Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah

Assalamualaikum, hai korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah  pula dengan korang. Rasanya ada antara ...

Assalamualaikum, hai korang. Kali nie Kak Sue nak kongsi Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah pula dengan korang. Rasanya ada antara korang dah tau minat Kak Sue yang satu nie. Cuma kebelakangan nie Kak Sue dah macam tak terjaga pokok-pokok Kak Sue tu. Sedih juga sebab ada yang dah layu dan mati. Apapun jom kita tengok Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah yang Kak Sue ada setakat nie jom..

Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah
Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah

Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah

Kak Sue harap nanti bila tamatnya PKP yang kerajaan keluarkan untuk kita semua sekarang nie dapat lah Kak Sue keluar dengan cerianya nak mencari baja untuk pokok-pokok Kak Sue. Buat masa sekarang nak keluar berseronok sangat pun takut, kalau keluar pun untuk beli barang penting aja. Kak Sue ada beberapa aja Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah sekarang nie, nanti dah selesai semua boleh lah Kak Sue tambah koleksi lagi..

Untuk info kita sama-sama, apa yang Kak Sue baca di internet bila kita duduk terlalu lama dalam ruang yang mengalami pencemaran udara atau kurang pengudaraan yang baik boleh buat kita jadi tak berapa sihat tau. Antaranya boleh buat kita tak selesa, sakit kepala, pening atau rasa rengsa pada mata, telinga dan hidung  kita..

Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah
Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah
Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah
Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah


Jadi bila kita letak pokok yang dalam kategori 'in door plant' nie secara tak langsung ia dapat bersihkan udara kita secara semulajadi. Kalau korang perasan lah kan, kalau kat Instagram atau filem luar negara terutamanya cerita 'orang putih' rumah depa mesti ada pokok dalam rumah. Sekarang nie pun kebanyakan rumah kat negara kita pun dah ramai deko in door plant nie kan..

Selain membersihkan udara semulajadi, ianya memberi terapi minda untuk Kak Sue. Rasa tenang dan seronok aja bila tengok pokok-pokok hijau segar dalam rumah. Rasa rumah kita sejuk aja tau. Korang yang baru nak berjinak-jinak tanam pokok dalam rumah nie boleh lah mulakan dengan pokok yang senang nak jaga dulu tau..
Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah
Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah
Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah
Koleksi Pokok Bersihkan Udara Dalam Rumah
Macam Kak Sue sendiri, Kak Sue mula dengan pokok Lidah Mertua dulu. Sebab pokok nie paling senang nak jaga, kalau kita tak siram air dalam seminggu pun masih boleh bertahan. Lepas tu Kak Sue pelan-pelan tambah 'in door plant' yang lain. Ada yang silap jaga, macam terlebih air atau kurang cahaya matahari buat pokok tu layu.. dan akhirnya mati..

Nanti Kak Sue akan kongsikan lagi tau jenis pokok dan tips menjaga pokok. Kak Sue pun masih baru sangat dan masih belajar lagi. Korang kalau ada tips menarik boleh lah kongsi dengan Kak Sue juga okay. Sekian dulu sembang Kak Sue kali nie.. semoga bermanfaat, jumpa lagi nanti.. papai!


You Might Also Like

8 ulasan

  1. Setuju...bagus Puan...kongsi pengalaman ini...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya...mmg btul pokok2 kecil hijau ni mmg 1 terapi sbb melihat warna hijau menenangkan minda

    ReplyDelete
  3. cantiknya .. pandai kak sue jaga. nanti share tips penjagaan pokok ni ye kak

    ReplyDelete
  4. taman di dalam rumah...sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  5. aida sgt minat gini, kak sue. nampak segar, kan.
    tapi tu la, x dpt permit kelulusan dgn asben :)
    dia x brape suka. semak kata nyer ha ha ah ha...

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak tunggu tips kak sue.. nak belajar ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.