Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Koleksi Manisnya Syawal 2021 dari Bahari Asyek nie pula dengan korang. Ya lah, tak lama lagi kita kan dah nak sambut bulan Ramadhan, jadi tak salah kalau kita buat persiapan awal untuk hari raya nanti dengan pilihan koleksi Manisnya Syawal 2021 dari Bahari Asyek nie. Jadi tak ada lah kelam kabut sangat nanti kan..


Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek
Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek


Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek

Macam biasa sebelum Kak Sue nak kongsi lebih lagi cerita tentang Koleksi Manisnya Syawal 2021 dari Bahari Asyek nie, diam tak diam setahun dah berlalu dengan wabak Covid 19 yang mengekang segala macam aktiviti dan rutin harian kita nie kan. Dah setahun dah kita lalui hidup dalam norma baru dan dah setahun juga lah Bahari Asyek tak adakan peragaan fesyen. Kali terakhir adalah pada 13 Mac 2020 Taman Inderaloka Bahari Asyek Syawal Showcase 2020.

Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek
Koleksi Manisnya Syawal 2021 Dari Bahari Asyek

Dengan pandemik Covid yang melanda seluruh dunia, memaksa kita semua teruskan hidup dalam norma baru. Apapun, kehidupan tetap perlu diteruskan, jadi Bahari Asyek (BA) tetap meneruskan koleksi dengan mengentengahkan koleksi 'tradisional melayu' dalam norma baru. Tiada lagi persembahan peragaan secara besar-besaran macam sebelum nie dah dan perlu patuh dengan penerapan pelbagai S.O.P..

Jadi, untuk tahun nie Bahari Asyek (BA) tampil mengetengahkan peragaan dan penampilan fesyen koleksi Syawal terbaru dalam norma baru secara santai dan kecil kecilan. Tiada acara dalam dewan, tak ada jemputan ramai dan tak ada acara berkumpulan malah tak ada juga persembahan selingan yang memeriahkan acara macam sebelum nie, demi mematuhi S.O.P..

Walau apapun, peragaan koleksi Syawal mereka tetap dijalankan. Biarpun dalam skala kecil, dengan sedikit sentuhan kreativiti diperlukan untuk merealisasikan hasrat untuk teruskan kesinambungan Bahari Asyek (BA) dalam menampilkan busana tradisional bagi tiap kali Syawal datang setiap tahun.

Untuk info korang juga, peragaan fesyen kali ini diadakan dalam premis butik tanpa sebarang pembuatan set juga hiasan backdrop. Cukup hanya mengubah susun atur rak dan barangan sedia ada untuk dijadikan latar hiasan yang relevan dan sinonim dengan koleksi fesyen yang ditampikan pada kali ini..

Disebabkan peragaan busana koleksi Syawal Bahari Asyek kali nie tiada kehadiran tetamu jemputan dan pihak media.. jadi Puan Zahalina selaku pengarah urusan, menggunakan teknologi untuk mereka semua dapat bersama menonton peragaan koleksi Bahari Asyek kali ini. Dan buat pertama kalinya Bahari Asyek membuat siaran 'LIVE' dengan menggunakan aplikasi Instagram dan Facebook untuk tahun 2021 ini..


Tindakan serampang dua mata sessi peragaan aplikasi nie, Bahari Asyek dapat mendekatkan peminat dan pengikut Bahari Asyek kepada sessi peragaan, seterusnya mengikuti aktiviti mereka serta tawaran yang pihak Bahari Asyek telah sediakan. Kelebihannya, mereka tak perlu lagi rungsing dengan jumlah jemputan yang perlu disenarai pendek kerana LIVE nie sebab semua pengikut Bahari Asyek boleh menonton secara terus. Selain tu LIVE dia FB dan IG, korang yang nak tonton semula boleh terus ke Youtube mereka juga tau.

Bahari Asyek juga membuat sedikit perubahan akan koleksi Syawal Bahari Asyek pada tahun nie ekoran kesan pandemik wabak covid 19 pada kita semua. Bahari Asyek sedar yang kita semua terkesan dengan pandemik ini dengan himpitan ekonomi yang mengakibatkan  ramai yang hilang kerja, kurang pendapatan dan macam-macam lagi. Jadi, untuk tahun nie koleksi Bahari Asyek menghasilkan busana pada harga mampu milik tapi masih tetap kekalkan mutu fabrik dan kemasan yang berpandanan dengan jurang dan harga yang ditawarkan. Haa.. menarik sangat kan.

Kata Puan Zahalina lagi, peminat dan pengikut Bahari Asyed tak perlu risau akan fabrik yang mereka gunakan kerana fabrik busana ini adalah fabrik pilihan Bahari Asyek sendiri yang dipilih serta diimport dari luar negara. Ia tetap eksklusif dan berlainan dari yang ada dipasaran, bak kata pepatah melayu lama alah membeli menang memakai..

Semua jenis, warna, corak, sulaman fabrik disini lebih dekat dihati dan diterima ramai oleh kaum Melayu, sesuai dan bertetapan dengan konsep busana yang bercirikan tradisional Melayu. Seiring dan selangkah dengan jenama butik Bahari Asyek itu sendiri yang membawa maksud 'Jatuh Cinta Kepada Warisan Tradisi Bangsa'. Selain dari tu busana tradisional Bahari Asyek nie bukan saja untuk keraian Syawal, ianya juga sesuai dipakai untuk sebarang majlis dan sesuai untu ke pejabat juga.

'Syawal Showcase Bahari Asyek yang bertemanakn Manisnya Syawal 2021 tahun ini menampilkan 15 rekaan baru yang telah sedia ada dibutik. Jom kita tengok koleksi busana terbaru Manisnya Syawal 2021 Bahari Asyek jom..

1. Kurung Moden Melati


Kurung moden dengan sentuhan "puff" di pangkal lengan, mengingatkan kembali fesyen era 80an ini yang mana menjadi trend kembali dan dihujung lengan pula ada zip untuk mesra wuduk. Dengan fabrik 'swiss printed cotton' yang sangat selesa dipakai untuk semua aktiviti harian dan perayaan.

2. Kurung Kedah Manis


Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dengan bahan 'printed cotton design' yang unik. Ia juga ada kelainan dengan tampalan fabrik atasan dan bawahan.

4. Kurung Kedah Manja


Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dengan bahan 'printed cotton' dengan kombinasi bungaan dan jalur. Ia juga ada kelainan dengan tanpalan fabrik atasan dan bawahan.

4. Kurung Kedah Molek


Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dengan bahan 'printed cotton' dengan corak flora yang sangat molek dipakai bagi semua peringkat umur sesuai dipakai ke pelbagai acara dan keraian.

5. Kurung Kuno Kapas


Kurung Kuno kali ini mereka tampilkan kelainan dengan mengunakan fabrik kapaa dengan teknik 'hand block' dengan warna pastel, semestinya manis menawan kepada yang memakainya. Menepati tema mereka kali ini 'Manisnya Syawal'.

6. Kebaya Empat Dara


Untuk kelainan mereka menggunakan fabrik 'Egyption cotton' polos dengan batik Bali.

7. Kurung Kuno Perada


Kurung Kuno dengan fabrik kapas dan motif yang unik serta dengan sentuhan perada (gold dust) yang mana tampak tersendiri dan eksklusif, lain dari yang ada.

8. Kurung Riau


Mereka tampilkan fabrik 'cotton silk' dengan motif bunga tanjung dan melur kali ini untuk Kurung Riau, fabrik ini kami buat rekaan sulaman khas, inspirasi dari bungaan tempatan iaitu bunga melur dan tanjung. Kombinasi 'cutting' dan fabrik maka lahir lah busana tradisi yang nampak klasik dan sangat molek bila dipakai di hari raya nanti.

9. Kurung Sultana 1


Kurung polos 'cutting oversize' ini dibuat dari fabrik 'cotton silk' sememangnya sangat versatil dan menjadi pujaan ramai sementelah ia sangat sesuai dipakai dengan cuaca Malaysia.

10. Kurung Achipalago


Uniknya kurung ini adalah dari rrkaan pesak yang mempunyai 6 pesak kiri dan kanan yang mewakili gugusan kepulauan Melayu Nusantara. Menggunakan fabrik 'linen' dengan pelbagai warna membuatkan ia tampak 'flamboyant'.

11. Kurung Kelasi


Mereka mendapat ilham untuk kurung kelasi tatkala melihat baju kelasi kapal, yang mana mempunyai kolar yang terlindung dari panas matahari. Kami masih mengekalkan bahan 'linen' untuk kurung ini dengan ada penambahan labuh baju.

12. Kurung Rupawan


Kurung klasik ini mengimbau kembali zaman persekolahan dahulu, yang mana suka sangat melipat tangan baju kurung, kami hadirkan dengan bahan fabrik 'semi thai silk' untuk tampak mewah dan klasik.

14. Kurung Dandae


Kurung inspirasi dari baju lelaki Gujerat yang diolah dengan pendekatan kurung Melayu. Mengunakan fabrik 'semi thai silk', kurung ini nampak elegan dan mewah.

15. Kebaya Cik Siti Wan Kembang


Kebaya CSWK yang sangat sinonim dengan Bahari Asyek ini, menggunakan bahan fabrik 'voile' dengan warna-warna pastel. Potongannya pula longgar dan lebih praktikal untuk dipakai kemana saja. Kombinasi ini membuatkan CWSK kami kali ini lebih santai dan selesa.


Semua koleksi yang diketengahkan pada sessi peragaan 'MANISNYA SYAWAL 2021' ini, akan mula dibuka untuk jualan selepas selesai acara yang kami jalankan secara tertutup ini. Peminat dan pengikut yang mengikuti siaran LIVE kami di IG dan FB yang tidak berpeluang berkunjung ke premis butik Bahari Asyek, boleh saja 'screenshot' baju yang dipaparkan seterusnya whatsapp ke nombor 016 4819831 untuk pertanyaan dan pembelian. Untuk lebih detail korang boleh singgah kat bawah nie ya..



Post a Comment

14 Comments

  1. chuantek kurung semua tuuh

    ReplyDelete
  2. pejam celik dahnak puasa dan raya dah kita

    ReplyDelete
  3. Cantik. Manis. Sopan

    ReplyDelete
  4. Manis2 rekaan Bahari Asyek ni kak. Sesuai utk pakai dalam mana2 majlis pun.

    ReplyDelete
  5. Cantikkkk koleksi BA ni kak, haiiih gerammm je rasa

    ReplyDelete
  6. betul2 traditional koleksi baju kurung Bahari Asyek nie.. cantiknya

    ReplyDelete
  7. Lawa.. Kebaya 4 Dara tu lawa sangat.. Itulah, dgn musim pendemic ni, show sekala kecil saja boleh kan. Nice Ada pendekatan fb live.

    ReplyDelete
  8. Aduiii semua cantik²... tahun ni x de baju raya lagi rasanye..

    ReplyDelete
  9. Cantil sangat baju dia.. Memang baju orang dulu2..

    ReplyDelete
  10. Wow cantik nyer semua buasana raya ni, material and corak semua sangat elegant.

    ReplyDelete
  11. Manis2 design kat sini... Moden klasik gitu... Nampaklah gaya klasik tu tetap ada..

    ReplyDelete
  12. Kebaya tu lawaaa la pulak. Lama tak pakai kebaya. Hihi..

    ReplyDelete
  13. Cantik2 rekaan dan koleksi manisnya syawal oleh Bahari Asyek, berkenaan sagatdgn designnya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️