Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i

Assalamualaikum, hai semua. Baru-baru nie Kak Sue berpeluang ke pelancaran produk Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i pembuka tirai bagi tahun 2020. Haa.. nak tau apa yang menarik tentang realme Buds Air dan realme 5i nie jom Kak Sue nak sambung cerita lagi jom..

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i 

Rasanya kebanyakan dari korang mesti dah tau yang realme Malaysia nie salah satu jenama yang semakin pesat berkembang sekarang nie kan. Baru-baru nie mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh Malaysia pihak realme melancarkan dua produk terbaru di pasaran iaitu realme Buds Air dan realme 5i smart phone sebagai ahli baru keluarga siri kelima realme. Selain pelancaran untuk tahun nie, realme Buds Air juga adalah produk loT pertama realme tau korang..

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, "Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya sendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri".

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i

realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant

Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan. Haa.. best kan, tak payah nak berselirat dengan wayar dah siap ada kawalan pintar lagi.. memang canggih!

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Selain tu korang, dengan tranmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permaianan adalah 119.3ms. Bab nie nanti semestinya bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar. Habis lah kalau anak-anak Kak Sue tau nie, mesti nak juga.. hehehe..

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
realme Buds Air nie juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Enviroment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Contohnya bila korang buat panggilan, suara korang akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Haa.. menarik kan, lepas nie tak ada alasan tak dengar bila buat panggilan kat tempat bising dah. 

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Selain tu bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam tau korang, lama juga kan. Dari segi reka bentuk pula, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga korang.

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Produk realme Buds Air nie turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara juga keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assitant nie membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baru tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca. Wah hebat kan.. harus kena ada satu nie tau korang..

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Dah selesai bab realme Buds Air nie Kak Sue nak sambung lagi cerita tentang realme 5i smart phone pula dengan korang. Jom kita tengok apa yang disediakan untuk peminat jenama realme  Malaysia nie jom..

realme 5i - Quad Camera Battery Hero

Model ini dikuasakan oleh cip memproses Qualcoom Snapdragon 665 An 11m, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.oGHz bersama-sama prestasi permainan yang dioertingkatkan dan generasi Qualcomm Al Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
realme 5i juga dilengakapi dengan pemisah perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera pula, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar -199° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi korang boleh ambil video dengan lebih stabil semasa bergerak. Menarik sangat nie kan.. 

Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i nie ada dua pilihan warna ya korang, iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Terbaru di Pasaran realme Buds Air dan realme 5i
Harga realme Buds Air dan realme 5i

realme Buds Air berharga RM299 dengan pilihan warna putih. Tapi kalau korang nak harga lebih murah boleh ke jualan online pertama di Shopee.

Tarikh : 21 Januari 2020 bermula 12am

Harga : Ekslusif RM199 pada 21 Januari 2020 sahaja. 

Korang boleh klik sini juga Shopee.com.my

5i smartphone pula berharga RM599 pilihan warna yang ada ialah Aqua Blue dan Forest Green. Yang nie pun ada jualan online pertama di Lazada.

Tarikh : 28 Januari 2020 bermula 12am

Harga : Harga special korang boleh dapat pada hari jualan offline pertama.

Korang boleh klik sini www.lazada.com

Yang bestnya untuk kedua-dua nie korang akan dapat PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020 juga tau. Haa.. cepat ya jangan ketinggalan hokay. Nak tau lebih detail macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie nanti..
realme Malaysia 

Facebook
realme Malaysia

Instagram
@realMalaysia

Post a Comment

15 Comments

  1. wah, keluaran terbaru realme. buds air tu, menarik sangat.

    ReplyDelete
  2. wah wah sama canggih da dengan apple. semua makin majuu..
    ritu hp mak rosak belikan realme. tapi yang model lain. uih x sangka camera dia sharp lawa jugak. puas hati mak guna.. kite pun kadang pinjam =D

    ReplyDelete
  3. teringin betul nak menda ni....senang i tak ada wire tersirat

    ReplyDelete
  4. nampak kat Shopee ada promo harini...bestnyaaaa jimat RM100!

    ReplyDelete
  5. bestnye kalau ada sebijik macam ni teringin nak beli satu!

    ReplyDelete
  6. I dah mula tertarik dengan buds airtu.. Rasa nak beli je.. Senang pakai takde wayar

    ReplyDelete
  7. nampak menarik dan senang nak guna.. bunyi pun best

    ReplyDelete
  8. teringin jugak nak beli tengok realme 5i tu ^_^

    ReplyDelete
  9. Smart la tgk.. Pakai ni senang sikit tak ada wayar.. Lebih mudah digunakan

    ReplyDelete
  10. waa bestnya realme buds air. sapalah nak hadiahkan saya sebiji ni kak

    ReplyDelete
  11. Nanti nak beli jugaklah realme buds air ni. Senang guna sebab wireless

    ReplyDelete
  12. wahhh nampak menarik realme buds air ni

    ReplyDelete
  13. Menarik nya ciri-ciri realme buds air ni. Paling suka sbb tanpa wayar. Mudah nk pakai even bertudung.

    ReplyDelete
  14. best lah produk realme ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️