Resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau pula dengan korang. Kadang bila tak ada selera nak makan, ada resepi macam nie terbuka lah sikit selera nak makan kan sebab ada masam-masam tu. Lagipun resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau nie rngkas dan mudah aja pun nak sediakan. Jom kita tengok jom..

Resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau
Ikan Goreng Masak Sos Limau

Resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau

Sebelum Kak Sue nak kongsi resepi Ikan Goreng Masak Sos Limau nie, macam biasa lah selalunya yang suka mencuba resepi kat rumah Kak Sue sekarang nie si Kakak lah. Tiap hari Kakak lah orangnya yang sibuk mencari apa nak dimasak. Ibu tak kisah, ikutkan aja lah janji ada rasa pedas dan semua dalam rumah boleh makan.

Selalunya resepi yang Kakak cuba nie Kakak cari dekat IG dan resepi asal Ikan Goreng Masak Sos Limau nie dari Resepi Dot Sedap. Cuma Kakak tambah sikit, macam letak kunyit kat ikan dengan tambah baby tomota tu dalam bahan masakan. Korang kalau tak suka tak payah letak ya. Jom kita tengok resepinya jom..

Ikan Goreng Masak Sos Limau

Bahan :
1 ekor ikan Talapia
7 ulas bawang putih - dicincang halus
3 biji cili padi merah - dihiris halus
5 biji cili padi hijau - dihiris halus
3 biji limau nipis - diambil jusnya
2 tangkai ketumbar - dihiris halus
3 sudu besar gula
5 sudu besar sos ikan
Sedikit baby tomato
Sedikit garam

Bahan :
Cuci bersih ikan dengan limau nipis
Gaulkan dengan garam secukupnya
Kakak letak kunyit sikit, kalau korang tak nak letak pun tak apa
Kemudian, panaskan minyak
Goreng ikan sehingga garing, tos dan ketepikan
Panaskan minyak yang baru
Tumis bawang putih tadi sehingga naik bau
Kemudian masukkan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar tadi
Kacau sehingga bergaul mesra
Boleh tambah apa yang kurang sehingga cukup rasa
Kemudian, tuangkan kuah tadi pada ikan goreng
Sedia untuk dihidangkan

Korang juga boleh cuba resepi lain kat sini Resepi Ikan Bakar Berempah

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤