Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Assalamualaikum, hai semua. Rasanya masih belum terlambat Kak Sue nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada korang semua. Tahun nie tahun ketiga Kak Sue sekeluarga beraya tanpa Mak tersayang dan tahun kedua kita masih beraya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan lagi. Lebih sedih Hari Raya Aidilfitri kali nie tak dibenarkan berziarah apatah lagi nak rentas daerah atau balik kampung.. huhuhu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Tahun nie ikutkan masih lagi giliran sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung Kak Sue, tapi bila kita masih juga lagi dalam PKP nie makanya sambutan raya kat rumah sendiri aja lah. Apa nak buat kan.. Sistem giliran dah tak terpakai dah. Kita bawak ke tahun depan pula, kalau umur panjang kan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Nasib lah malam raya tahun nie Kak Sue masak rendang sambil bertemankan video call dengan adik beradik dari kampung.. terubat lah sikit rasa sedih hati nie bila dengar takbir raya sebelum tu. Riuh rendah juga lah dibuatnya sampai rasa macam duduk satu rumah pula bila sambil masak dan bergurau senda macam selalu kami buat bila berkumpul ramai-ramai di kampung..

Selain tu.. tahun nie agak meriah juga bunyi mercun di kawasan rumah Kak Sue nie.. agaknya lepas geram kut tak dapat balik beraya di kampung kan, sakan berlawan-lawan tembak mercun.. hehehe.. Apapun, Kak Sue sangat bersyukur sebab anak-anak semua ada dengan kami dan tahun nie semua peniaga Pasar Ramadhan dibenarkan berniaga walaupun tak sepenuhnya.. Jadilah kan, dari tak dibenarkan langsung..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Macam tahun lepas juga, walaupun tak dapat nak berziarah dan balik kampung tetap ada kemanisannya tersendiri bagi Kak Sue. Tak ada lah kita sibuk dan letih terkejar nak masak dan layan tetamu macam kelaziman. Masak ala kadar aja janji ada masakan raya di atas meja untuk keluarga tersayang.. Tapi bab kemas rumah, Kak Sue tetap letih juga sebab semua nak dibuatnya bila datang aja Hari Raya.. sampai ke pagi raya masih tak siap mengemas dan mengemop lagi, hadoi gigih betui ya.. hehehe..

Apapun semoga ujian yang datang tanpa kita minta nie cepatlah berlalu kan. Sedih betul tengok keadaan sekeliling, yang mana diuji dengan macam-macam ujian yang hebat yang mungkin kita sendiri tak sanggup nak tempuh sebenarnya. Hanya doa saja lah mampu kita bantu dan hadiahkan.. dan semoga kita berhati-hati lah dalam berkata-kata atau menulis tentang isu yang melukakan hati orang lain di media social ya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Akhir sekali, Kak Sue sekeluarga mohon ampun dan maaf segala kata-kata, penulisan dan perbuatan kami yang sengaja atau tak disengajakan pada korang semua ya. Halalkan apa yang termakan dan terminum dunia akhirat. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..

Jemput juga baca Hari Raya Aidilfitri 2020


Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat hari Raya Aidilfitri Kak Sue sekeluarga. Maaf zahir batin ya kak. Tahun kedua kan kak Syawal PKP.. semoga Syawal tahun akan datang Allah swt izin kita berkumpul bersama-sama keluarga lagi. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. sama la ye kak sue.. kosong-kosong ye

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya dan maaf zahir batin buat kak sue dan abg man sekeluarga

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤