dapur KakSue

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Oden Homemade Dapur KakSue pula dengan korang. Sesekali nak juga tukar menu yang biasa kita masak kat rumah kan. Ya lah, kadang bila tak tau nak masak apa atau tak ada selera nak makan Kak Sue memang suka masak menu berkuah macam nie. Jadi baru-baru nie Kak Sue cuba lah masak Oden Homemade nie cara Kak Sue..

Resepi Oden Homemade Dapur KakSue
Resepi Oden Homemade Dapur KakSue


Resepi Oden Homemade Dapur KakSue

Sebenarnya sebelum nie Kak Sue dah cuba dah resepi Oden Homemade yang Kak Sue cari kat google. Kebanyakkan resepi yang Kak Sue jumpa guna pes Asam Pedas dan Tom Yam Adabi. Boleh tahan juga lah rasa dia. Tapi baru-baru nie, Adabi ada keluarkan pes Oden Tom Yam dan Kimchi. Jadi Kak Sue pun apa lagi terus lah cuba buat Oden guna pes terbaru dari Adabi nie. Gambar pes tu lupa pula nak ambik, korang boleh tengok kat IG Adabi nanti hokay..

Pada pendapat peribadi dan selera Kak Sue, pes Oden Tom Yam dan Kimchi Adabi memang sedap dan kena dengan selera Kak Sue. Tak payah korang nak tambah apa lagi dah, dia dah cukup rasa semua dah. Kak Sue siap beli buat stok kat rumah, senang nanti kalau nak buat Oden lagi, bahan semua dah ada kat rumah. Senang kan, okay lah tak nak bebel panjang lagi.. sekarang nie, jom kita tengok resepi mudah dan ringkas nak sediakan Oden Homemade Dapur Kak Sue nie jom..

Oden Homemade Dapur KakSue

Bahan :
1 paket campuran bebola
1 paket bebola ikan
1 paket tauhu sayur
2 paket pes oden Tom Yam Adabi
1 kiub Ayam Knorr
1 pokok brokoli
1 paket cendawan
1 1/ 2 liter air

Cara :
Masukan air dan pes oden Tomyam Adabi tadi ke dalam periuk
Kemudian kacau sebati, masak sehingga mendidih
Masukkan pula campuran bebola, bebola ikan, tauhu sayur dan stok ayam Knorr
Kacau lagi dan masukkan pula brokoli dan cendawan tadi
Kacau sekejap, kemudian tutup api
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ada perencah baru.. Kimchi pulak tu. Bukan beshe2 Adabi. Kena try juga niii.

    Betul selalu gun apes tomyam & Pes asam pedas. Surrrr teringin pulak nak beroden...

    ReplyDelete
  2. sedap ni kak sue.. berselera makan ramai2

    ReplyDelete
  3. Sedapnya oden. Rajin gak buat kalau teringin.

    ReplyDelete
  4. wahhh
    confirm sedap nih

    ReplyDelete
  5. Haaaa.. Yang ni memang resipi menarik.

    ReplyDelete
  6. thanks share Kak Sue. honestly saya tak suka yang pes asam pedas tu sebab rasa belacan kuat. saya pulak memang resdung teruk, so bersin aje bila buat. boleh try ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤