Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket di Setia City Mall Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak bercerita dengan korang ada Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket di Setia City Mall Shah Alam. Senang dah orang yang tinggal berdekatan sini, tak payah nak pergi jauh untuk beli belah. Kak Sue pun sempat juga singgah semalam di pembukaan cawangan terbaru Lulu Hypermarket di Setia City Mall.. memang luas dan selesa sangat..

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam


Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket di Setia City Mall Shah Alam

Semalam.. awal pagi pun dah ramai orang datang serbu pembukaan cawangan terbaru Lulu Hypermarket di Setia City Mall Shah Alam. Panjang betul orang beratur di pintu masuk, masing-masing teruja dengan tawaran super duper dan bermacam pilihan yang menarik kat sini.

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Walaupun berbaris panjang, macam biasa lah dengan norma baru nie.. apapun SOP yang paling kena jaga kan. Sebelum masuk, macam biasa lah kena scan Mysejahtera dulu kemudian terus scan suhu badan.. lepas tu boleh lah masuk macam biasa..

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Kak Sue terus ke bahagian atas dulu, senang kan sambil cuci mata boleh lah sambil turun dari atas ke bawah, tak ada lah penat nak ulang alik nanti. Bahagian atas nie ada bahagian produk elektrik dan barangan rumah. Apa yang menarik perhatian Kak Sue kat sini ialah dengan INAUGURAL OFFERS, korang tau tak TV Samsung 55" dengan harga yang sangat murah RM1699 aja. Memang tak keruan dibuatnya.. patutlah nampak kemahin ramai orang masing-masing pakat usung TV besar dalam troli..

Barang lain yang menarik minat Kak Sue ialah blender dari Philips. Pun harga murah separuh dari harga asal iaitu dari RM131.00 ke RM69.00 aja korang. Memang mengugat iman betui.. hahaha! Nampak juga beberapa kawan Kak Sue yang datang ke sini sakan betul memborong. Ya lah harga tengah murah kan.. memang berbaloi untuk kita beli..

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Seterusnya Kak Sue terus turun ke tingkat dua pula. Kat sini bahagian pakaian, bag, kasut dan aksesori untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kebetulan tak lama lagi kita nak sambut Ramadhan dan lepas tu raya kan, jadi korang dah boleh lah kalau nak cuci mata atau plan untuk persediaan bulan puasa dan raya bila ke sini lagi nanti.

Bahagian sini pun tak kurang hebat juga harga promosi. Ada Kak Sue nampak seluar jeans jenama Debackers, harga asal RM99 lepas sale cuma RM59 sahaja. Jimat betul kan.. Selain tu ada juga pilihan kasut, baju, handbag dengan harga yang menarik. Senang nanti sambil nak belanja barang dapur boleh terus membeli belah persiapan raya kat sini.

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Selesai dah cuci mata kat tingkat dua, Kak Sue terus turun ke bawah, bahagian kegemaran Kak Sue.. iaitu makanan dan keperluan rumah. Nampak masing-masing sakan membeli belah bahagian sini, troli boleh kata semua hampir penuh lah.

Mana taknya, beras SAGA yang berharga RM13, korang boleh dapat dengan harga RM9 sahaja. Beras Barasmathi harga asal RM60, tapi dengan harga istimewa korang boleh dapat dengan harga RM29.00. Tu belum lagi harga Maggi RM1.88 ja korang untuk satu pek yang ada 5 dalam dia tu. Mister Potato kegemaran Kak Sue sekeluarga RM1.95 aja.. memang murah gila oiii..

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Seterusnya bahagian lain yang ada kat bawah nie selain dari barang basah dan sayur sayuran, buah-buahan ialah makanan sejuk beku, pastri, jeruk dan acar, dan berbagai pilihan cheese. Kira semua ada kat sini untuk kita beli belah keperluan rumah. 

Selain tu, Lulu Hypermarket Setia City Mall nie juga ada jualan dari Timur Tengah.. antaranya kurma, buah tin, kekacang dan minuman dari Arab Khas sempena Ramadhan tak lama lagi. Kira sekarang nie pun dah boleh dah nak mula sediakan stok kurma untuk bulan puasa nanti. Harga pun berbaloi sangat untuk kita beli..

Pembukaan Cawangan Terbaru Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam
Lulu Hypermarket  di Setia City Mall Shah Alam

Haa.. amacam, menarik kan. Korang yang berdekatan dengan Setia City Mall nie, boleh nanti berbelanja di Lulu Hypermarket yang lengkap dengan pelbagai pilihan barangan, luas dan selesa. Tambah sekarang nie ada INAUGURAL OFFERS dengan harga yang sangat menarik sehingga 4hb April nanti. Bab parking korang jangan risau, lebih 400 tempat parking terbuka dan bertingkat ada kat sini. Macam biasa jaga diri, patuh SOP hokay.. selamat membeli belah korang.. papai!


Post a Comment

12 Comments

  1. Memang berbaloi sangat kalau beli tome promosi dan sale kan..

    ReplyDelete
  2. wah dekat boleh la pegi tgk nanti

    ReplyDelete
  3. Bolehlah pergi nanti sebab masih dalam negeri Selangor... nak puasa top up brg dapur hehehe

    ReplyDelete
  4. Murah2 opening day Lulu ni kak..

    ReplyDelete
  5. Best juga kalau dpt bawa anak2 jejln kat lulu baru nie..

    ReplyDelete
  6. Murah betul harga yg ditawarkan time promosi.. happy shopping.

    ReplyDelete
  7. Bestnye.. bila nk bukak cawangan kat kuantan ni.. hiks..

    ReplyDelete
  8. Tengok ramai pergi hariyu.. Mana taknya jualan tengah murah kan. Banyak pilihan pulak tu

    ReplyDelete
  9. Hujung minggu ni kalau ada masa sis nak singgah juga.

    ReplyDelete
  10. Lulu market makin byk cawangan ye.. Bila kat tempat kita nak buka ni hehe

    ReplyDelete
  11. Kalau la Lulu hypermarket ni ada berdekatan dengan Mersing kan best. Nak juga terjah sana.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤