Abam Bocey Yang Akan Dirindui

Assalamualaikum, hai semua. Abam Bocey Yang Akan Dirindui. Hari nie kita semua dikejutkan dengan pemergian pelawak yang disayangi ramai Syed Omar Mokhtar atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey. Kak Sue sendiri tak dapat nak tahan airmata setiap kali baca atau tonton video berita tentang Abam sepanjang hari nie. Tak tau kenapa sedih betul rasa hati nie..

Abam Bocey Yang Akan Dirindui
Abam Bocey Yang Akan Dirindui

Abam Bocey Yang Akan Dirindui

Pagi-pagi lagi hari nie Ateh adik Kak Sue dah kongsikan berita Abam Bocey dah tak ada. Memula tu macam eh biar betul nie sebab kita semua tahu yang Abam Bocey sebelum nie sihat-sihat aja kan. Tetiba bila dapat berita Abam dah tak ada nie memang terkejut sangat..

Abam dikatakan meninggal dunia di rumah beliau di Gombak. Berita mengejutkan kita semua nie dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, adik kepada Abam. Selepas tu bermula lah sana sini orang berkongsi cerita tentang Abam dah tak ada. Kak Sue rasa terkesan juga walau tak kenal pun Abam secara peribadi..

Petang tadi masa majlis solat jenazah dan pengkebumian Abam memang ramai sangat orang yang datang. Tak kira lah rakan artis, peminat malah ahli politik pun datang ziarah Abam untuk kali terakhir. Semua bersedih dan rasa kehilangan, nampak sangat Abam nie memang seorang yang baik, disenangi dan disayangi ramai..

Abam dikatakan tak sedar diri pagi tadi bila isteri beliau Nor Hidayah kejut beliau untuk solat subuh. Tapi katanya tak ada tindak balas. Sebelum tu memang Abam demam dan tak sihat sejak dua hari lepas tapi bila di ajak ke hospital beliau menolak. Apapun sebenarnya mungkin dah sampai janji Abam dengan Allah, yang lain tu hanya penyebabnya saja kan..

Abam Bocey, 32 tahun meninggalkan isteri Nor Hidayah dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al Juffrey lapan bulan. Berehat lah Abam.. kami semua akan terus mengenang lawak-lawak dari Abam. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan bersama orang yang beramal soleh.. aamiin Ya Rabb..

Post a Comment

15 Comments

  1. salam takziah untuk keluarga Abam. Terkejut sangat.

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya ducucuri rahmat
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. sayu sungguh hari ni.. langit pun mendung sepanjang hari..
    insyallah dia ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi..

    ReplyDelete
  4. satu hari mendung semalam. Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org beriman.. Al fatihah.

    ReplyDelete
  5. terkejut dpt brita ni smlm..alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirojiuun. Terkejut juga dengar berita kematian arwah.

    ReplyDelete
  7. innalillahiwainnailaihirojiun

    ReplyDelete
  8. Sangat terkejut Kak Sue..PC tau adik ipar dengan biras yang bagitau..mula-mula tak percaya takut berita palsukan...bila tengok ig acey dan fad...Allahu..

    ReplyDelete
  9. sampai hari ni aku nangis kak..sampai hari ini

    ReplyDelete
  10. semua sayang abam.. tapi Allah lebih menyayangi Abam.. semoga tenang di sana

    ReplyDelete
  11. al-fatihah untuk arwah abam

    ReplyDelete
  12. Alfatihah sampai skrg masih nangis kalau baca dan tengok huhuuu

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  14. masih lagi ruindu pada abam hingga arini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️