Resepi Sambal Ala Thai

Assalamualaikum, hai korang. Rasa macam lama betul Kak Sue tak kongsi masakan Kak Sue kat sini. Tak tau lah puasa kali nie macam tak cukup ...

Assalamualaikum, hai korang. Rasa macam lama betul Kak Sue tak kongsi masakan Kak Sue kat sini. Tak tau lah puasa kali nie macam tak cukup masa pula nak singgah blog kesayangan Kak Sue nie. Tak nak buang masa jom Kak Sue nak kongsi Resepi Sambal Ala Thai nie dengan korang. Mudah sangat nak buat, yang pasti Sambal Ala Thai nie kalau dah cuba harus nak lagi tau.. hehehe..

Resepi Sambal Ala Thai
Sambal Ala Thai

Resepi Sambal Ala Thai

Sebenarnya kan Kakak yang cuba resepi Sambal Ala Thai nie lepas Ustaz Kecik minta buat kan. Ustaz Kecik pun jumpa resepi kat Instagram (IG) masa tengah layan IG hari tu. Gamaknya rasa teringin kut, tu yang minta kami buatkan tu..

Bahan-bahan nak buat Sambal Ala Thai nie mudah aja. Nasib semua bahan memang dah ada kat rumah, cuma minta Abang Man belikan daun ketumbar sikit. Rasanya antara bahan yang utama, sebab kalau tak ada daun ketumbar nie macam tak kick pula Kak Sue rasa. Jom kita tengok bahan dan cara buat jom..

Sambal Ala Thai

Bahan :
4 biji bawang putih *
4 biji cili besar merah *
10 biji cili padi - ikut pedas *
2 sudu besar sos tiram *
2 sudu besar sos ikan *
1 sudu teh garam *
1 sudu teh gula *
Sedikit daun ketumbar *
Sedikit perahan limau

Cara :
Kisar semua bahan yang bertanda *
Akhir sekali letak perahan limau
Gaul sebati, tabur lebihan daun ketumbar yang dihiris nipis
Sedia untuk dihidangkan


You Might Also Like

12 ulasan

  1. menu sampingan buat penanbah selera.

    ReplyDelete
  2. Mudah je nak buat kak. Boleh cuba nanti sebab pedas2 ni fav orang dkt rumah ni.

    ReplyDelete
  3. Jumpa sambal ala Thai di sini... kita memang peminat masakan Thai. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. kalau dah ala thai mesti pedas, masam kan.. sedap tu kak

    ReplyDelete
  5. nampak menarik
    confirm sedap nih

    ReplyDelete
  6. sedap sambal thai ni. selalu buat sendiri tak jadi macam kedai punya. lepas ni boleh try resepi akak pula :)

    ReplyDelete
  7. makan dengan ayam goreng sure sedap oii

    ReplyDelete
  8. Husband suka juga...boleh buat...

    ReplyDelete
  9. sambal ala-ala gini memang ada stok dlm fridge aida.
    boleh buat pes nasi goreng.
    sambal belacan. just perah limau.
    boleh gak jadik pes utk air asam :)
    semua la boleh kan.

    ReplyDelete
  10. wow boleh cuba ni guna daun ketumbar ye

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.