Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu

Assalamualaikum, hai semua. Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu. Haa.. rasanya sesetengah orang perempuan memang suka sangat pakai inai kan. Tak kisah lah samada pakai pada jari atau pada rambut untuk menjaga penampilan diri supaya nampak lebih menarik. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi jenama Inaidamia satu jenama yang mengunakan daun inai semulajadi untuk hasilkan produk mereka.

Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu
Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu


Inaidamia Lancar Prosuk dan Bungkusan Baharu

Macam biasa sebelum nak bercerita dengan lebih panjang lagi tentang sesuatu produk Kak Sue akan kongsi sedikit info dulu dengan korang. Inaidamia Sdn Bhd ini adalah sebuah syarikat yang memasarkan produk inai yang menggunakan daun semulajadi, halal dan selamat beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu
Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu

Selain itu Inaidamia nie adalah jenama terkemuka di pasaran inai semulajadi dengan rangkaian produk mesra wuduk dan bebas dari bahan kimia terlarang. Jadi korang tak perlu dah bila nak cuba inai dari jenama Inaidamia nie okay.

Seterusnya, bercerita tentang pelancaran produk baharu mereka Inaidamia Sdn Bhd bakal melancarkan Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8.3.2021 nanti, tak lama sahaja lagi. Selain produk, Inaidamia juga tawarkan promosi pra pelancaran bermula 22.2.2021 hingga 7.3. 2021 sempena pelancaran produk terbaru mereka nanti.

Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premiun tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Dojat City, Rajasthan, India. Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan berkata mereka komited dalam menghasilkan produk inai 100% asli bagi menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan kimia sintetik. Inisiatif ini juga seleras dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semula jadi.

Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu
Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu

Kata Noor Hazlinda Ridzuan lagi, produk semula jadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna. Inai Sebuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaudamia terhadap permintaan pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut.

Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, pengguna akan mendapati warna inai tahan lama di kuku sehingga warna inai tahan lama sehingga kuku habis dipotong. Untuk inai rambut pula, pengguna akan mendapati Inai Rambut Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur serta menghilangkan kelemumur. 

Dalam usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu, Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembu gkusan baharu untuk produk mereka. Wajah baharu produk-produk Inaidamia tampil lebih moden tapi masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkuakiti tinggi dan selamat digunakan, tetapi di samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, isitu dengan menampilkan rekabentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.

Pengasas Produk Inaidamia 

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, korang boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau boleh terus ke website Inaidamia. Semua produk Inaidamia boleh dibawa solat, bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BuzTrust daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Untuk lebih detail korang boleh singgah di website inaidamia.com

Post a Comment

6 Comments

  1. suka pakai inai dah suka tengok orang berinai..tapi bila la ada masa nak berinai.. bestnya la..

    ReplyDelete
  2. Rasa selamat bila pakai inai semulajadi ni kan kak. Warna pun akan cantik semulajadi juga.

    ReplyDelete
  3. senanglah nak inai rambut lepas ni guna Inaidamia jer dijamin Halal

    ReplyDelete
  4. Bolehlah cuba bagi yang berminat

    ReplyDelete
  5. Lama sangat tak pakai inai ni.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya packaging dia. Owner dia pun lawa mesti best inai ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️