Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman

Assalamualaikum, hai korang. Baru-baru nie tetiba Kak Sue macam teringin nak cuba Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman  yang viral tu. Namp...

Assalamualaikum, hai korang. Baru-baru nie tetiba Kak Sue macam teringin nak cuba Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman yang viral tu. Nampak peminat Dato RI kongsi katanya sedap sampai ada yang masak berulang kali. Yang menariknya cara nak buat dan masak resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman nie senang gila tau korang. Jom lah kita tengok bahan dan caranya hokay..

Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman
Daging Ketumbar Dato Rizalman

Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman

Selain resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman nie, Kak Sue dah pernah cuba dah masak gulai tumis darat juga. Kalau korang follow Instagram Dato RI korang akan tau lah gulai tumis darat nie. Sebenarnya sebelum nie pun dah banyak kali masak gulai tumis darat tu, tapi belajar dari Mak Kak Sue. Biasalah kalau orang belah utara, harus dah biasa dengan gulai tumis darat nie. 

Walaupun Kak Sue asal Perak belah Batu Kurau, Taiping tapi kampung Kak Sue di utara negeri Perak. Kira orang utara lah juga tu kan, slang pun hang pi mana, hang pi mana.. dah dekat nak sama dah dengan Penang juga. Dan.. dan nak juga sama macam Dato RI ya.. hahaha! Cumanya kampung Kak Sue nie kalau masuk belah dalam sikit, slang Patani pula. Mu nak gi mana? Nak gi mana? Dah macam slang Kelantan pula tau. Jangan terkeliru kalau sampai Batu Kurau nanti ya.. hehehe..

Okay lah, tak nak buang masa dok mengarut pasal asal usul semua jom lah kita tengok bahan dan cara nak masak Daging Ketumbar Dato Rizalman nie ya. Senang aja korang, bahan tak banyak pun. Kak Sue jadi tersuka pula masakan Daging Ketumbar nie. Lain kali harus nak buat lagi, ingat nanti nak tambah cili padi bagi pedas sikit kan..

Daging Ketumbar Dato Rizalman

Bahan :
1 kilo daging - dipotong kecil
1 biji bawang holand - dihiris kecil
1 paket biji ketumbar
2 sudu gula
1 sudu garam
2 sudu kicap
1 sudu serbuk perasa - Kak Sue guna kiub Ayam Knorr

Cara :
Gaul semua bahan di atas
Kalau korang nak perap sekejap pun boleh
Panaskan minyak untuk mengoreng
Masukan daging dalam kuali dan goreng sehingga daging empuk
Akhir sekali masukkan bawang, masak sekejap sehingga bergaul mesra dengan bawang tu ya.
Tutup api, sedia untuk dihidangkan

You Might Also Like

14 ulasan

  1. Mudah je resipi dia kak. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. aduh terliur nya. nak kena try lah ni. kena beli daging dulu. hehe

    ReplyDelete
  3. Ringkas je ye Kak Sue.Kena cuba ni.

    ReplyDelete
  4. Mudh sangt nak buat dia.. Nak buat jugala.. Semua bahan dh ada.. Eh daging kene carila

    ReplyDelete
  5. Saya memang follow ig Dato Rizalman ni. Tak pernah miss tengok story dia. Daging masak ketumbar ni tak silap resipi permaisuri kan kak.. Dato share semula dengan followers dia

    ReplyDelete
  6. Resepi yg mudah dan nampak menyelerakan la kak

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba resepi ni nanti..kt rmh ni mmg jarang mkn daging..tp boleh la bila2 ada beli nk try masak

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap jer Dato Rizal masak, terima kasih Kak Sue kongsikan resepi ni... nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  9. tak pernah try.. boleh la asyik daging masak kunyit je kan.. kali nie nk try daging ketumbar pula..

    ReplyDelete
  10. suka tengok dia masak.. kemain dengan mulut dia tu haha terhibur =D

    ReplyDelete
  11. bila tgk resepi daro rizalman memang terasa nak cuba semuanya nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Senang aje resepi dia.
    Bahan masak, cara masak mudah sngt.
    Blh try..

    ReplyDelete
  13. Wah thanks for sharing this recipe, nanti sis nak try using ayam

    ReplyDelete
  14. Nampak ringkas dan menarik untuk dicuba kak su..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.