Sanah Helwah Sayangku

Assalamualaikum, hai semua. Setiap tahun pada tarikh yang sama hari lahir orang istimewa dalam hidup Kak Sue, suami yang tersayang Man Java...

Assalamualaikum, hai semua. Setiap tahun pada tarikh yang sama hari lahir orang istimewa dalam hidup Kak Sue, suami yang tersayang Man Java. Sanah Helwah Sayangku.. tahun nie pun hari lahir Abang Man jatuh dalam bulan Ramadhan juga. Sekali lagi tahun nie tak dapat nak meraikan sangat sebab jatuh dalam bulan puasa ditambahkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan yang kerajaan keluarkan untuk kita semua..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku

Sanah Helwah Sayangku Man Java

Macam tahun lepas kami anak beranak buat ucapan kejutan hari lahir untuk Abang Man. Kebetulan kami semua belum masuk tidur dan Abang Man pun tengah berehat kat laman luar, jadi kami anak beranak sama-sama buat ucapan untuk Abang Man. Rupanya tuan badan pun lupa dah tarikh hari lahir sendiri.. terkejut juga lah Abang Man.. hehehe..

Sebenarnya Kak Sue dan anak-anak macam terkilan juga lah tak dapat nak raikan hari lahir Abang Man, bukan apa selalu kalau hari lahir kami sekeluarga Abang Man ada aja plan nak buat bagi kami seronok dan dihargai. Ada aja hadiah atau sambutan tak kira ringkas atau meriah..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku - Kesayangan Ibu Abah
Tiba hari lahir Abang Man tak dapat nak buat pula tahun nie. Ingat nanti kalau dah ada kelonggaran nak buat makan-makan atau bercuti lah sambil raikan hari lahir Abang Man. Nak keluar beli hadiah pun macam terhad pergerakan walaupun dah boleh keluar tapi bila nampak berbaris panjang kat mall terus tak ada mood Kak Sue tau.. huhuhu..

Apapun.. masih doa-doa yang sama setiap tahun semoga Allah selalu jaga Abang Man dan keluarga kami dari segala segi. Terima kasih Yang selalu buat terbaik untuk kami semua, selalu paham, kasih sayang dan tanggung jawab yang cemerlang untuk kami. Semoga kita sekeluarga terus berkasih sayang, saling menjaga dan bertemu di syurga Allah nanti.. Aamiin Ya Rabb.. We love you so much Sayang.. ❤

Memori Sambutan Hari Lahir Tahun 2019  - Sanah Helwah Sayangku


You Might Also Like

4 ulasan

  1. moga kesayangan dipanjangkan umur & kekal bahagia bersama keluarga.
    end of this month birthday asben aida plak.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    seronok tengok bahagia tu
    Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

    ReplyDelete
  3. sweet sgt tgk kak sue dgn abg man.. happy birthday abg man semoga jodoh kak sue dan abg man til jannah

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.