Pilihan Staycation Yang Menarik di Negeri Melaka

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Pilihan Staycation Yang Menarik di Negeri Melaka pula dengan korang. Ya lah, dah hampir setahun lebih dah kita semua dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan nie kan, rindu betul nak bercuti atau berjalan-jalan bersama keluarga tersayang. Tapi dalam situasi kita sekarang tak boleh nak rentas negeri lagi kan, jadi Kak Sue nak bagi idea untuk kita semua pilihan staycation menarik kat hotel yang berdekatan atau dalam negeri kita sendiri.. 

Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
📷 Traveloka


Pilihan Staycation Yang Menarik di Negeri Melaka

Biasanya setiap tahun samada cuti sekolah atau cuti sempena Hari Raya memang Kak Sue sekeluarga akan plan untuk bercuti dan berehat selama beberapa hari. Antara tempat atau negeri kegemaran Kak Sue sekeluarga adalah negeri Melaka. Satu tempat yang unik dan menarik yang harus korang datang bercuti kat sini tau..

Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
📷 Traveloka

Kalau untuk Kak Sue sekeluarga, rasanya kami dah datang Melaka nie dalam dua, tiga kali dah pun. Tapi masih tak rasa jemu-jemu pun lagi, masih ada lagi tempat yang kami sekeluarga belum pergi dan masih ada tempat kami sekeluarga suka datang berulang kali.. punya suka sangat datang Melaka nie. Sebab tu Kak Sue plan bila tamat aja PKP nanti Kak Sue nak ke Melaka.. insyaAllah..

Biasanya, bila kita dah plan nak ber staycation nie benda pertama sekali kita kena pastikan tempat tinggal kita masa kita berada kat tempat staycation kita nanti kan. Kalau dah kat Melaka nie antara hotel yang bakal jadi pilihan Kak Sue sekeluarga nanti ialah The Pines Melaka. Haa.. mesti korang tertanya-tanya apa yang menarik tentang Hotel The Pines Melaka nie kan, jom Kak Sue nak sambung cerita lagi kat bawah nie jom..

Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
📷 Ana Suhana

Hotel Pines Melaka nie kan, kalau korang nak tau kolam mandinya ber air masin. Haa.. menarik kan, lain dari yang lain dan satu-satunya hotel yang ada kolam renang air masin. Kolam nie terletak di tingkat 7, tapi korang kena naik ke tingkat 8 dulu dan turun kat hujung nanti. Sebab tingkat 7 tu ada private room untuk kolam renang mereka sendiri. Best kan.. siap ada private room lagi..

Tentang bilik pula kita boleh lah pilih ikut kemampuan dan budget kita. Kalau dah satu keluarga macam Kak Sue nie berlima orang boleh lah pilih bilik yang besar dan selesa sikit. Room facilities kat Hotel Pines Melaka nie macam hotel lain juga, tv ada saluran basic Astro, safety deposit box, mini bar, cerek, kopi dan teh dan juga toiletries..

Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
📷 Ana Suhana

Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
📷 Ana Suhana

Selain tu, hotel nie berdekatan dengan Bandar Hilir, A Famosa dan Jonker Walk tau.. antara tempat tarikan pelancong kan. Tapi bukan pelancong dari luar aja, anak-anak Kak Sue sendiri memang suka sangat jalan-jalan kat Jonker Walk nie. Jadi kalau nak turun jalan-jalan tu dekat dan senang lah kan. Tak payah nak pergi jauh dan jimat masa kita dari tersekat dalam kesesakan jalan raya nanti. Tau lah Melaka nie.. memang tempat kujungan ramai setiap tahun..

Bab parking pula, ada kawasan parking bertingkat dan luas disediakan kat sini lengkap dengan CCTV lagi. Haa.. memang rasa selamat nak parking kat sini kan, tak payah nak risau apa dah. Ye lah, bab parking nie memang main peranan juga bila kita pergi bercuti kan, tak nak risau pasal kereta kita bila kita parking nanti..

Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
📷 Ana Suhana

Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
Pilihan Staycation Yang Menarik di  Negeri Melaka
 ðŸ“· Ana Suhana
 
Akhir sekali.. bagi pendapat peribadi Kak Sue memang puashati dapat bercuti di The Pines Melaka nie. Lokasi dekat dengan bandar, dekat dengan tempat makan dan parking yang luas dan selamat. Korang kalau nak rasa kelainan bercuti kali nie boleh lah cuba The Pines Melaka nie hokay. Happy staycation korang.. jaga diri.. papai!

Post a Comment

10 Comments

  1. Aduhhh rindunya nak balik Melaka.

    ReplyDelete
  2. lama dh x p melaka.. teringat pulak asam pedasnye... aduhai.. sedapnye..

    ReplyDelete
  3. Byk lagi tempat yg zaza belum explore kat melaka ni..haishh rinduuu nak jalan2 sini..

    ReplyDelete
  4. Banyak tempat2 menarik yg ada kat melaka utk dibuat as staycation kan kak.. Xsbr nk rentas negeri nanti..

    ReplyDelete
  5. Rindu pula nk g Melaka bila tgk kak sue.. pendek kata rindu la nk g bercuti..

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info, nanti sis nak check out juga

    ReplyDelete
  7. Memang best duduk dekat the pines ni kak. Bilik Cantik dan lokasi pun strategik.

    ReplyDelete
  8. Lawa nya pines melaka ni. Nanti bila boleh rentas negeri boleh la try staycation kat sini

    ReplyDelete
  9. boleh la ni.. lepas habis covid nk ajak family pi melaka

    ReplyDelete
  10. alahai lama dah tak ke melaka. bilalah boleh merentas negeri ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️