Resepi Ketam Shellout

Assalamualaikum, hai semua. Lama betul Kak Sue tak kongsi masakan Kak Sue kat sini kan. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ketam Shellout pu...

Assalamualaikum, hai semua. Lama betul Kak Sue tak kongsi masakan Kak Sue kat sini kan. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ketam Shellout pula dengan korang. Sebenarnya resepi Ketam Shellout nie boleh aja guna untuk makanan laut yang lain, tapi kali nie Kakak guna untuk masak ketam aja. Jom kita tengok resepinya ya.. jom..

Ketam Shellout

Resepi Ketam Shellout

Sebelum Kak Sue kongsikan resepi Ketam Shellout nie, sebenarnya sekarang nie Kakak anak dara Kak Sue yang rajin sangat nak cuba macam-macam masakan kat rumah nie. Tak sangka lah pula Kakak memang minat nak masak-masak nie. Memang setiap hari Kakak lah yang google resepi apa nak masak. Ibu tolong sikit-sikit aja pun..

Disebabkan Kakak suka masak-masak macam nie, Kak Sue ingat bila Kakak habis belajar nanti boleh lah bagi galakkan Kakak untuk berniaga makanan. Sekarang nie pun Kak Sue dan Abang Man memang tengah plan nak melabur modal sikit untuk Kakak, Abang dan Adik berniaga bila habis belajar nanti. Harap apa yang kami plan nie dapat lah kami jalankan bila modal dah cukup dan anak-anak pun dah habis belajar nanti. Okay lah, kita tinggal cerita nie dulu dan terus ke resepi Ketam Shellout nie lah ya..

Ketam ShellOut

Bahan :
4 ekor ketam - saiz sederhana

Bahan Rempah
20 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
10 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci belancan - dikisar
1 genggam udang kering - rendam - dikisar
Tambahkan sedikit minyak dan kisar semua bahan sehingga halus. Kalau korang nak pedas boleh tambah lagi cili kering tu ya.

Bahan Tumis
4 biji bawang putih - hiris halus
1/2 biji bawang merah - hiris halus
10 biji cili padi - dihiris halus
2 batang serai
5 tangkai daun kari
1 sudu besar butter
Minyak untuk menumis

Bahan Perasa
3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam Knorr
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak bersama butter
Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga garing
Kemudian masukkan bahan kisar, masak sehingga garing. Masak sehingga cili masak. Kalau rasa kuah pekat masukkan air dan masak lagi
Kemudian boleh masukkan bahan perasa, mulakan dengan rempah kari masak sekejap sehingga garing.
Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam, kiub ayam dan gula
Kemudian masukkan garam, biar kuah mendidih sekejap
Akhir sekali masukkan ketam, tunggu ketam masak.
Tutup api, sedia untuk dihidangkan



You Might Also Like

15 ulasan

  1. sedapnya! menaikkan selera!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak kak sue. Suami suka ketam ni. Boleh cuba resepi kak sue

    ReplyDelete
  3. Tengok je pun dah nampak sedap kak. Boleh cuba resipi ni nanti.

    ReplyDelete
  4. bestnya ketam..tapi kalau rumah ammi kene gak ada seafood lain sebab budak2 ni malas sungguh nak belajar kopek & makan ketam. geram je

    ReplyDelete
  5. sedap tu..

    Semoga berjaya dengan perniagaan baru nanti.

    ReplyDelete
  6. Bila macam ni rasa malas nak makan nasi..nak makan ketam tu je..sedapnya.

    ReplyDelete
  7. uish shellout ketam. bestnyaaa

    Jemput singgah www.rancangantivi.com

    ReplyDelete
  8. Thank you kak for the recipe, okk boleh shellout kat rumah ja ni hee

    ReplyDelete
  9. Oh yumss, this is so tempting. Kalau dapat ketam fresh i nak try recipe ni

    ReplyDelete
  10. ohhh boleh guna kiub ayam jugak eh bila masak bahan seafood? Nice lah nanti nak try

    ReplyDelete
  11. kenapa ramai update resepi ketam ni ye....dapnya..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya ketam! Sedap makan ratah-ratah begitu saja.

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaaa..
    Lagi sedap kalau ada orang yang tlng masakan. 😅😅

    ReplyDelete
  14. terbauang slurp slarpp ketam ni kak.. sedapnya alahaii

    ReplyDelete
  15. buat sendiri puas hati. dapat makan banyak2 dan kita adjust ikut selera kita.. kalau saya shellout ni memang cari udang dulu. ketam makan juga sikit..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.