Resepi Chicken Mango

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Chicken Mango yang sangat mudah dan sedap. Yang menariknya kalau korang jemu atau nak kurangkan makan nasi, boleh aja makan Chicken Mango nie macam tu aja. Bagi Kak Sue hidangan nie agak mengenyangkan juga lah kalau tak nak makan nasi sebab ada isi ayam tu kan..

Resepi Chicken Mango
Chicken Mango


Resepi Chicken Mango Yang Mudah dan Sedap

Sebelum nie, sebenarnya pertama kali Kak Sue cuba dan rasa Chicken Mango nie dekat ekspo Thai Food. Sedap gila kut, dengan rasa ayam, masam dan pedas dalam satu rasa memang membuka selera. Tetiba hari tu Kakak anak dara Kak Sue tu kata nak cuba resepi Chicken Mango nie. Jadi Kak Sue pun terus on aja lah.

Resepi asal nie kami tengok kat Sirap Limau sebenarnya, tapi biasa lah ada juga Kakak tambah dan ubah itu ini ikut selera Kakak. Bagi korang yang tak suka makan pedas boleh aja kurangkan cili padi atau tak payah letak. Kita yang buat dia kan.. hehehe.. Jom kita tengok resepinya jom..

Chicken Mango

Bahan :
2 keping isi dada ayam 
3 ulas bawang potong - dipotong kecil
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk kari
Sedikit lada hitam
Sedikit tepung bistari
Sedikit air
Gaul semua dan perap sekejap

Bahan untuk Sos dan Dressing :
1 biji mangga muda - dihiris halus
1 biji bawang - dihiris halus
Sedikit cili padi - dihiris halus
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun salad untuk hiasan

Bahan Sos :
3 sudu plum sos
1 sudu sos tomato
2 sudu sos thai
1 sudu gula
1 biji limau nipis

Cara :
Goreng ayam tadi sehingga masak
Kemudian angkat dan toskan
Bila dah sejuk potong kecil isi ayam tadi
Kemudian gaulkan ayam dengan mangga, bawang, cili padi dan ketumbar tadi
Akhir sekali tuang sos ke atas ayam yang sudah digaul tadi
Perasakan dan sedia untuk dihidangkan

Korang juga boleh baca resepi lain kat sini Resepi Ayam Masak Thai

Post a Comment

7 Comments

  1. Boleh buat ni. Puasa dah dekat.

    ReplyDelete
  2. ni kalau berbuka meratah ni cukup. kurus aku kak hahahah

    ReplyDelete
  3. Haaa sedapnyaaa..nanti nak buat lah..tunggu musim pelam berbuah nanti..

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak sue.. tq share resipi.. Fiza suka menu masam2 gini

    ReplyDelete
  5. Akkk jangan menggoda kita kak.. Hahaha.. Rasa nak buat je sekarang pakkal mangga takde

    ReplyDelete
  6. Sedappnyaaa menggoda tgk nyaa

    ReplyDelete
  7. Oh yumss! nanti sis nak try this recipe kerabu mangga ayam, it's so tempting

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤