Norwex Kain Buruk Kayangan Mudahkan Kerja Rumah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak sembang tentang Norwex Kain Buruk Kayangan Mudahkan Kerja Rumah pula dengan korang. Ya lah, sekarang nie sana sini orang bercerita dan viral pasal Norwex Kain Buruk Kayangan nie. Kak Sue pun tak nak ketinggalan juga lah, lagi pun Kak Sue kalau bab nak bersihkan rumah, bab nak mudahkan kerja rumah memang suka lah sangat.. hehehe..

Norwex Kain Buruk Kayangan Mudahkan Kerja Rumah
Norwex Kain Buruk Kayangan

Norwex Kain Buruk Kayangan Mudahkan Kerja Rumah

Sebelum nie Kak Sue perati dalam diam aja bila orang kongsi pasal Norwex Kain Buruk Kayangan yang mudahkan kerja rumah nie. Rasa nak mencuba tu memang ada, jadi bila ada peluang dan rezeki kali nie memang Kak Sue teruja betul lah nak guna dan rasa pengalaman sendiri. Kalau tengok dari yang orang kongsikan social media kita ingat kain Norwex nie macam kain biasa aja, tapi sebenarnya tak tau korang. Ada special sikit kain dari Norwex nie, nak tau apa yang special jom lah kita sambung borak lagi kat bawah nie jom..

Kain Norwex nie kan korang, ada banyak jenis sebenarnya tau. Ada khas untuk dapur, tingkap, sapu habuk, cuci pinggan, mop lantai, tuala, cuci make up dan macam-macam lagi. Biasanya untuk permulaan kita akan dicadangkan untuk kegunaan yang paling kerap kat rumah iaitu kain Norwex Kitchen, Kitchen Window dan Norwex Enviro. Ada tiga nie pun dah best dah dan melayakan kita menjadi ahli Norwex dah tau. Jadi bila kita nak beli lagi Kain Norwex yang lain kita akan dapat potongan harga dah kat situ. Haa.. best kan..

Norwex Kain Buruk Kayangan Mudahkan Kerja Rumah
Norwex Kain Buruk Kayangan

Seterusnya Kak Sue nak bercerita tentang kelebihan yang ada pada Norwex Kain Buruk Kayangan nie pula. Kain Norwex nie direka khas untuk bersihkan permukaan yang berlainan tau. Selain tu produk Microfibre Norwex nie mengandungi BacLock yang mampu untuk membersih dengan sendiri dalam tempoh 24 jam apabila basah. 

Agen antibakteria mikro perak BacLock yang tertanam dalam fabrik menjalankan kebersihan kendiri yang secara drastik mengurangkan bau kulapuk, fungus dan bakteria. Ia menjadikan kain lap nie bersedia untuk digunakan berulang kali tanpa perlu kerap dicuci. Cara nak cuci pun senang aja korang, hanya semudah bilas bersih dan sidai untuk keringkan.

Norwex Kain Buruk Kayangan Mudahkan Kerja Rumah
Norwex Kain Buruk Kayangan

Kelebihan Kain Norwex

Norwex Kitchen Towel & Cloth
Kain Norwex Kitchen nie kain pengelap dan tuala dapur mikrofiber ekstra serap dengan pilihan warna yang menarik dan cantik.  Ia berkesan  memerangkap dan menyingkirkan kotoran di dapur dan sesuai untuk keringkan pinggan mangkuk, mengelap permukaan dapur, menyerap tumpahan dan lain-lain lagi.

Norwex Enviro Cloth
Kain Enviro pula sesuai untuk bersihkan setiap bahangian rumah. Ia juga menyingkirkan 99% bakteria dan kotoran pada hampir semua permukaan di rumag hanya dengan menggunakan air. Dengan kata lain, kita tak perlu dah guna bahan kimia yang berbahaya.

Window Cloth
Kain Window pula sesuai untuk membersihkan tingkap, cermin dan barang lain yang berkilat. Ia microfibre licin yang ditenun rapat membersih dengan mudah dan tiada kesan jalur tanpa bahan kimia berbahaya. 

Haaa.. menarik kan. Untuk info korang juga semua produk microfiber Norwer nie menawarkan jaminan selama dua tahun tau. Memang berbaloi dengan harga dan kualiti, lagi pun bila korang dah cuba baru korang akan tau kelebihan Norwex Kain Buruk Kayangan nie. Nanti Kak Sue kongsikan lagi keberkesanan Kak Sue gunakan kain dan produk Norwex nie dengan korang next entri ya. Mana yang berminat nak cuba juga boleh lelaju cari Daphne Escapades nie okay.  Till then.. papai!
 

Post a Comment

6 Comments

  1. Hebat kain buruk norwex ni ek

    ReplyDelete
  2. best kan kak sue kain norwex ni.. liez mula-mula jatuh hati dgn window cloth tu.. duk bayang nak bersihkan slidding door, tingkap, cermin, dan cabinet dapur bagi kilat.. sekali terjebat terus.. mahal tapi berbaloi

    ReplyDelete
  3. Bukan kain buruk sembarangan.

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. tunggu sesapa bagi hadiah kat saya la hihii

    ReplyDelete
  5. suami pun dah terjebak dengan kain kayangan ni, dia guna kain khas untuk cuci kereta dan motor dia

    ReplyDelete
  6. wahhh kolin teringin tapi tengah berjimat hehe.. semoga ada rezeki sambar selai dua nanti

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️