Terbaru Walls Aiskrim Special Edition Tealive Bobalicious

Assalamualaikum, hai korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi kerjasama salah satu brand aiskrim dan air minuman kegemaran ramai dan terkenal di...

Assalamualaikum, hai korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi kerjasama salah satu brand aiskrim dan air minuman kegemaran ramai dan terkenal di Malaysia. Tak lain tak bukan yang tengah viral sekarang nie Terbaru Walls Aiskrim Special Edition Tealive Bobalicious. Haa.. menarik kan, rasanya ramai yang tak sabar dan teringin nak cuba Walls aiskrim special edition Tealive Bobalicious nie kan..

Walls Aiskrim Special Edition Tealive Bobalicious
Walls Aiskrim Special Edition Tealive Bobalicious

Walls Perkenalkan Aiskkrim Special Edition Tealive Bobalicious

Sebenarnya Kak Sue pun antara pengemar aiskrim dan Tealive nie juga tau. Bila Walls perkenalkan aiskrim special edition Tealive Bobalicious nie apa lagi memang tak nak lepaskan peluang lah nak rasa kan. Tertanya juga ada ke boba dalam aiskrim nie atau cuma rasa dia aja macam Tealive.

Walls Aiskrim Special Edition Tealive Bobalicious
Walls Aiskrim Special Edition Tealive Bobalicious
Tunggu punya tunggu akhirnya dapat pun Kak Sue merasa aiskrim Tealive Bobalicious nie. Rasa dia sama aja macam Tealive dan ada banyak boba kat dalam tu tau. Yang lebih menarik dan paling Kak Sue suka aiskrim nie tak manis sangat tau, kira sedang elok ja manis dia.

Kak Sue dan anak-anak memang suka sangat Walls aiskrim Tealive Bobalicious nie, kalau dah cuba satu mesti kita nak makan lagi. Dengan rasa kenyal boba dalam tu memang layan. Kira kalau nak beli aiskrim nie nanti kena beli lebih tau. Lagi pun dengar memang susah nak dapatkan sebab mungkin cepat habis kan. Ya lah benda tengah viral kan.. hehehe..

Walls Aiskrim Special Edition Tealive Bobalicious
Walls Aiskrim Special Edition Tealive Bobalicious
Korang kalau nak juga rasa Walls aiskrim Tealive Bobalicious nie boleh dapatkan di semua pasaraya utama, pasaraya besar, kedai serbaneka dan juga cawangan Tealive terpilih. Hari tu masa Kak Sue jalan-jalan kat Melawati Mall ada jual aiskrim Tealive cawangan sana juga tau. Selain tu korang juga boleh beli secara online kat Shoppe dan Grab Food. Selamat mencuba korang.. papai!


You Might Also Like

14 ulasan

  1. Nampak sedap tu kak su...x jumpa lagi kat area SA

    ReplyDelete
  2. Dah rasa baru2 ni pi 7E. Tapi anak sulung je yang habis kan. Si adik tak suka. Saya pun tak boleh makan banyak. Ikut tekak saya ni rasa nya biasa saja.Tak de beza dengan tealive boba tu.

    ReplyDelete
  3. Menawan tekak sungguh la.Aduh.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try lagi. Tak terkejar nak try satu2 makanan/minuman viral sekarang. Huhuhu

    ReplyDelete
  5. adui sedap ni kak aritu anak sedara bagi makan

    ReplyDelete
  6. Dah rasa sekali..kebetulan je ada org cod aiskrim ni dpt la merasa..pastu tak ada dah..kedai2 biasa cari pun tak ada.kena pi pasaraya besar baru ada kan

    ReplyDelete
  7. Honestly mmg rasa mcm Tealive Boba Milk Tea tu yg kita frozen kan semalam. Sejuk je, yg buat leka sbb boba dia masih lagi kenyal dan tanpa boba tu rasa aiskrim ni mcm tak lengkap 😍

    ReplyDelete
  8. Liez dah cuba.. boleh tahan sedap juga..

    ReplyDelete
  9. Sedap.. mse nk makan hari tu mmg beria cari.. mujur dpt..

    ReplyDelete
  10. Anak saya pencinta boba tea live.. Sibuk juga nk Aiskrim ni.. Tp mummy busy tak sempat nk layan kan hehe

    ReplyDelete
  11. Memang sedap.. Rasa macam air tealive.. Tapi aiskrim tak manis.. Family nad semua suka aiskrim ni. Setiap kali jumla mesti beli

    ReplyDelete
  12. Alahh sis x coba lagi eskem boba ni ritu nak beli kehabisan gak..haii hangpa ni bagi can lah kakak hgpa nak makan eskem boba semua hgpa sapu haha

    ReplyDelete
  13. Sedap aiskrim ini..
    Kesukaan Sha walaupun sha tak minat teh.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. Sedap juga.. tapi saya lebih suka tealive yang fresh baru buat tuu.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.