Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum, hai semua. Rasa macam lama tak kongsi cerita masak-masak dari Dapur Kak Sue kan. Sebenarnya menu yang Kak Sue nak kongsi k...

Assalamualaikum, hai semua. Rasa macam lama tak kongsi cerita masak-masak dari Dapur Kak Sue kan. Sebenarnya menu yang Kak Sue nak kongsi kali nie Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi kebanyakan dari korang dah tau dah, senang aja pun. Kak Sue saja kongsi Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi kat sini kut ada yang masih belajar dan tak tahu boleh lah singgah kat blog Kak Sue nie kan..

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi
Ketam Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi nie macam biasa lah, resepi dan cara masak Kak Sue main ikut cara Kak Sue aja. Apa yang ada bahan kat rumah, selagi tak lari rasa masak lemak cili padi tu Kak Sue masak aja. 

Macam hari tu rasanya serai dah habis stok, jadi tak letak. Pada hal ada pokok serai kat belakang rumah. Tengah menulis nie baru teringat ada serai kat belakang rumah, teruknya lah pelupa sekarang nie.

Faktor usia mungkin, maklumlah dah remaja purba.. hehehe.. Cara Kak Sue siang ketam tu pula, Kak Sue potong kaki dengan sepit lepas tu ketuk sikit nanti senang suami dan anak-anak nak makan kan. Tak ada luka jari atau bibir.

Okay lah tak nak bebel panjang kita tengok bahan dan cara nak masak ya. Senang ja pun, sekejapan dah boleh siap dan makan.

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :
4 ekor ketam - dicuci bersih, ketepikan
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
14 biji cili padi - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji tomato - dipotong kecil
1 kotak santan Kara
1 kiub ayam Knorr
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara-cara :
Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk
Kemudian masukkan santan dan sedikit air
Masak semua bahan tadi sehingga mendidih dan betul-betul masak
Kemudian masukkan ketam dan biarkan sehingga ketam masak
Akhir sekali masukkan stok ayam, garam dan juga tomato
Tutup api, kacau sekejap supaya tak pecah minyak
Sedia untuk dihidangkan

Korang juga boleh cuba Resepi Masak Lemak Ikan Masin

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Waalaikumussalam. Sedapnya. Terasa terus di anak tekak ini. Haha

    ReplyDelete
  2. sedapnya..thanks sharing

    ReplyDelete
  3. Tibaa terus nak cari ketam...sedapnya Kak...

    ReplyDelete
  4. tak penah lagi saya masak ketam masak lemak ni. boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  5. Ketam masak lemak cili api ni memang favourite suami saya kak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.