Resepi Mee Champa

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Mee Champa masakan dari Kemboja pula dengan korang. Senang aja korang resepi Mee Champa nie, tak banyak bahan pun nak guna. Bila cuaca macam sekarang nie hujan dan mendung memang sedap makan masakan jenis berkuah macam nie kan..

Resepi Mee Champa
Mee Champa

Resepi Mee Champa

Sesekali kalau rasa tak selera nak makan atau tak tau nak masak apa dah.. Kakak atau Kak Sue tukar lah menu harian dari nasi ke masakan berkuah macam nie. Tu pun kadang jenuh juga lah memikir nak masak apa sebab nak pastikan semua orang dalam rumah nie boleh makan..

Biasa lah kan bila dah ramai-ramai nie kan. Tapi selalunya tak ada masalah sangat, cuma bab lauk pauk tu biasanya si Abang lah. Tapi Abang tu kalau kat rumah nie masak telur goreng pun dia okay dah. Cuma ada yang memang lauk pauk tu Abang memang tak makan atau tak boleh nak masuk.. sabar ja lah kan. Okay tak nak sembang panjang lagi jom kita tengok resepi Mee Champa nie jom.. 

Mee Champa
Bahan-bahan :

1 1/2 - 2 kg daging
3 biji bawang besar - dipotong 4
4 biji bawang Holand - dipotong 4
2 inci lengkuas - dihiris nipis
1 ikat daun ketumbar
Sedikit daun bawang
2 batang kulit kayu manis
4 biju bunga lawang
1/2 cawan sos ikan
3 kiub stok daging Knorr
Sedikit gula dan garam
Sedikit perasa kalau korang nak tambah
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam

Cara-cara :
Didihkan air rebusan dulu
Masukkan daging dan rebus 30 minit hingga 1 jam
Kemudian buang air rebusan tu dan masukkan air dengan daging, rebus balik 30 minit hingga mendidih
Kalau ada buih atau air keruh buang lagi air itu
Masukkan air yang baru 3 liter
Masukkan daging dan rebuskan lagi
Rebus daging sehingga empuk
Sementara daging kita empuk, bakar dulu bawang holand, bawang besar, lengkuas, kayu manis dan bunga cengkih
Masukkan bahan yang kita bakar tadi ke dalam rebusan daging
Kemudian masukkan sos ikan, seingkat daun ketumbar, serbuk lada hitam, lada sulah, kuib stok daging, garam, gula, serbuk perasa dan daun bawang
Rebus semua bahan tadi dengan api perlahan

Resepi Sambal Lada
Bahan-bahan :
4 biji cili besar merah
20-30 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka
Sedikit garam

Cara-cara:
Rebus sehingga layu bahan-bahan diatas
Kemudian toskan dan kisarkan bahan tadi berserta garam dan cuka sehingga hancur

Selesai dah semua, sedia untuk dihidangkan.

Sumber resepi dari Intagram Dunia Resepi.

Korang juga boleh cuba resepi mee lain kat sini  Resepi Mee Celup Kelantan




Post a Comment

29 Comments

  1. menarik nampak tersusun cantik..
    saya kalau orang masakkan lagi saya suka hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Siti.. kannn.. hehehe..

      Delete
  2. mmg sedap ni kak makan time hujan2.. pedas dan panas wahh mmg combination best ni.

    ReplyDelete
  3. X pernah lagi makan mee ni. Nampak sedapp tu. Nti leh try resepi ni. Tq share

    ReplyDelete
  4. Sedap sangat nampaknya tu kak..boleh cuba satu hari nanti. Syafi suka mee berkuah mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Fuh bab rebusan tu banyak kali ye kak.. Nampak sedp.. Yang lian step ok, rebusan daging tu mmemg bnayak erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nad.. nak lembutkan daging sekali.. sambil rebus tu boleh lah buat kerja lain Nad.. hehehe..

      Delete
  6. Tak pernah makan mee champa nie.. selalu dengar je.. byk juga bahan2 dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Fiza.. Kak Sue pun baru cuba masak dan makan..

      Delete
  7. Nampak sedap mee champa akak buat ni. Nak try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mimie.. nanti cuba ya..

      Delete
  8. Saya suka makan mee sop , nanti nak cuba resepi mee champa kak sue ni pulak he he he

    ReplyDelete
  9. I like this menu, simple and sedap. Hujung minggu nak try to masak ni.

    ReplyDelete
  10. nampak sedap dan mudah disediakan.. nnti boleh la lea cuba.. resepi mudah² ni rajin sikit nk buat. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lea.. nanti cuba tau.. senang ja nie.. hehehe..

      Delete
  11. Belum lg pernah mkn Mee Champa dari kemboja tentu sedap rasanya nti blhlah try

    ReplyDelete
  12. Macam guna kuey teow je kat gambar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kak Sue guna kuey teow yang kecik tu.. sebab nampak dalam resepi yang Kak Sue cuba nie kalau tak silap guna bahan yang sama.. 😊

      Delete
  13. Waalaikumussalam. pernah dengar mee ni tapi belum dapat peluang nak makan, hehe

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap.. Tak pernah try lagii

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤