Sanah Helwah Abang Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie tarikh yang sama datang lagi.. tarikh dan bulan yang ditunggu-tunggu setiap tahun, hari lahir Abang anak teruna Kak Sue yang pertama. Sanah Helwah Abang Sayang.. semoga semuanya baik-baik aja untuk Abang tahun nie dan seterusnya ya nak..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang


Sambutan Hari Lahir Abang Yang ke 19 Tahun

Sebenarnya kan sambutan hari lahir Abang yang ke 19 tahun nie kami sekeluarga dah plan nak sekali kan dengan kenduri doa selamat, tapi apakan daya negara kita masih lagi dalam suasana PKP. Ingatkan lepas PKPB hari tu semuanya akan kembali macam biasa balik lah secara berperingkat..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Rupanya kes makin meningkat dan tinggi secara mendadak membuatkan kerajaan putuskan untuk melaksanakan PKP 2.0 pula. Habis semua plan dan kerja jadi tertanggung dah. Urusan Abang yang kami cuba selesaikan pun, masih tertangguh dah dekat nak setahun juga disebabkan PKP nie. Apapun Kak Sue yakin, apa yang Allah dah susun kali nie.. pasti ada hikmah besar untuk kami sekeluarga dan kita semua..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Okay lah, balik kepada cerita sambutan hari lahir Abang tadi. Macam biasa selalunya malam sebelum tarikh hari lahir Abang, kami dah buat kejutan untuk Abang dah. Kak Sue awal-awal dah tempah kek, dan gigih mencari hadiah untuk Abang. Apakan daya.. sekali lagi kecewa, bila Kak Sue ke Aeon Anggun Rawang rupanya semua kedai baju, kasut tak beroperasi pula. Dah tak tau dah nak belikan apa hadiah untuk tahun nie sebab apa yang Abang nak kami dah belikan tahun sebelum nie. Mati akal juga.. kesian Abang..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Tapi kami tetap teruskan buat makan-makan untuk sambutan hari jadi Abang. Kami masak lebih dah hantar ke rumah jiran-jiran dan kawan Abang. Yang baca doa selamat pun, si Adik Faris Ustaz Kecik Ibu. Rasa syukur dan lega dapat juga lah buat makan-makan untuk kami sekeluarga secara kecil-kecilan. Petang tu pun ada special delivery dari Acik Nurul, rupanya diam-diam Acik Nurul orderkan Cheese Tart untuk Abang. Terima kasih ya Acik..

Sanah Helwah Abang Sayang
Sanah Helwah Abang Sayang

Makanya.. selesai lah sudah sambutan hari lahir Abang tahun nie. Rasanya hadiah tahun nie bagi duit atau beli hadiah secara online aja lah nanti. Apapun, macam biasa setiap tahun, setiap masa dan hari.. doa Ibu untuk Abang, semoga Abang sentiasa dalam rahmat, lindungan dan jagaan Allah. Semoga semuanya baik-baik aja untuk Abang tahun ini dan seterusnya.. Aamiin Ya Rabb.. we love you so much Abang.. be good ya..

Korang juga boleh baca sambutan hari lahir Abang tahun lepas kat sini Sanah Helwah Abang Sayang 2020 

Post a Comment

11 Comments

  1. Wkmsalam
    Selamat hari jadi abang long

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Anak Sulung Kak Sue.. Moga sentiasa diberi kesihatan yang baik, murah rezeli dan berjaya

    ReplyDelete
  3. sanah helwah abang.. wah dah anak teruna dah anak kak sue.. tak lama lagi boleh dpt menantu ni

    ReplyDelete
  4. Besar dah abang. Didoakan semoga abang berjaya dalam apa juga yang dikerjakan.

    ReplyDelete
  5. happy birthday abg, nanti ibu dah boleh la dapat menantu hahahah.

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday abang. Moga sihat selalu, dan berjaya dunia akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. hepi besday abang tuuh.. 😅

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤