Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speepmart Untuk Iftar dan Sahur

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongi dengan korang yang Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speedmart Untuk Iftar dan Sahur untuk korang semua. Walaupun tahun nie kita semua tak dapat nak berbuka kat luar macam biasa tapi dengan adanya usaha Bangi Golf Resort lancarkan BGR Speedmart untuk iftar dan sahur secara online nie dapat lah juga kita order dan belanja keluarga atau isteri yang sesekali nak rehat masuk dapur kan..

Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speepmart Untuk Iftar dan Sahur
Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speepmart Untuk Iftar dan Sahur

Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speedmart Untuk Iftar dan Sahur

Macam semua yang kita tahu tahun nie Ramadhan memang lain dari yang lain. Kita semua berada dalam norma baru dalam hidup kita berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi disebabkan itu lah Bangi Golf Resort lancarkan BGR Speedmart untuk iftar dan sahur secara online untuk semua pelanggan mereka.

Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speepmart Untuk Iftar dan Sahur
BGR SpeedMart - Meal Pro Set D

Apa yang menariknya kali nie kan, BGR Speedmart nie memilih hidangan Malaysia dan membawa hidangan kegemaran tradisional yang popular ke rumah korang dengan cara memasak yang mudah tapi masih mengekalkan rasa dan nutrisi makanan.

Selain tu, untuk info korang juga peralatan khas digunakan untuk mencapai tahap kualiti selanat dan stabil juga mengekalkan kualiti, kesegaran dan rasa makanan tanpa bahan tambahan atau pengawet. Plastik yang digunakan untuk panaskan semula makan memang diakui selamat digunakan tau. Produk BGR Speedmart nie mendapat iktiraf Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan dan juga sijil Halal dari Jakim.

Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speepmart Untuk Iftar dan Sahur
BGR SpeedMart - Meal Pro Set D

Kak Sue berpeluang berbuka puasa dengan BGR Speedmart dengan Meal Pro Set D hari tu. Memang meriah dan lengkap untuk hidangan berbuka puasa. Selain ada Nasi Ayam, ada lauk pauk juga.. antaranya Sup Kambing, Daging Lada Hitam, Kari Ikan Tenggiri ada juga Spagetti Blognese, Spagetti Carbonara. Paling istimewa ada satay tau korang dengan pilihan kuih muih dan air Mocha. 

Kak Sue terima bahan makanan secara frozen dari BGR Speedmart cuma perlu didihkan air dan rendam 20 minit untuk makanan lauk pauk, untuk kuih muih hanya 10 minit dah siap dah hidangan berbuka puasa kita. Senang sangat kan korang, Set D nie untuk 5 orang tapi Kak Sue rasa boleh untuk 7 orang juga sebab banyak kami nak habiskan hari tu tau..

Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speepmart Untuk Iftar dan Sahur
BGR Speedmart - Meal Pro Set D

Harga untuk Set D nie sangat berbaloi dengan hidangan lengkap berbuka puasa hanya RM99.90 untuk lima orang makan. Macam biasa kalau korang berminat nak order Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya..

Bangi Golf Resort Lancarkan BGR Speepmart Untuk Iftar dan Sahur
BGR Speedmart - Meal Pro Set D

Bangi Golf Resort
BGR Meal Pro Set

Lazada

Email
mealpro@bgrrest.com

Tel
03 89299888


Post a Comment

7 Comments

  1. Bagusnya.Mudah juga ni kak Sue.

    ReplyDelete
  2. waduh ada speedmart pula ye best gak ni

    ReplyDelete
  3. Mudah BGR buat macam ni kan kak sue. Walaupun PKP masih boleh makan makanan hotel lagi

    ReplyDelete
  4. Wow semua sedap sedap and paling i suka is their satay.

    ReplyDelete
  5. Bagus BGR buat macam ni mudahkan customer juga musim Covid-19 ni kan.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya BGR cmni.. Memudahkan urusankan... Bangi golf resort mmg terbaikk

    ReplyDelete
  7. Alaaa tahun ni kita tak dapat merasa..huhuhu. Harap next year dapat le

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️