Cerita Man Java Enterprise 2020

Assalamualaikum, hai semua. Cerita Man Java Enterprise 2020 . Haa.. dah masuk tahun baru nie mesti kita ada plan atau azam untuk kerja, per...

Assalamualaikum, hai semua. Cerita Man Java Enterprise 2020. Haa.. dah masuk tahun baru nie mesti kita ada plan atau azam untuk kerja, perniagaan dan hidup kita kan. Sama lah juga dengan Cerita Man Java Enterprise 2020 nie. Tahun nie kami sekeluarga plan nak tambah lagi cabang niaga dengan produk makanan pula. Harap plan yang satu nie dapatlah kami buat macam yang kami sekeluarga plan.. aamiin..

Cerita Man Java Enterprise 2020
Cerita Man Java Enterprise 2020

Cerita Man Java Enterprise 2020

Sebelum Kak Sue sambung lagi Cerita Man Java Enterprise 2020 nie, sebenarnya kan sebelum nie memang kami ada buat atau terima tempahan makanan dah. Tapi tak banyak lah, pernah buat delivery kawasan Bandar Tasik Puteri, Country Home, KL dan juga jamuan hari raya atau jamuan hari jadi kecil-kecil aja. Tu pun dah bertahun lamanya, anak-anak Kak Sue pun kecil lagi masa tu..

Sekarang nie bila anak-anak dah besar dan bidang niaga pun semakin mencabar kita nak kena usaha dan pikir untuk tambahkan lagi pendapatan dan produk baru untuk bersaing secara sihat dengan peniaga yang lain. Kawasan rumah Kak Sue nie pun memang ramai sangat orang berniaga sekarang nie, jadi untuk bertahan dan menambahkan lagi pendapatan kami ingat nak tambah makanan dalam perniagaan kecil kami nie..

Cerita Man Java Enterprise 2020
Cerita Man Java Enterprise 2020
Rasanya ramai juga yang memang kenal dan tinggal kat Bandar Tasik Puteri dah tau barang makanan yang kami jual sebelum nie tak lain tak bukan Laksa Batu Kurau lah. Dulu kami ada juga berniaga gerai tepi jalan setiap hujung minggu, memang seronok sangat tau. Tapi apakan daya kawasan perumahan Kak Sue nie memang tak dibernarkan berniaga tepi jalan, permit atau lesen dibekukan. Habis khemah kena angkut dan kami pun mengalah lah tak berniaga lagi. Kebetulan masa tu ada cabang niaga lain, tak terasa sangat kan..

Cuma baru-baru nie Abang Man plan nak tambah cabang berniaga makanan guna 'Food Truck' dan kita boleh mohon lesen atau permit berniaga secara bergerak. Rasanya mungkin boleh lah kut berniaga di kawasan Bandar Tasik Puteri, kalau tak boleh juga maknanya kena keluar berniaga kawasan lain. Nak cakap lebih pun karang kena saman pula kan.. hahaha.. Sekarang nie cakap lebih sikit kang tak pasal ja dapat nama tak baik. Jadi kita usahakan selagi boleh dan terdaya..

Cerita Man Java Enterprise 2020
Cerita Man Java Enterprise 2020 -Menu baru Laksa Batu Kurau
Apapun semoga plan kami yang satu nie akan menjadi dan berjaya lah kali nie. Anak-anak Kak Sue pun boleh dikatakan semuanya minat berniaga dari bekerja makan gaji, jadi kami sediakan aja peluang yang ada untuk anak-anak. Ya lah, bila kami dah tak ada lagi nanti anak-anak tinggal jalankan dan teruskan apa yang dah kami usahakan. 

Bukan apa, bila kita tengok ekonomi dan politik kat Malaysia sekarang memang menakutkan. Tak tau lah zaman anak-anak kita nanti kan. Doa Kak Sue, semoga Cerita Man Java Enterprise 2020 nie berjaya dan semuanya baik-baik aja untuk kita semua tahun nie dan seterusnya.. aamiin.. Jangan lupa support Laksa Batu Kurau nanti ya, papai!

You Might Also Like

10 ulasan

  1. waalaikumussalam. kami doakan semoga urusan perniagaan dilimpahkan rezeki dari segenap bucu, aamiin

    ReplyDelete
  2. semoga terus maju jaya buat abg man dan kak sue sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Food truck pun ok kak kalau kena dengan lokasi nya. Lagi2 menu laksa. Sedap tu. Bila lah nak dpt rasa laksa batu kurau akak ni haaa.hehe..

    ReplyDelete
  4. Semoga perniagaan kak sue sekeluarga berkembang maju. Bagus jugak buat food truck kan. Laksa batu kurau tu memang sedap kak oi...

    ReplyDelete
  5. may 2020 be a better year for all of us. aamiin

    ReplyDelete
  6. Semoga terus berjaya bisnes Kak Sue sekeluarga. InsyaAllah nanti dah ade nak pergi rasa Laksa Batu Kurau tu

    ReplyDelete
  7. semoga terus maju jaya dlm bidang usahawan., aminn

    ReplyDelete
  8. semoga bisnes kak sue dan abg man dipermudahkan...sukses selalu ya

    ReplyDelete
  9. Moga dipermudahkan segala urusan akak sekeluarga... dengar cerita nak dapat menantu dah hahaha

    ReplyDelete
  10. Lama tak makan Laksa Batu Kurau akak..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.