Resepi Udang Masak Masala

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Udang Masak Masala pula dengan korang. Senang aja pun resepi Udang Masak Masala nie, bahan pun semua boleh dikatakan sentiasa ada kat rumahk kita aja pun. Jom kita tengok bahan dan cara masak resepi nie jom..

Resepi Udang Masak Masala
Udang Masak Masala


RESEPI UDANG MASAK MASALA

Sebenarnya kan resepi Udang Masak Masala nie Kak Sue jumpa di IG Adabi Consumer. Resepi asal pula adalah dari Youtube Suranti Kitchen, korang boleh terus ke Youtube beliau juga ya untuk resepi yang lain. Kak Sue pun tak sempat lagi nak ke Youtube Suranti Kitchen nie, InsyaAllah nanti nak juga singgah ke sana.

Selalu kalau tak ada idea nak masak apa, memang Kak Sue akan jalan-jalan kat IG masakan dulu. Mana yang rasa teringin atau berkenan kat hati, Kak Sue akan cuba lah resepinya tu. Cuma Kak Sue nak bagi tau korang yang bab rempah resepi Masak Masala nie Kak Sue guna kari Adabi yang biasa aja sebab kat area rumah Kak Sue nie belum ada serbuk kari gulai ikan Adabi yang terbaru tu. Jenuh dah mencari, tapi tak ada. Okay lah tak nak buang masa lagi, jom lah kita tengok resepinya ya..

Udang Masak Masala

Bahan-bahan :
600 gram udang sederhana besar
3 sudu besar serbuk gulai ikan Adabi
1 sudu kecil asam Jawa Extra Adabi
1/2 cawan air
2-3 batang cili hijau
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Tumis :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
2 tangkai daun kari
Minyak masak

Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit air

Cara-cara:
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang besar dan daun kari
Bila bahan dah layu sikit, masukkan tomato
Kemudian kacau dan biarkan bahan layu sepenuhnya
Kemudian masukkan semua bahan kisar tadi pula
Kemudian masukkan serbuk gulai Adabi tadi
Seterusnya, masukkan pula jintan manis dan jintan putih tadi
Sentiasa kacau bahan tadi untuk elakkan bahan tadi hangus ya
Kemudian masukkan serbuk kunyit dan kacau sebati
Kalau bahan terlalu kering, boleh masukkan sedikit air dan masak dengan api yang perlahan sehingga rempah masak
Kemudian masukkan udang dan kacau sehingga bergaul dengan rempah
Kemudian biarkan sekejap dan masukkan sedikit air
Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit asam jawa Adabi
Biarkan udang masak sekejap dan akhir sekali boleh lah masukkan cili hijau tadi
Tutup api, sedia untuk dihidangkan.

Korang juga boleh cuba resepi udang yang lain kat sini Resepi Kari Udang Nyonya



Post a Comment

7 Comments

  1. nampak pun sedap ni Sue :) boleh gak cuba2 nanti, thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. dapnyerrrr. dah laa udangggg. fav saya pulakkk tuuu..

    ReplyDelete
  3. WAH...Nampak senang jer kak...nanti SA nak cuba la...

    ReplyDelete
  4. saya x penah masak resepi ni kak boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak sue. xpernah cuba lagi. nanati nak buatlah

    ReplyDelete
  6. Aduhai... menggoda betul udang masala ni. Sedap!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤