Buffet Ramadhan Sajian Antarabangsa di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie kita masih dalam suasana PKPB tapi sana sini dah mula dengan Ramadhan Buffet.. sama juga lah dengan Buffet Ramadhan Sajian Antarabangsa di Mardhiyyah Hotel & Suites nie. Rindunya nak makan buffet Ramadhan kan, jom lah kita tengok apa yang istimewa tahun nie..

Buffet Ramadhan Sajian Antarabangsa di Mardhiyyah Hotel & Suites

Mardhiyyah Hotel dan Suites (MHS), mengalu-galukan kedatangan bulan suci Ramadhan dengan hidangan bufet yang amat menarik dengan hidangan sajian tempatan dan antarabangsa juga pilihan gerai. Macam yang Kak Sue kongsi kat atas tadi, tahun nie Bufet Ramadhan di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel & Suites dengan temanya "Bufet Antarabangsa". Haa.. menarik kan..


Seterusnya.. bufet iftar nie menyediakan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Antara masakan tempatan yang boleh korang nikmati ialah Nasi Putih, Nasi Beriani Kukus, Ayam Masak Merah, Ikan Goreng Sambal Lado, Daging Masak Briyani, Sotong Telur Asin Goreng, Tahu Kukus dengan Sos Tiram Bawang Putih, Pizza Ayam Bakar Teriyaki dan pelbagai masakan lain untuk dicuba..

Yang lebih menarik lagi.. dengan masakan Pilihan Antarabangsa yang terdiri daripada Pelbagai Garden Salad, Tuna Salad, Grilled Chicken Salad, Tabbouleh Salad, Coleslaw, Pasta Salad Italian & Fresh Dressing. Korang juga boleh menikmati pilihan tempatan seperti Ulam-ulam dengan 5 jenis pembuka selera seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan Raita, Jeruk Buah-Buahan, Pelbagai Keropok, Lemang & Nasi Impit dengan Kuah Kacang, Serunding Ayam, Kerabu Ayam,Kacang Botol, Jantung Pisang dan Kacang Panjang & Som Tham.



Selain tu, korang juga boleh sambung layan makanan dari gerai-gerai dengan konsep berbeza antaranya yang "Mesti Cuba" Smoke Hicory Roasted Whole Lamb, Masakan Jepun, Masakan Cina, Noodle Galore, Gerai Roti John, Gerai Aneka Goreng-Goreng, Gerai ABC, Gerai Penang, Gerai Minuman Panas & Gerai Minuman Sejuk.


Tarikan utama Bufet Ramadhan kali ini ialah Gerai Smoke & Grill ialah Gerai Smoke & Grill yang merupakan tarikan utama Bufet Ramadhan kali ini. Korang juga boleh cuba masakan istimewa chef iaitu "Smoke Hickory Roasted Whole Lamb" dengan Sayur Panggang, Sos Lada Hitam, Sos Rosemary, Sos Cendawan dan Sos Pudina.


Selain tu korang juga boleh cuba Mee Goreng Mamak, Japanese Sushi Maki & Tempura, Dim Sum, Waffle, Nyonya Kari Laksa, Bee Hoon Soup Utara dengan bumbu dan Roti John. Haa.. naik rambang mata nanti nak pilih nak makan yang mana kan, semuanya menarik..


Biasalah bila berbuka puasa selepas seharian kita menahan lapar dan dahaga tentulah pilihan minuman menjadi keutamaan kita. Ada dua gerai minuman yang tersedia kat sini tau, Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Korang boleh je pilih mana yang korang suka antaranya Teh Tarik Madu, Nescafe Tarik, Teh Ais Cincau, Teh O Ice Limau, Ice Bandung, Fruits Punch dan Flavour Ice Water.


Bahagian kegemaran Kak Sue ialah bahagian desert, dari Chef Pastri MHS. Kali nie sempat juga Kak Sue jamah beberapa pencuci mulut semuanya sedap-sedap belaka. Antara pencuci mulut kat sini Bubur Chacha Keledek, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Choco Moist Cake, pelbagai aneka kuih tradisi Melayu, pelbagai Jelly, Agar-agar dan Puding, Puding Roti, Sago Gula Melaka dan Embun Madu Sejuk dengan Sagu Pearl.

Haa.. menarik kan. Ada bermacam pilihan menarik kat sini. Korang dah boleh buat tempahan awal untuk membolehkan mendapat tawaran harga yang istimewa. Di buka setiap hari dari 7.00 malam hingga 10.00 malam. MHS juga menyediakan set khas Bawa Pulang dan Penghantaran dengan 3 jenis pilihan menu yang menarik untuk dua orang. Terdiri dari pilihan menu Ala Kampung.

Selain tu, syarikat korporat dan organisasi yang ingin adakan majlis iftar di dewan, pakej yang ditawarkan dari RM79.00 dan RM99.00 untuk minimum 100 orang dan pakej ini disertakan dengan Bufet dan juga 2 jenis pilihan gerai.

Istimewa inklusif untuk Ramadhan MHS juga ada tawarkan Promosi harga bilij Istimewa berharga RM150.00 dengan sahur untuk dua orang, juga tawaran diskaun 10% Bufet Ramadhan. Ada juga Pakej Mesyuarat Ramadhan Seminar Separuh Hari, Pakej Istimewa RM90.00 minimum 20 orang. 

Bagi mengisi malam Ramadhan dengan keberkatan, korang juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al Quran dan boleh menunaikan solat maghrib dan solat Tarawih yang diketuai oleh imam di surau MHS yang baru Al Latifah di aras empat. Jadi tak ada lah kita terkejar lepas berbuka sebab ada surau dah disediakan kat sini.

Macam biasa untuk lebih detail Kak Sue akan kongsi kat bawah nie untuk korang ya. Salam Ramadhan semua..

Mardhiyyah Hotel & Suites

Harga : Isnin hingga Ahad
Dewasa : RM99.00
Warga Emas : RM79.00 ( 60 tahun ke atas)
Kanak-kanak : RM59.00 (4-11 tahun)

Harga : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Dewasa dan 1 kanak-kanak : RM125.00nett

Harga : RM990.00 (10 orang)
Percuma Bilik Deluxe 2hari 1malam

Untuk Tempahan

Tel : 03 5511 8811 ext 2801, 2804 atau 2806
Whatsapp : 019 273 6801 atau 019 275 7801
Email : sales@mardiyyahhotel.com

Post a Comment

13 Comments

  1. Geram je tengok sushi tu kak Sue.

    ReplyDelete
  2. Meriahnya buffet Ramadan!

    ReplyDelete
  3. Allahuuu semua menyelerakann buffet kat sini

    ReplyDelete
  4. Ramainya juadah.
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  5. Sedap nya kak, BTW Salam Ramadan kak

    ReplyDelete
  6. Menarik menunya semua. Dah alang2 gi reramai, cukupkan 10 orang boley dpt Bilik Deluxe free. Yayy..

    ReplyDelete
  7. Banyaknya menu. Semua nampak sedap dan menarik. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau dpt buka puasa kat sini.. mmg meriah menu,mcm2 ada

    ReplyDelete
  9. dia guna mangkuk tingkat la.. nampak klasik

    ReplyDelete
  10. Terliur tgk menu2 dia..nanti ada rzki nak jgk bawa fmly makan buffet

    ReplyDelete
  11. memang rindu nak makan buffet..nad tak pergi lagi...menarik yang ni..harga not bad

    ReplyDelete
  12. Wah best nyer their ramadan buffet spread, i love it when they serve sushi.

    ReplyDelete
  13. adeh kak sue.. nyesal tgk di siang hari. sedap2 sgt nampak makanan kat sini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️