Resepi Ayam Masak Phad Kra Phao

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa Kak Sue nak kongsi lagi masakan yang Kak Sue atau Kakak cuba kat blog kesayangan Kak Sue nie. Sejak ...

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa Kak Sue nak kongsi lagi masakan yang Kak Sue atau Kakak cuba kat blog kesayangan Kak Sue nie. Sejak musim PKP nie Kakak memang rajin betul ke dapur tau, lega lah juga Ibu ada yang bantu kat dapur. Kali nie Kakak cuba Resepi Ayam Masak Phad Kra Phao pula, katanya sejenis masakan Thai. Nak sebut nama resepi pun macam jenuh juga kan.. hehehe.. Apapun jom lah kita tengok bahan dan cara nak masak Ayam Masak Phad Kra Phao nie jom..

Ayam Masak Phad Kra Phao

Resepi Ayam Masak Phad Kra Phao

Kadang memang jemu dan tak tau dah nak masak apa setiap hari kat rumah tu kan. Nak memikir masak apa hari nie pun berejam juga lah setiap hari. Dengan nak kena pastikan juga semua kat rumah nie, boleh makan lauk yang bakal di masak nanti. Bukan apa, nanti ada pula yang tak nak makan, kita ibu-ibu nie memang risau kan kalau ada yang tak nak makan apa yang kita masak. Cari punya cari akhirnya Kakak cakap nak cuba resepi Ayam Masak Phad Kra Phao kali nie. Jom lah kita tengok resepi kat bawah nie ya..

Ayam Phad Kra Phao

Bahan :
2 keping ayam- di potong kecil
1 biji bawang - ditumbuk
4 biji bawang putih - ditumbuk
8 biji cili padi - ditumbuk
5 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap
1 sudu secukup rasa
2 sudu besar gula

Cara :
Goreng ayam yang dipotong kecil tadi
Kemudian toskan, biarkan sekejap
Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga layu
Masukkan sos ikan, kicap, secukup rasa dan gula
Kemudian kacau sehingga bergaul mesra
Akhir sekali masukkan ayam dan kalau suka boleh masukkan sedikit sayur pilihan korang
Tutup api, sedia untuk dihidangkan

Korang boleh juga cuba resepi lain kat sini Resepi Ayam Masak Thai

You Might Also Like

10 ulasan

  1. nampak mudah nak buat.
    bahan2 pun tak sesusah mana nak cari.

    ReplyDelete
  2. senang je rupanya nak masak dia. Ingatkan banyak bahan nak kena guna. Nak kena try nanti ni

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  3. Nak ubah selera atau tambah menu di meja boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  4. Ringkas masakannya, dan tak banyak juga bahan yang digunakan. Tertarik pula nak mencubanya. Tq for sharing Sue.

    ReplyDelete
  5. Sekali sekala tukar resipi pun best juga kak. Lagi2 kalau kena dgn selera kita kan. Nampak mudah resipi ni. Boleh lah ana cuba juga.

    ReplyDelete
  6. sedap pulak nampak,nak try la nannti..untung akak ,anak dara dah besar banyak membantu kan...

    ReplyDelete
  7. Baca tajuk pun dah tahu memang resepi orang siam ni. Khap kum khap.

    ReplyDelete
  8. Senang jugak cara membuatnya tu. Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  9. nampak sedap tu.. sukala orang share2 resepi..
    time2 PKP ni rasa macam2 nak cuba..

    ReplyDelete
  10. alamak tertengok lagi menu feveret saya ni bilalah nak buat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.