Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran  pula dengan korang. Biasa lah...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran pula dengan korang. Biasa lah bila umur dah meningkat naik nie, kesihatan diri harus kita kena jaga lebih kan. Selain dari senaman ringan, pengambilan makanan tambahan kita juga boleh amalkan dengan minum susu macam susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X sebagai rutin harian kita.

Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran

Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran

Sekarang jom Kak Sue nak bercerita panjang lagi tentang Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X terbaru nie dengan korang jom. Pakar menasihati golongan dewasa dalam usia pertengahan umur macam Kak Sue nie untuk menjaga kesihatan muskuloskeletal mereka diperingkat awal bagi menyokong kualiti hidup yang lebih baik bila kita semakin meningkat umur.

Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran
Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru

Dengan itu selain Anlene Actifit3 nie, Anlene juga memperkenalkan rumusan Anlene Gold 5X sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang untuk kekal aktif, fleksibiliti yang lebih baik dan rasa lebih bertenaga.

Menjelang 2040 nanti, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas dijangka meningkat dua kali ganda berbanding anggaran semasa yang hanya 10.3% daripada jumlah penduduk! Menyedari akan pentingnya untuk golongan dewasa dan berumur di Malaysia bagi mengekalkan kesihatan muskuloskeletal mereka dalam mempengaruhi pergerakan, fleksibiliti, keseimbangan dan seterusnya kualiti hidup mereka semasa usia meningkat.

Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Univetsiti Malaya (Sosial Wellbeing Research Centre) menjangkakan bilangan warga Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas akan mencapau jumlah seramai 6.3 juta oranfg pada tahun 2040, atau 2 daripada 10 orang warga Malaysia. Warga yabf berusia bukan sahaja kian meningkat, tapi jangka hayar warga emas juga kini dijangka lebih panjanf dengan gologan lelaki yang mencapai umur 65 tahun pada 2019 dijangkakan akan hidup 14.8 tahun lebih lama sehingga umur 80 tahun. Dan untuk wanita pula, mencapai umur 65 tahun pada tahun lepas dijangka hidup 17.8 tahun lebih lama sehingga umur 82 tahun.

Menurut Dr Nor I'zzati Saedon, Pajar Geriatrik dan Pensyarah Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), kesihatan muskuloskeletal adalah salah satu fajtor utama dalam membolehkan maanusia menjalani kehidupan secara bebas dan ia bermula dengan membina dan mengekekkalkaan kesihatan tukang, otot dab sendi supaya kekal kuat untuk masa akan datang. Sistem nie terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ lain.

Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran
Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru

Kata beliau lagi, orang dewasa yang berumur 40an selalunya tak beri perhatian pada kesihatan muskuloskeletal disebabkan mereka tak mengalami sebarang tanda, seperti sakit akibat kecederaan atau postur yang tidak baik. Kemampuan untuk berjalan memerlukan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan.

Tugas mudah seperti menyuap makanan dan memakai pakaian perlukan kemampuan pergerakan tangan. Keupayaan untuk mencapai, membongkok dan mencangkung membolehkan seseoranf melakukan aktiviti harian seperti berkebun, memasak dan membersihkan lantai. Setiap individu tentunya nak terus dapat meneruskan aktiviti harian macam nie tanpaa sebarang kekangan dan bantuan, terutama bila berumur 60an.

Seorang lagi pakar dalam bidang muskuloskeletal, Encik Calvin Shun, seorang pengamal kiropraktor dan Pengasas Osso Bone Carw Chiropractic berkata Tulang kita mungkin menjadi lemah seawal umur 30an dan kehipangan sehingga 20% kepadatan tulang apabila usia meningkat dan tulanf rawan sendi (bertindak sebagai 'kusyen' antara sendi) mungkin merosot secara ketara pada umur 40an. Fungsi otot kita mungkin menjadi lemah dengan kehilangan sehingga 29% daripada kekuatannya bila umur kita makin meningkat.

Masalah muskuloskeletal seperti osteoartritis yang biasanya berlaku pada bahagian lutut boleh mengganggu kemampuan kita untuk menjalankan aktiviti harian yang biasa. Gejala biasa termasuklah rasa sakit, kaku dan fleksibiliti yang berkurangan. Masalah ini mengurangkan tahap pergerakan dan dalam jangka panjang akan menjejaskan kebebasan dan kemampuan untukk menyertai aktiviti keluarga, sosial dan bekerja dan dengan itu kualiti hidup mereka akan terjejas.

Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran
Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru

Kata Encik Shun lagi, kerosakan jisim tulang, otot atau tulang rawan sendi mungkin dipercepat dengan penuaan, tetapi ada beberapa langkah yang dapat dilakukan seseoranf untuk memperlahakn proses ini. Beliau menasihatakan orang dewasa yang berada dalam oertengahan umur untuk mengekalkan tulang yang kuat, merawat kecederaab ringan dab jangan biarkan ianya melaray dan menjadi masalah yang lebih besar yang akan mempengaruhi pergerakan dan selalu ingat untuk duduk dan berjalan dengan postur yang betul!

Dari segi pemakanan pula, Puan Megawati Suzari Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan pematuahn di Fonterra Brands Malaysia yang memasarkan Anlene menekankan kepentingan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk menjaga pergerakan mereka dengan mengekalkan kesihatan tulang, sendi dan otot yang penting untuk menyokong gaya hidup aktif dan penuaan yang sihat. Selain kekal aktif aecara fizikal amalan pemakanan yang baik juga tidak kurang pentingnya kata beliau lagi.

Satu kajian yang terkini menunjukkan kepentingan untuk mengamalkan senaman berkala dan mengambil susu sebagai sebahagiab daripada diet yang seimbang. Kajian tersebut mendapati bahawa mereka yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Milk Fat Globule Membrane) dan nutrien penting berserta dengan senaman yang kerap, dengan dua kali peningkatan fleksibiliti, tiga kali peningkatan keseimbangan dan 40% lebih peningkatan jisim otot berbanding kumpulan kawalan.

Diet seimbang yang merangkumi makanan berkhasiat adalah penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal orang dewasa. Anlene ACTIFIT 3X dan GOLD 5X dirumus khas untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan yang penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal kata Megawati lagi.

Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru di Pasaran
Susu Anlene Actifit 3X dan Gold 5X Terbaru

Untuk info korang lagi, Anlene Gold 5X terbaru nie dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa dan tidak mengandungi gula tambahan. Ramuan unik yang ada dalam susu nie ialah MGGM Active yang mengandungi MFGM gabungan lemak dan protein yang membekalkan komponen yang hampir sama seperti dalam cecair sendi. Haa.. menarik sangat kan.

Selain dari tu, dalam setiap gelas susu Anlene korang boleh nikmati kebaikan ACTIFIT 3X yang mengadungi kalsium tinggi, protein tinggi, vitamin (B2, B6, B12, C, D, E) dan kolagen. Untuk Anlene GOLD 5X pula dirumus secara saintifik untuk memberikan MFGM Active nutrien yang sama seperti yang ditawarkan oleh Actifit. 3X dan tanpa gula tambahan.

Kedua-dua susu Anlene ACTIFIT 3X dan GOLD 5X nie dibawa oleh Fonterra Brand Malaysia, syarikat yang komited pada piawaian keselamatan dan kuiti makanan yang paling tinggi. Korang boleh dapatkan kedua-dua susu nie di kedai-kedai utama atau secara online di kedai rasmi Anlene di Shopee dan Lazada. Korang juga boleh join Move Check Quiz Anlene untuk melakukan beberapa pergerakan fizikal yang mudah. Selain dari tu korang juga boleh buat Mobility Check di kedai-kedai tertentu untuk menilai kesihatan tulang dan otot. 

Jom kita sihat bersama Anlene Malaysia.. ❤


You Might Also Like

12 ulasan

  1. anlene memang terkenal untuk kekuatan tulang dan otot. lagi bagus sebab takde gula tambahan.

    ReplyDelete
  2. bagus ni 5x.. sesuai utk saya kak sue dah 40+ dah nih

    ReplyDelete
  3. masuk umor 3series ni saya mula risau dgn intake calcium sbb saya x suka minom susu.. macam da mula kena fikir sources untuk calcium..

    ReplyDelete
  4. CR pun belikan mak CR susu anlene. Elok untuk dia sbb da berusia kan

    ReplyDelete
  5. Zaza tak minum sgt susu tp bila dh 3 series ni bdn pun cpt penat..mmg terfikir gak nak amalkan minum susu bg tulang kuat..

    ReplyDelete
  6. Anlene memng bgus diambil. Dapat kiatkna tulnag semua. Susu anlene ni bagi mak minum. Nad minum susu lain.. Ehhehe

    ReplyDelete
  7. Anlene baru lah.. boleh suggest kat mak Fiza sebab dia pun mmg minum susu nie..

    ReplyDelete
  8. Umur dah meningkat ni memang sesuai amalkan susu anlene kan kak.

    ReplyDelete
  9. Saya suka minum susu anlene ni... nak-nak yang kotak tu minum sejuk-sejuk sedap sekali!

    ReplyDelete
  10. I m taking the 3X and my parents drinking the 5X, kesihatan is so important memang kena jaga dari awal.

    ReplyDelete
  11. aduii lea bab susu ni mmg tak berapa gemo sgt.. tp bagus utk kesihatan..

    ReplyDelete
  12. cantik sangat packaging terbaru ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.