Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melamgkah ke Tahun Baharu pula dengan korang. Sapa tak kenal dengan jenama yang satu nie kan, antara jenama yang terkenal dan disukai ramai. Rasanya dah lama dah jenama nie ada dipasaran, dari Kak Sue kecil lagi kalau tak silap. Jadi tanpa buang masa lagi Kak Sue nak kongsi lima resepi Comfort Food Ayam Brand nie untuk korang.. Jommm!

Lima Resepi Comfort Ayam Brand Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
Comford Food Ayam Brand


LIMA RESEPI COMFORT FOOD AYAM BRAND™ UNTUK MELANGKAH KE TAHUN BAHARU

Comfort Food adalah makanan ringkas yang pernah menjadi kegemaran di masa lampau. Ia mampu membawa kita kembali ke zaman masa kita kecil dulu, melangkah ke dapur.. kita tengok ibu atau nenek memasak makanan kegemaran kita dan disediakan dengan penuh kasih sayang. Jadi.. untuk tahun 2021 nie.. mari kita melangkah dengan penuh kasih sayang, harapan dan semangat yang baru!

Untuk info korang semua.. Ayam Brand™ telah menghasilkan lima resepi 'comfort food' yang mudah disediakan dan menyihatkan untuk kembalikan nostalgia makanan lampau sambil membawa kegembiraan tahun baru 2021. Resepi ringkas nie menggunakan bahan-bahan asas dapur yang biasa ada kat rumah kita. Kalau tak ada atau tak cukup lengkap bahan pun, kita boleh aja ganti dengan apa yang ada di dapur, tak ada masalah pun. Jom lah kita tengok resepinya jom..

1. Nasi Goreng Sardin & Udang

Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah ke Tahun Baharu

Nasi Goreng adalah 'comfort food' yang serba guna dan wajib ada di rumah. Resepi Nasi Goreng Sardin dan Udang yang menyelerakan ini hanya memerlukan 8 bahan yang mudah didadapti di rumah iaitu satu tin Ayam Brand™ Sardine in Extra Virgin Olive Oul, udang, telur, kicap, cili kembung merah, jagung manis, nasi yang telah dimasak dan minyak masak.

Pukul telur bersama-sama secubit garam, dan goreng. Semasa menggoreng, potong udang menjadi kepingan panjang. Kalau tak ada udang korang boleh gantikam dengan kepingan ayam atau daging. Atau cukup sekadar ada sardin sebagai sumber protein apatah lagi ia juga padat dengan Omega 3! Panaskan lebih banyak minyak, goreng kilas bahan-bahan selebihnya sehingga betul-betul masak, dan gaulkan kesemuanya dengan sepmpyrna. Ringkas tapi berkhasiat.

Masa penyediaan bahan : 10 minit
Memasak : 10 minit
Hidangan : 2 orang

2. Paratel Makarel

Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah ke Tahun Baharu

Bagi pengemar kari, paratel adalah sejenis masakan kari kering dengan hanya sedikit kuah seharusnya menjadi makanan asas yang lazat dan mudah dusediakan. Nak masak pun lebih cepat berbanding dengan masak kari biasa.

Korang perlukan satu tin Ayam Brand™ Mackarel in Tomato Sauce, daun kari, bawang merah yang dihiris, cili merah, serbuk cili, limau nipis dan garam. Ramuan biasa aja pun tapi bila digabungkan boleh bangkitkan selera.

Panaskan minyak, tumis bawang, daun kari dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan makerel dengan sos tomato dan tekan dengan lembut. Peraj limau nipis dan tambahkan serbuk cili dan garam secukup rasa. Biarkan masak sehingga sedikit kering, kemudian hidangkan dengan nasi, roti atau capati.

Masa Penyediaan : 5 minit
Memasak : 10 minit
Hidangan : 4 orang

3. Loco For Cacao

Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah ke Tahun Baharu

Masih ingat lagi semasa ibu membancuh minuman coklat panas pada waktu malam yang hujan dan sejuk? Sedap dan boleh panaskan badan kita kan. Kembalikan tradisi ini dengan membancuh minuman berkhasiat gabungan Timur dan Barat yang kami panggil Loco for Cacao. Campurkan 80ml Ayam Brand Coconut Super Light dengan serbuk minuman coklat kegemaran anda, 20ml sirap vanila dan 10ml sirap kayu manis. Untuk lebih rasa korang boleh hiaskan dengan kelapa bakar.

Masa penyediaan : 5 minit
Membancuh : 5
Hidangan : 4 orang

4. Mufin Pastri Saba

Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah ke Tahun Baharu

Minum petang dengan karipap pusing dan kuih muih yang dibeli dari makcik di seberang jalan merupakan sebahagian daripada keindahan hidup di Malaysia.

Mufin pastri saba yang dibakar ini padat dengan kebaikan Omega 3. Bentangkan doh pastri lapsi yang dibeli di kedai. Gunakan mangkuk untuk membuat bentuk bulat. Letakkan di dalam panci mufin kemudian isikan dengan Ayam Brand Chili Saba atau Ayam Brand Saba Mayo ditambah dengan jagung manis, cili hijau yang dihiris dan bawang hijau. Bakar sehingga berwarna keperangan dan sedia untuk dihidangkan.

Masa penyediaan : 10 minit
Memasak : 20 minit
Hidangan : 12 orang

5. Pastri Pinwheel Saba

Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah ke Tahun Baharu

Meskipun kita tak digalakkan kerap makan diluar buat masa nie, kita masih boleh membuat kafe sendiri di rumah. Pastri ini sesuao dimakan sambil menunggu janji temu di Zoom.

Cuba kaedah baru membuat sandwich telur dadar pedas yang pernag dibuat oleh nenek.

Mulakan dengan asasnya iaitu pastri lapis segera. Sapukan campuran dua tin Ayam Brand Saba atau Ayam Brand Tuna in Chili, jagung, serbuk kari, krju dan ketumbar, kemudian gulung. Potong pastri yang telah digulung tadi menjadi hirisan setebal 2cm, letakkan di atas dulang yang dilapik, sapukan telur dan bakar sehingga keperangan.

Masa penyediaan : 10 minit
Memasak : 20 minit
Hidangan : 12 orang

Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
Comfort Food Ayam Brand 

Haa.. senang aja kan lima resepi comfort food Ayam Brand yang Kak Sue kongsi kat sini. Boleh lah korang cuba salah satu resepi nie nanfi dan boleh join peraduan Memories with Ayam Brand dan kuiz lain untuk berpeluang menang kalendar Ayam Brand 2021.

Korang juga boleh cuba lebih banyak resepi lain yang sedap dan mudah yang disediakan oleh Ayam Brand untuk menambah pilihan makanan berkhasiat untuk si kecil. Kekal selamat dan kekal sihat.. papai!

Ayam Brand Malaysia



Post a Comment

11 Comments

  1. Singgah sini. Sedapnya loco for cacao tu.

    ReplyDelete
  2. no 3 dengan 5 tu menarik. hahah sbb suka acah2 cafe.

    ReplyDelete
  3. Mengembalikan nostalgia di kala dulu. Coklat panas tu sampai sekarang saya minum. Hehe

    ReplyDelete
  4. SedapnyĂ  semua menu dia kak. Nak try nasi goreng sardin udang ngn Mufin Pastri Saba lah nnti.

    ReplyDelete
  5. Lama x dapat product Ayam Brand..bestnyaa

    ReplyDelete
  6. bestnya ada comfort food sesuai dgn keadaan kita sekarangni

    ReplyDelete
  7. Kat rumah tak sah kalau tak de, produk Ayam Brand nie.Macam-macam masakan boleh digayakan.

    ReplyDelete
  8. Sedap-sedap menunya... bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  9. boleh simpan sebagai rujukan ni

    ReplyDelete
  10. Sedap semuanya tu. Buat leleh liur!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️