Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara

Assalamualaikum, hai semua. Bermula pada hari rabu yang lepas bermula lah Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara . Kak Sue sebenarnya r...

Assalamualaikum, hai semua. Bermula pada hari rabu yang lepas bermula lah Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara. Kak Sue sebenarnya rimas dan serabut juga dengan suasana sekarang nie tapi nak buat macamana kan. Untuk keselamatan semua harus kita kena ikut dan jaga lah kan. Disebakan masalah penyakit Covid19 yang semakin bertambah membuatkan kerajaan terpaksa mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara nie pada kita semua.. bertabahlah.. huhuhu..

Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara


Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara

Masa PM kita buat pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Negara nie Kak Sue dan keluarga ada di kampung Abang Man. Kebetulan kami balik ziarah keluarga mertua. Berdebar juga lah masa nak dengar dan ikuti berita terkini secara online. Ya lah tak pernah terjadi dalam hidup Kak Sue pun selama nie. Dok terbayang macamana lah agaknya keadaan kita semua nanti..

Cuma Kak Sue bersyukur sangat sebab bila keluar aja arahan bercuti bermula 18 haribulan hingga 31 Mac nanti untuk semua pelajar dan kakitangan yang terlibat Kak Sue dan Abang Man masih ada di kampung Abang Man di Teluk Intan. Kira tak jauh dah nak ambik Kakak, kami terus lelaju jemput Kakak pagi tu kat USAS. Lega rasanya.. risau dah Kak Sue..

Bukan apa dah alang-alang masih kat Perak apa salahnya terus ambik Kakak. Lagi pun Kak Sue risau juga nak lepaskan Kakak naik train macam biasa bila keadaan macam sekarang nie. Kita tak tahu siapa yang bakal kita jumpa nanti, berasak dan berhimpit dengan orang ramai. Takut juga ada antaranya nanti pembawa virus Covid tu kan, memang berisiko dan bahaya sangat.

Alhamdullilah, Allah permudahkan semua urusan kami nak bawa balik Kakak hari tu. Jalan pun tak ada lah sesak, cuma sebelah hala utara makin lama kereta makin banyak.. dah macam nak balik raya pun ada. Lega bila anak-anak semua ada dekat rumah bila ada masalah macam nie kan.. apa-apa semua depan mata kita dah..

Harap perintah kawalan gerakan seluruh negara nie tak ada lah berpanjangan. Bukan apa, bila diarah bercuti dan dikawal pergerakan nie bagi kami peniaga tepi jalan dan pasar malam memang terasa sangat. Ya lah, duit yang ada kita guna untuk belanja sepanjang 14 hari nie, duit yang masuk tak ada sebab diarah bercuti nie kan. Tak ada berniaga langsung, order Kelapa Laut pun ada yang cancel sebab Covid nie. Mau tak serabut..

Apapun.. kita sebagai rakyat Malaysia kena patuh arahan yang diberi. Sama-sama lah berdoa semoga virus Covid nie cecepat lah hilang. Kita ikut aja lah arahan dari kerajaan sebab tu semua untuk keselamatan kita dan keluarga kita juga. Jangan lah pentingkan diri orang lain pula terima akibatnya. Tolong lah ada rasa simpati dan bertimbang rasa pada orang lain ya..

Akhir sekali, sama-sama lah kita menjaga diri dan keluarga. Pastikan rumah dan diri kita sentiasa bersih, keluar bila perlu dan kalau boleh elak berada dalam kawasan yang ramai orang dan sebagai umat Islam kena banyakkan berdoa dan membaca Al Quran. Semua nie pasti ada hikmahNya.. Jaga diri ya korang semua.. kekal di rumah okay.. papai!

You Might Also Like

4 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.