Resepi Ayam Goreng Pedas

Assalamualaikum, hai korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Goreng Pedas pula dengan korang. Antara masakan yang paling mudah dan ...

Assalamualaikum, hai korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Goreng Pedas pula dengan korang. Antara masakan yang paling mudah dan cepat nak disediakan bagi Ibu-Ibu yang bekerja dan tak cukup masa kat dapur. Resepi Ayam Goreng Pedas nie kalau kita makan dengan nasi panas aja pun dah cukup dah tau. Tak sedar tau-tau menambah makan aja nanti.. hehehe..

Resepi Ayam Goreng Pedas
Ayam Goreng Pedas

Resepi Ayam Goreng Pedas

Sebenarnya kan resepi Ayam Goreng Pedas nie Kak Sue belajar dari Abang Man.  Abang Man selalu masak guna ikan bilis atau ikan tamban yang kecik-kecik tu. Nie tukar pula letak ayam. Selalunya kat rumah nie kalau masak menu yang satu nie Abang Man atau Kakak lah yang masak. Senang sangat tau, sekejap dah siap dah.

Bahan pun senang sangat, semua bahan mesti ada kat rumah masing-masing dah. Kalau korang nak tukar dari ayam ke ikan atau makanan laut lain pun boleh. Kita yang buat dia kan, tak jadi masalah pun. Pedas pun ikut korang nak pedas tahap mana. Jom kita tengok bahan dan cara nak masak ya..

Ayam Goreng Pedas

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
7 tangkai cili kering - dihiris nipis
2 sudu besar sos cili

Cara-cara :
Goreng ayam yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing atau separuh masak. Ikut korang nak ayam tu macamana ya. Kalau kat rumah nie suka garing.
Kemudian ketepikan ayam goreng tadi.
Tumis semua bahan yang dihiris nipis tadi sehingga naik bau.
Masukkan pula sos cili, kacau biar bergaul sebati dan biar masak sekejap.
Kemudian masukkan ayam, kacau lagi biar sos tadi bergaul dengan ayam.
Tutup api, sedia untuk dihidangkan.

Korang juga boleh cuba resepi masakan ayam yang lain kat sini Resepi Ayam Goreng Halia


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Senang nak makan ayam goreng pedas ni sebab dah sedia potong kecil-kecil.

    ReplyDelete
  2. Sedap ni.Ayam ada.Boleh buat untuk bersahur ni sebab kadang waktu sahur mood nak makan melayang-layang.InshaAllah ni boleh buk selera.Tak sedar alih alih menambah nasi tu yang PC ngeri kak Sue..hehehe..tapi sesekali on je.Buat macam tak ada apa-apa.

    ReplyDelete
  3. boleh cuba nanti.. tq kak sue for sharing

    ReplyDelete
  4. Mengancam betul pemandangannya
    Sedap meratah, wak suka cari tulang2.

    ReplyDelete
  5. ni abis meratah aje kak..tak sempat dengan nasi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.