Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You

Assalamualaikum, hai semua. Biasanya kita orang perempuan nie kalau boleh memang nak kulit cantik dan sihat kan. Selain menjaga kulit muka k...

Assalamualaikum, hai semua. Biasanya kita orang perempuan nie kalau boleh memang nak kulit cantik dan sihat kan. Selain menjaga kulit muka kita dengan produk kecantikan seperti pencuci muka, toner dan serum, kita juga tak harus lupakan pengunaan masker pada kulit muka kita juga tau. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi mask atau masker untuk Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You nie dengan korang.  Jom kita tengok apa yang menarik dengan Honey Turmeric Mask dari Aura New You jom..

Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You
Honey Turmeric Mask Aura New You

Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You

Macam biasa, sebelum Kak Sue nak sembang panjang lagi tentang Honey Turmeric Mask nie, Kak Sue nak kongsi sedikit info dulu dengan korang. Ya lah sebelum kita nak cuba atau guna sesuatu produk tu, perkara pertama yang kita nak tahu selamat atau tak untuk kita guna pada kulit muka kita kan. Nanti sibuk nak cantikkan kulit lain pula jadinya..

Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You
Honey Turmeric Mask Aura New You
Honey Tumeric Mask nie dianalisi di makmal, dan didapati kaya dengan zat dan khasiat tumbuhan semulajadi tau korang. Ia tiada kesan pemalsuan bahan ataupun bahan terlarang lain seperti logam berat terkandung pada sampel yang diuji. Contohnya macam merkuri atau bahan bahaya yang lain.

Kandungan yang ada pada Honey Tumeric Mask nie, adalah daripada sumber halal berdasarkan analisis Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi (HPLC) bagi  mengenalpasti kandungan sampel campuran. Dan ternyata sampel ini terbukti selamat dan tulen. Jadi korang tak perlu nak risau  atau was-was nak cuba atau guna Honey Turmeric Mask nie okay.

Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You
Honey Turmeric Mask Aura New You
Sekarang Kak Sue nak bercerita bahan-bahan yang ada dalam Honey Turmeric Mask Aura New You nie pula, antaranya..

1. Zat Besi
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. Polifenol

Selain tu antara bahan lain yang actives yang terkandung dalam Honey Tumeric Mask nie lagi ialah..

1. Kunyit
2. Temulawak
3. Sandalwood
4. Kunyit Putih
5. Bunga Ros
6. Akar Wangi
7. Cekur
8. Licorice

Haa.. menarik kan, semua bahan yang digunakan untuk masker Honey Turmerik memang dari bahan semulajadi yang mungkin ada disekelilingi kita aja kan. Dah tentu-tentu selamat untuk kita gunakan pada kulit kita. Seterusnya, Kak Sue nak kongsi cara nak mengunakan Honey Turmerik nie pula dengan korang..

Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You
Honey Turmeric Mask Aura New You

Cara Menggunakan Honey Turmerik Mask

Senang aja cara nak guna Honey Turmerik Mask nie korang. Hanya perlu ambil satu atau dua sudu masker, kemudian campurkan dengan sedikit air. Kacau sekejap sehingga dia blend betul dan boleh lah sapu dekat muka korang.

Macam Kak Sue hari tu, Kak Sue campurkan dengan toner.. untuk kurangkan open pores kat muka. Selain tu, korang boleh juga kalau nak campur dengan bahan lain tau. Samada dengan madu asli untuk kulit lembap dan berseri, jus lemon untuk cerahkan kulit, yogurt untuk lembapkan dan sejukkan kulit, susu segar untuk menyejukkan dan menenangkan kulit dan korang juga boleh campur dengan apa-apa selain yang Kak Sue bagi tau kat atas nie ya.

Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You
Honey Turmeric Mask Aura New You
Bila korang dah pakai masker dekat muka, biarkan aja masker tu selama  15-20 minit. Kemudian korang boleh lah scrub muka korang sebelum bilas dengan air bersih. Selepas bersihkan muka kita tu kan, korang akan rasa kulit segar, bersih dan lembut. Apa yang bestnya, tak ada kesan kuning pun kat kulit kita selepas kita cuci kulit muka kita tu. Best kan..

Jadi pada korang yang ada masalah kulit berminyak, masalah jerawat, kulit kering atau parut gelap boleh cuba sendiri Honey Turneric Mask dari Aura New You nie hokay. Kalau ikut step penjagaan kulit muka memang kena pakai mask dalam seminggu untuk kekalkan kesihatan dan kecantikkan kulit muka kita. Untuk lebih detail korang boleh klik kat bawah nie ya.. papai!

Kulit Cerah Berseri Dengan Honey Turmeric Mask Aura New You
Honey Turmeric Mask Aura New You

Honey Turmeric Mask
Aura New You



 

You Might Also Like

12 ulasan

  1. menarik.. tapi lama gak x pamper diri pakai masker ni semua..
    sesekali kena juga kan..

    ReplyDelete
  2. Zaza pun dh guna..memang ok sgt pakai..kulit tu mmg terasa jadi lembut..kena rjin guna sokmo baru jerawat2 tu leh kecut

    ReplyDelete
  3. Bahannya memang elok untuk kulit ya.. Bukan sekadr kunyit semata.. Rasa nak cuba je

    ReplyDelete
  4. Tak risau lah nak pakai masker nie sbb semuanya bahan semulajadi.. lgpun mmg banyak manfaat kalau guna masker kunyit nie

    ReplyDelete
  5. Kunyit memang bagus untuk kecantikan. Okey nanti nak beli mask ni. Umur semakin meningkat kena jaga muka

    ReplyDelete
  6. Memang best pakai masker Ni. Sekali pakai je dh dpt kulit yg lembut dan licin.

    ReplyDelete
  7. lekat tak warna kuning lepash habis masker?

    ReplyDelete
  8. Pkai masker kunyit memang best. Walaupun kita tak pkai brand ni, ada cousin bagi dia buat sendiri.
    Kulit jadi lembut je lepas tu.

    ReplyDelete
  9. overal kunyit mmg bagus utk kulit dan kesihatan kan

    ReplyDelete
  10. Suka juga pakai bahan dari semulajadi ni untuk kulit..

    ReplyDelete
  11. pttlh cntik skin kak sue 😍

    ReplyDelete
  12. Dulu takut tau bila dengar tumeric mask ni . Mesti bayangkan kalau lumur satu muka nnti akan jadi kuning ..rupanya kuning tu takda la melekat kat muka sangat .nanti dah basuh hilang la . Memang best tumeric mask .

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.