Ujian Datang Lagi

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie sekali lagi Kak Sue lama menyepi, mencari kekuatan diri bila Ujian Datang Lagi. Patut lah sebelum benda nie semua nak jadi hari tu, hati Kak Sue memang dah tak sedap, dalam tidur tersentak sedar, dalam diam hati berdebar-debar. Rupanya ujian datang lagi dalam hidup kami sekeluarga. Antara perkara yang paling Kak Sue takut nak hadap terjadi juga.. Allahu..

Ujian Datang Lagi
Ujian Datang Lagi - Kesayangan Ibu

Ujian Datang Lagi

Macam ujian sebelum nie.. Kak Sue tak nak ulas panjang atau berniat nak berkongsi secara detail pun, cuma luahan hati Kak Sue aja kat sini. Nak pendam pun rasa tak lalu juga nak hadap sorang-sorang. Silap aturan rasa macam nak sakit pun ada nie. Ya lah tidur dan makan kami suami isteri dah tak menentu. Nak bercakap atau nak berjumpa orang lagi lah tak lalu..

Maaf ya mana-mana kawan yang bertanya khabar dan kenapa. Kak Sue tak mampu dan tak lalu nak berkongsi lagi dengan sesiapa. Dengan keluarga sendiri pun Kak Sue tak berkongsi sebenarnya. Apatah lagi orang luar, maaf sekali lagi. Biarlah kali nie kami sekeluarga hadap sendiri. Pada Allah aja lah mengadap, memohon kuatkan diri.. sesungguhnya Allah lebih memahami..

Sepanjang minggu Kak Sue rasa tak dapat nak berfikir dengan baik. Macam-macam perasaan ada. Marah, geram, kecewa dendam, sedih dan takut semua bercampur dalam satu rasa. Rasa betul-betul tak mampu dah nak hadap lagi satu ujian besar dalam hidup kami sekeluarga. Bercakap-cakap dengan diri sendiri.. kenapa aku? Kenapa kami? Berapa kali nak kena uji lagi nie? Tapi tak tau kat mana jawapannya.. sedih dan sebak rasa dada..

Cumanya Kak Sue bersyukur ada suami dan anak-anak yang kuat, tabah dan sabar. Bila tengok depa semua, Kak Sue paksa diri tabahkan hati walaupun sebenarnya rasa dah tak kuat dah pun. Kadang rasa diri macam tak berguna pun ada bila tak dapat nak tolong dan lindungi keluarga sendiri. Sedih dan hiba rasa hati Kak Sue nie.. perasaan sedih dan hiba yang sangat mendalam.. berbekas dilubuk hati..

Apapun pun Kak Sue kena kuat, kena  tabah, banyak berdoa dan kembali kepada Allah. Bukan lah maksud sebelum nie kami lupa langsung pada Allah, tidak sama sekali! Tapi mungkin Allah rindu nak dengar rintihan kami. Allah sayang dan tegur kami dari buat silap yang kami tak sedar. Sebenarnya kan, dalam setiap ujian tu ada hikmah dan teguran dari Allah. Kak Sue tau dan paham yang satu nie..

Kadang kita lalai dalam tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, isteri dan ibu. Kita ambik mudah dalam semua perkara sekeliling kita. Kita lalai dengan urusan dunia.. sampai kita lupa tanggungjawab dan tingkatkan amal untuk bekal ke sana.. Kita lagha dan leka selalu.. Dan antara yang paling Kak Sue takut.. Kak Sue susah nak redha dengan ikhlas seikhlasnya..

Kak Sue harap semoga dengan ujian kali nie, kami sekeluarga lebih menghargai, lebih mengambil berat, lebih memberi kasih sayang dan memahami antara kami. Kadang Allah uji kita sebab Allah sayang. Kak Sue sentiasa berdoa semoga ujian kali nie Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi dari sebelumnya. Tidak lah Allah mengambil sesuatu dari kita dan mentakdirkan sesuatu untuk kita, melainkan Allah tahu itu yang terbaik untuk kita..

Semoga Allah makbul dan perkenankan doa-doa kami sekeluarga. Pelan-pelan kami bangkit semula, bangkit untuk lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah, ujian yang sangat perit ini pasti akan berlalu juga bila tiba masanya nanti. Kak Sue doakan ujian kedua yang maha berat dan pahit dalam hidup Kak Sue nie takan terjadi kepada keluarga orang lain.. sebab perit dia tu tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata..

Korang doakan untuk kami sekeluarga ya, semoga semua doa yang baik akan kembali kepada yang mendoakan.. aamiin Ya Rabb..

Allah uji sebab Alla Sayang Kenangan Yang Takan Dilupakan dan Ujian Kita Tak Sama

Post a Comment

5 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan kak dalam segala urusan. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan mendatang.
    Aamiin

    ReplyDelete
  3. Apa pun itu..PC doakan moga kak Sue sekeluarga terus bersatu hati,sama-sama mengharungi apa sahaja yang telah,sedang dan akan terjadi..saling menyokong dan menguatkan inshaAllah semua Allah permudahkan dengan pelbagai cara dan ada jalannya.Aamiin.

    ReplyDelete
  4. kenapa kak.. saya doakan yg baik2 buat akak sekeluarga harap semuanya segera berlalu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️