Resepi Sup Ekor Ala Thai

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Sup Ekor Ala Thai pula dengan korang. Biasanya kalau nak makan kena order dar...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Sup Ekor Ala Thai pula dengan korang. Biasanya kalau nak makan kena order dari kedai tomyam aja kan, kali nie Kak Sue cuba masak sendiri pula. Masak sendiri nie puas lah sikit makan kan. Senang aja resepi Sup Ekor ala Thai nie korang, cuma ambik masa sikit lah nak lembutkan daging. Jom kita tengok resepinya ya..

Resepi Sup Ekor Ala Thai
Sup Ekor Ala Thai

Resepi Sup Ekor Ala Thai

Kak Sue sebenarnya pengemar sup, tak kisah lah apa-apa sup pun. Kadang rasanya dalam seminggu menu kat rumah Kak Sue mesti akan ada masak sup. Jadi hari tu disebabkan tak ada idea dah nak masak apa, Kak Sue cuba resepi Sup Ekor ala Thai nie buat pertama kalinya.

Sup Ekor Ala Thai nie senang aja nak masak cuma ambik masa panjang sikit. Tapi kalau korang ada pressure cooker tu boleh lah guna. Kak Sue sebenarnya ada juga pressure cooker tu, tapi saja nak cuba masak cara manual nie. Kira nak lembutkan 3 jam lebih juga lah. Siap boleh sambil buat kerja lain sambil tunggu daging tu lembut.

Sup Ekor Ala Thai

Bahan :
1/2 ekor lembu
1 paket sup siam Adabi
1 paket sup bunjut tulang Adabi
2 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji bawang putih
1 sudu sos ikan
Sedikit halia - dihiris
Sedikit lengkuas - diketuk
Sebatang serai - diketuk
Sebiji limau nipis
Sedikit serbuk lada sulah
Daun ketumbar
Daun limau purut
Lobak Merah
Batang saleri
Tomato
Cili Padi

Cara :
Rebus ekor dengan serai dan sup bunjut sehingga lembut.
Kalau korang nak cepat atau ada pressure cooker boleh aja guna hokay.
Kemudian dalam periuk lain, tumiskan bahan hirisan tadi, rempah 4 sekawan sup bunjut tadi dan lengkuas sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah sup siam dan tumis sekejap.
Kemudian masukkan ekor yang direbus tadi dengan air rebusan tadi
Masak sehingga mendidih, kalau korang suka pedas boleh masukkan cili padi yang diketuk
Bila dah didih, kemudiab masukkan semua sayur tadi
Kemudian masukkan sos ikan, lada sulah, garam dan sedikit serbuk perasa.
Perahkan limau nipis dan kacau rata
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan daun limau purut.
Kacau sekejap, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Sumber resepi dari CookPad dan Datin Eina Azman


You Might Also Like

4 ulasan

  1. Sup-sup ni PC suka hirup kuahnya kak Sue..suka semua jenis sup.kalau sup ekor atau sup daging PC suka makan dengan bihoon tak pun roti.

    ReplyDelete
  2. Sedap ni.. Saya penggemar Sup Ekor Thai. sebab suka dengan rasa masam2 tu.

    ReplyDelete
  3. okay , balik keja nak try

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.