Kebun Mini Belakang Rumah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak bercerita tentang Kebun Mini Belakang Rumah  pula dengan korang. Salah satu hobi Kak Sue bi...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak bercerita tentang Kebun Mini Belakang Rumah pula dengan korang. Salah satu hobi Kak Sue bila ada masa lapang. Lama juga Kak Sue tak kongsi hobi Kak Sue yang satu nie. Seronok sekarang nie bila pokok Kedondong sakan berbuah kat Kebun Mini belakang rumah kami. Bila kita berbudi pada tanah dapat pula hasil macam nie memang berbaloi sangat kan..


Kebun Mini Belakang Rumah
Kebun Mini Belakang Rumah

Kebun Mini Belakang Rumah

Macam yang sebelum nie ada Kak Sue kongsikan kat sini, belakang rumah Kak Sue nie memang ada kawasan atau tanah yang kecil untuk buat tanam menanam. Abang Man memang sengaja biarkan tanah untuk kami buat Kebun Mini belakang rumah. Tak nak tambah apa-apa selain tempat ampaian kain. Tak tau lah masa akan datang nanti kan.

Kebun Mini Belakang Rumah
Bukan apa, kebanyakan jiran kami.. depa renovate bahagian belakang rumah untuk luaskan dapur. Ya lah sekarang nie kan trend ada dapur kering dan basah, jadi mungkin depa tambah untuk asingkan dapur depa. Kalau Kak Sue cukup dah dapur Kak Sue yang ada sekarang. Kalau nak tambah pun mungkin letak bumbung yang lut sinar untuk buat bilik dobi. Tapi sayang juga lah tanah kawasan sini, nak tanam bahagian belakang luar pagar bahagian belakang lagi tanah kat situ macam tak subur aja pun. Tengok pokok yang tanam bahagian belakang situ macam hidup segan mati tak mau ja pun.. huhuhu.. 

Tapi kan tengok jenis pokok juga lah, macam serai elok je naik pula bahagian tanah belakang tu. Cuma yang bahagian pokok Kedondong nie aja Abang Man tambah tanah lain atas tanah sedia ada. Jadi kalau tanam dalam kawasan pagar dapur, alhamdullilah kalau jaga, siram dan bajakan memang subur tanaman kat situ. Sebelum nie pokok cili padi kemain sakan juga lah berbuah. Lama juga lah tak payah beli cili. Jimat dah sikit belanja dapur kan..

Kebun Mini Belakang Rumah
Sebenarnya yang tanam pokok kat Kebun Mini belakang rumah nie Abang Man. Tapi yang menjaganya Kak Sue dan Kakak. Ya lah, sambil memasak kat dapur tu kadang kami jirus dengan air beras, kadang Kak Sue tabur kulit telur atau sesekali letak baja kopi. Alhamdullilah, sakan pokok cili dan kedondong berbuah. Lepas nie Kak Sue nak cuba tanam pokok tomato pula, sebab memang Kak Sue dengan Kakak suka sangat makan tomato. Nanti kalau dah subur dan berbuah Kak Sue kongsi kat sini lagi dengan koramg ya. Kita sambung sembang lagi nanti ya, papai!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Alhamdulillah.
    Salam bertani.

    ReplyDelete
  2. Semoga sihat2 terus pokok2nya ��

    ReplyDelete
  3. Kalau Kak Sue belakang rumah, SA kat depan rumah....

    ReplyDelete
  4. Hasil berbakti pada tanah dapat hasilnya

    ReplyDelete
  5. kalau ada kawasan yang boleh diusahakan apa salahnya..
    berbudi pada tanah akan ada hasilnya =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.