Safi Hydra Glow Terbaru Dari Safi Malaysia

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi produk kecantikan diri lagi dengan korang iaitu Safi Hydra Glow Terbaru Dari Safi Ma...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi produk kecantikan diri lagi dengan korang iaitu Safi Hydra Glow Terbaru Dari Safi Malaysia. Rasanya kebanyakkan dari kita dah kenal dengan jenama kecantikan yang satu nie kan. Kak Sue sendiri pun sebenarnya memang guna beberapa produk dari jenama Safi nie. Bertahun juga lah setia dengan jenama nie, dan kali nie Kak Sue nak nak cuba Safi Hydra Glow terbaru dari Safi pula. Nampak menarik sangat tau..

Safi Hydra Glow

Safi Hyra Glow Terbaru Dari Safi Malaysia

Sebelum Kak Sue nak kongsi lebih lagi tentang set Safi Hydra Glow terbaru dari Safi Malaysia nie, Kak Sue nak kongsi sikit info tentang Safi Malaysia dulu dengan korang. Ya lah, biasanya sebelum kita nak cuba apa-apa produk mesti kita nak tau sikit info tentang produk tu dulu kan.

Safi adalah jenama halal yang terkemuka yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit dan diri. Selain tu, Safi juga menggunakan bahan semulajadi yang terbaik seiring kehendak Syarak dan disahkan HALAL oleh JAKIM. Safi juga berpegang teguh dengan prinsip bebas alkohol dan bebas gelatin dalam semua produk yang dikeluarkan. Jadi dengan adanya info nie korang tak perlu rasa risau nak cuba atau guna produk dari Safi nie hokay. InsyaAllah, selamat digunakan..

Safi Hydra Glow Terbaru Dari Safi Malaysia
Safi Hydra Glow
Bercerita tentang Safi Hydra Glow pula, ia merupakan rangkaian penjagaan kulit terbaru dari Safi khas untuk korang yang berkulit kering macam Kak Sue nie. Safi Hydra Glow nie menghidrat kulit tanpa rasa berminyak, water based dan tekstur yang ringan bila kita sapu di kulit kita. Haa.. menarik kan. Kak Sue suka tekstur ringan macam nie, buat rasa selesa kat kulit muka kita..

Selain tu kan korang,  Safi Hydra Glow nie dirumuskan khas dengan Hydra Active3 Technology dengan tiga bahan utama iaitu Fermented Rice Extract, Vitamin B5 dan Hyaluronic Acid. 

Fermented Rice Extract - pelembap kulit semulajadi yang mencerahkan kulit dan membuang sel mati.

Vitamin B5 - berfungsi untuk kekalkan kelembapan, melegakan kekeringan kulit dan mengembalikan kehalusan kulit

Hyaluronic Acid - Mengunci kelempan kulit dengan berkesan dan meningkatkan keanjalan kulit.

Ada lima produk penghidratan iaitu Hydrating Water Cleanser, Toning Essence, Water Bank Serum, Water Drop Moisturiser dan Water Lock Mist. Seterusnya.. masa yang ditunggu-tunggu, tanpa buang masa lagi Kak Sue nak kongsi set Safi Hydra Glow nie dengan korang, chewah! Jom kita tengok jom..

Safi Hydra Glow Terbaru Dari Safi Malaysia
Safi Hydra Glow

Safi Hydra Glow

1. Safi Hydra Glow Hydrating Water Cleanser
Pembersih muka Safi Hydra Glow Formula gel berkrim menghidrat adalah langkah yang pertama sekali untuk membersihkan kekotoran tanpa menghilangkan minyak semula jadi pada kulit muka kita. Dengan 3 ramuan teknologi Hydra Active3, formulasi bebas minyak ini jadikan kulit lebih berseri, lembut dan ajal.

2. Safi Hydra Glow Toning Essensce
Penyegar Safi Hydra Glow pula menembus jauh ke dalam lapisan kulit untuk menyihatkan dan menghidrat dengan aktif. Ia juga diuji secara klinikal untuk meningkatkan kelembapan kukit sehingga 48 jam.

3. Safi Hydra Glow Water Bank Serum
Serum Penghidratan Safi Hydra Glow diformulasikan dengan 10% kuasa gandaan nutrien vitamin B3 dan B5 yang meresap jauh ke lapisan kulit. Ia untuk meningkat penghidratan kulit secara mendalam, melegakan iritasi, menghaluskan kulit kasar dan juga memulihkan kulit kering agar lebih berseri

4. Safi Hydra Glow Water Drop Moisturizer
Pelembab Penghidratan Safi Hyra Glow pula di formulasi dengan vitamin B3 dengan gel krim yang ringan dan berubah menjadi titisan air yang melembapkan apabila digunakan. Ia mampu memulihkan, mengekalkan dan memperbaiki kulit dengan berkesan. Dan kelembapan kulit bertahan selama 72 jam tau korang.

5. Safi Hydra Glow Water Lock Mist
Mist Penghidratan Safi Hydra Glow sesuai untuk semua jenis kulit, diformulasi berasakan air dengan keseimbangan PH semulajadi kulit. Ditambah dengan teknologi Hydra Active3, kelembapan kulut lebih berseri tanpa rasa berminyak
Safi Hydra Glow Terbaru Dari Safi Malaysia
Safi Hydra Glow
Haa.. menarik sangat produk terbaru Safi Hydra Glow nie kan. Memang menarik dan sesuai untuk kulit kering macam Kak Sue nie. Apapun, apa yang kita pakai atau cuba haruslah kena rajin dan konsisten juga sebenarnya. Baru lah kita akan nampak hasilnya nanti. Selain kulit kita cantik, tapi sihat dari dua dan dalam..

Produk Safi Hydra Glow nie korang boleh dapatkan di farmasi Gurdian dan juga Mydin di seluruh Malaysia hokay. Untuk lebih detail korang boleh terus  ke Safi Malaysia


You Might Also Like

16 ulasan

  1. barang2 Safi selalunya serasi..

    ReplyDelete
  2. Wah... Safi ada produk baru...

    ReplyDelete
  3. Sukanya ngk packaging safi kali nie.. teringin nk dptkan jugak la.. saya mmg pengguna safi dr dulu lagi..

    ReplyDelete
  4. Tengok warnanya pun dah menarik PC ni kak Sue.

    ReplyDelete
  5. suka warna dia,,turqoise lembut sama tema hydra tu kan kak

    ReplyDelete
  6. Wanita dan skincare berpisah tiada. Belum pernah cuba produk ini. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  7. Pernah guna barangan Safi sebelum ni. Memang bagus.

    ReplyDelete
  8. Wow cantik nyer the packaging and color tone for this range, nanti kita check out.

    ReplyDelete
  9. Packaging dia nampak menarik sgt wane yg menyerlah..

    ReplyDelete
  10. Ohh! Ini dia safi glow yang orang dok canang²kan tu ya? Menariknya. Memang glowinglah lepas ni

    ReplyDelete
  11. Menarik betul Safi Hyra Glow ni... nanti nak cuba juga set ni! oh dekat guardian ada ok nak cari situ

    ReplyDelete
  12. Cutenesss la pakaging dia kak su. Nice sangat! Marsha perlu cuba ni sebab kulit dah makin kering.

    ReplyDelete
  13. Cantik packaging dia kak. Safi memamg produk pilihan ramai. Harga berpatutan, halal dan selamat lagi.

    ReplyDelete
  14. dengar nama dia pun dah best kak sue

    ReplyDelete
  15. Lama tak guna produk safi ni . Dah macam2 keluaran terbarukan .

    ReplyDelete
  16. cantik packaging dia.. Safi skrng pun da makin majuuu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.