Terapi Minda Kak Sue

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi cerita kat sini dengan korang pasal tanaman dan pokok bunga Kak Sue kan, yang juga sala...

Assalamualaikum, hai semua. Lama Kak Sue tak kongsi cerita kat sini dengan korang pasal tanaman dan pokok bunga Kak Sue kan, yang juga salah satu Terapi Minda Kak Sue. Bila anak-anak dah besar nie ada masa terluang tu memang Kak Sue suka sangat layan dan jaga tanaman dan pokok bunga. Memang seronok dan tenang ja bila mengadap pokok. Jadi Terapi Minda Kak Sue bila sunyi kat rumah nie sorang-sorang..

Terapi Minda Kak Sue
Terapi Minda Kak Sue

Terapi Minda Kak Sue

Sebenarnya kan minat dan hobi Kak Sue yang satu nie dah lama dah, masa tu anak-anak pun masih kecil lagi. Cuma masa tu Kak Sue lebih suka tanam pokok yang mudah nak jaga. Kebanyakannya pokok kaktus lah, sampai ada yang naik tinggi dan besar tau korang. 

Kalau sekarang nie nak beli harga mau beratus ringgit lah juga. Balik kampung Abang Man hari tu ingat nak ambil kalau ada anak pokok kan, tapi macam tak ada pula pokok kaktus Kak Sue di rumah Abang Man kat Teluk Intan tu.. frust lah juga.. tak ada rezeki mungkin.. redha je lah kan..

Terapi Minda Kak Sue
Terapi Minda Kak Sue - Pokok Kaktus
Masa tu Abang Man siap buatkan Kak Sue rak dari kayu macam tangga untuk susun pokok Kaktus Kak Sue tu. Siap letak atap jaring nak kurangkan cahaya panas matahari. Sekarang nie semuanya tinggal kenangan sebab dah tak ingat dan tak tahu kemana semua pokok-pokok kaktus tu..

Bila pindah ke Rawang, Kak Sue pelan-pelan balik mulakan hobi dan minat menanam nie. Tapi masa tu tak banyak pun pokok dan semua pokok Kak Sue letak kat luar aja. Tak macam sekarang nie memang Kak Sue tengah mengila dengan pokok-pokok bunga. Ada yang letak dalam dan luar rumah.

Terapi Minda Kak Sue
Terapi Minda Kak Sue - Pokok lupa nama.. 
Pantang kalau berjalan kemana-mana nampak aja nurseri pokok jadi teruja betul. Kalau tak beli singgah pun jadi lah, tapi selalunya akan beli lah sepasu dua. Kalau tak pun beli tanah atau pasu. Memang senyum sampai ke telinga lah jawabnya.. hehehe.. Nasib Abang Man pun ada juga minat menanam nie..

Selain pokok bunga Kak Sue ada juga tanam pokok buahan-buahan. Tapi pokok tu sebenarnya Abang Man yang tanam, antaranya pokok Kedondong, pokok buah Namnam, pokok Avacado, Jambu Batu dan pokok Nenas. Pokok lain, pokok Mulbery, pokok herba, kacang bendi, cili padi dan kesum. Sejuk tangan Abang Man, semua hidup subur cuma satu pokok Kedondong nampak macam dah mati sebab cuaca panas agaknya sekarang nie kan..

Terapi Minda Kak Sue
Terapi Minda Kak Sue - Pokok Mulbery
Sekarang nie Kak Sue nampak dah ramai geng blogger pun berminat nak menanam juga. Seronok sangat bila ada geng minat yang sama nie kan, bukan apa boleh kongsi idea, cara penjagaan, guna baja apa dan macam-macam lagi lah. Kalau dengan  kawan blogger Ana Jingga siap Ana bagi Kak Sue pokok bunga lagi. Terima kasih tau Ana. Nanti kita tukar-tukar pokok bunga tau.

Sampai sini dulu lah kita sembang pasal Terapi Minda Kak Sue nie, nanti Kak Sue kongsikan lagi koleksi pokok atau tips jaga pokok dengan korang ya. Masih bertatih belajar lagi nie pun. Korang pun kalau ada tips atau idea marilah sama-sama kongsi tau.. papai..!

Korang boleh juga baca Pilihan Pokok Yang Sesuai Untuk Dalam Rumah

You Might Also Like

14 ulasan

  1. chantek ., berbudi pada bumi mmg bermanfaat ., aminn

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Saya pun suka pokok2 ni tapi tu lah, asal tanam ja dah mati 😁

    ReplyDelete
  3. Wah nampak cantik terutama gantung pada gril rumah. Kreatif tempat.

    ReplyDelete
  4. rumah i rumah flat kak..so x leh tanam banyak2 huhu

    ReplyDelete
  5. suka tgk pokok cute2 tu..tp bab menanam tk minat hehe

    ReplyDelete
  6. Sejuk mata memandang. Rasa tenang je kan. Boleh buat taman mini blkg rumah tu nanti kak.

    ReplyDelete
  7. Tanaman sememangnya terapi minda..best je bercucuk tanam

    ReplyDelete
  8. this is so beautiful. looking at the green calms me down too.

    ReplyDelete
  9. betul sue, pokok2 ni terapi sangat kan :)

    ReplyDelete
  10. Bila dapat menanam ni ada satu kepuasan la kak Sue.

    ReplyDelete
  11. bagus hobi kak sue ni. boleh exercise sambil menyegarkan udara

    ReplyDelete
  12. Seronok tengok kak sue tanam macam macam. Saya teringin jugak nak macam ni tapi tangan jenis panas. Tanam pokok confirm tak jadi. Hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.