Resepi Soto Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum, hai semua. Rasa macam lama tak kongi masakan Kak Sue kat sini kan. Sejak PKP nie rasa macam masa penuh dari hari biasa. Ok...

Assalamualaikum, hai semua. Rasa macam lama tak kongi masakan Kak Sue kat sini kan. Sejak PKP nie rasa macam masa penuh dari hari biasa. Okay lah tak nak sembang panjang jom Kak Sue kongsikan Resepi Soto Mudah dan Ringkas cara Kak Sue. Bahan semua senang nak cari aja korang, cuma ada beberapa bahan Kak Sue tak masukkan sebab tak berapa gemar dan tak ada kat rumah. Jom kita tengok resepi Soto mudah dan ringkas dari Kak Sue nie jom..

Resepi Soto Mudah dan Ringkas
Soto Mudah dan Ringkas Cara Kak Sue

Resepi Soto Mudah dan Ringkas

Sebelum Kak Sue kongsi resepi soto mudah dan ringkas nie, sebenarnya Kak Sue tak pernah lagi cuba masak masakan yang satu nie. Selalunya beli aja, cuma kali nie terasa macam nak masak sendiri la pula. Boleh makan ulang-ulang kan.. 

Disebabkan hari tu dah tak tau nak masak apa, ditambahkan lagi tak berapa ada selera nak makan, dengan cuaca yang panas rasa macam nak makan yang bersup atau berkuah. Maka jadi lah resepi Soto yang sangat mudah dan ringkas cara Kak Sue nie..

Ada juga beberapa bahan tak ada, sebab Kak Sue ingatkan ada, sekali tak ada rupanya kat dapur nie. Siap ada bahan yang dah expired date pun ada. Hadoi laa.. nak keluar lagi memang tak lah Abang Man masa-masa KPK macam nie. Jadi redha ja lah dengan bahan yang ada ya..

Resepi Soto Mudah dan Ringkas
Soto Cara Kak Sue
Lagi satu ayam tu ikutkan kena rebus sekali tau, tapi Kakak dia tak nak macam tu. Jadinya Kak Sue potong kecil ayam sikit masukkan aja dalam kuah soto tu, yang untuk siat-siat Kak Sue goreng gitu ja. Korang ikutkan lah nak masukkan dalam kuah soto tu pun boleh, toskan pastu goreng separuh garing ya. Okay jom kita masak..

Oh ya, sebelum tu.. sambil nak masak kuah Soto, korang boleh lah rebus nasi impit Kak Sue guna Adabi punya. Nanti dah siap semua boleh terus makan. Kak Sue tak buat pun bergedil sebab tak reti campur malas. Yang malas tu penyakit bahaya ya.. jangan tiru.. hehehe.. Suun pun tak goreng sebab tak gemar sangat..

Resepi Soto Cara Kak Sue

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong dan digoreng
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas -diketuk (tak letak)
2 batang serai - diketuk (tak letak)
1 sudu jintan putih - dikisar (tak letak)
1 sudu jintan manis - dikisar
1 sudu lada putih - dikisar
1 kiub ayam Knorr
1 sup bunjut Adabi
Sedikit sayur kobis
Sedikit tauge

Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan mendidih
Bila dah didih masukkan ayam, kiub ayam dan sup bunjut tadi
Biar kuah mendidih dan bergaul mesra
Kemudian boleh lah masukkan sayur kobis
Akhir sekali perasakan dengan garam
Dah siap kuah soto cara Kak Sue
Tauge tu korang boleh celur sekejap ya

Sekarang Kak Sue kongsi cara nak buat sambal kicap pula ya. Keluarga Kak Sue memang suka pedas, korang kalau nak kurang pedas boleh kurang cili ya.

Bahan-bahan :
30 biji cili padi
1 biji bawang putih
Kicap Kipas Udang
Limau nipis - Kak Sue tak letak
Sedikit gula

Cara-cara
Kisar semua bahan kecuali llimau nipis
Dah kisar halus masukkan dalam bekas dan perahkan limau nipis

Dah siap, boleh lah dihidangkan Soto mudah dan ringkas cara Kak Sue nie.

Resepi lain korang boleh cuba kat sini Resepi Mee Bandung Adabi

You Might Also Like

16 ulasan

  1. Senarai barang tu rasanya macam semua sedia ada kat dapur. Heheee boleh cuba buat ni.

    Jemput join segmen kami :)
    http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html

    ReplyDelete
  2. Nak try masak soto ayam, the sambal kicap macam best

    ReplyDelete
  3. Baru cakap dengan en suami...masak soto bagus juga ni..sekali kak Sue dah masak dulu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... dapat jamu mata kat sini. Memaang teringin nak makan soto tapi belum sempat buat... sedapnya!

    ReplyDelete
  5. honestly kak Sally tak pernah buat soto sendiri...selalu mama akan beli paste yg siap...nnt nak cuba resipi akak :D

    ReplyDelete
  6. sedapnya sue, ana pernah gak buat soto tapi guna rempah Mak Siti sedap gak hehe :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya soto Kak Sue, PKP ni belum makan sotgo, terliur tengok soto dengan sambal kicap tu ha..

    ReplyDelete
  8. sedapnya soto..ala teringin pulak nak makan

    ReplyDelete
  9. Sedap ni kak su. Soto simple mcm ni puas makan. Bertambah2. Saya peminat soto. Heheheh

    ReplyDelete
  10. Adoi kaksueeeee..
    Sedapnya soto. My favourite..
    Dah lama tak buat ni.
    Okay nanti esok nak cari bahan. Hehehe

    ReplyDelete
  11. sedap niii buat minom petang2 ke breakfast ke..
    mudah tapi kena rajin juga haha.. time2 MCO ni blh tahan tahap malas ni =P

    ReplyDelete
  12. Sedap juga sesekali pekena Soto kan... Errmmm...nanti kalau teringin boleh try resipi Kak Sue ni

    ReplyDelete
  13. Rasa macam raya plak kan...bestnya makan soto macam ni

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaa lama tak makan,nak buat tak pandai hehehhe

    ReplyDelete
  15. menarik yg amat ni.
    sejak pkp on, aida lom lagi buat soto.
    tgk la these few days.
    kicap cili padi tu memang buat onz soto ni. hirup kuah yum yum!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.